CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2355|Reply: 5

Antara Rumah Azan Terindah Di Dunia, Bangga Malaysia Turut Tersenarai!

[Copy link]
Post time 15-1-2018 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Masjid bukan sekadar tempat beribadat. Keindahan dan kemurnian di sebalik seni binanya cukup menarik untuk diabadikan. Kajian pada 2016 menunjukkan keseluruhan umat Islam berjumlah 2.18 billion iaitu kira-kira 28.26 peratus penduduk dunia. Jadi, pasti banyak masjid dibina di seluruh dunia.


Jom tengok 7 daripada 20 masjid paling indah di seluruh dunia seperti dipetik dari portal HiConsumption.




1. MASJID NABAWI, MADINAH, SAUDI ARABIA


Masjid Nabawi





Masjid pertama didirikan Nabi Muhammad SAW bersama pengikutnya ketika peristiwa Hijrah pada 622 Masihi. Baginda Rasulullah juga dikebumikan di sini, di mana letaknya kubah hijau. Masjid Al-Nabawi adalah tempat suci kedua bagi umat Islam.




2. MASJID QOLSARIF, RUSSIA



Masjid Qolsarif





Dibina dalam abad ke-16, Masjid Qolsarif merupakan masjid terbesar di Russia sebelum dimusnahkan ketika peperangan Kazan, namun ia dibina semula pada 1996 dan sebahagian besarnya dijadikan muzium. Bagaimanapun, pada musim perayaan, masjid ini dipenuhi penganut agama Islam untuk menunaikan solat.




3. MASJID PUCHONG PERDANA, MALAYSIA



Masjid Puchong Perdana





Masjid yang dibuka pada 2006 ini kelihatan seperti terapung di atas air dan amat cantik dari sudut tertentu di bawah percikan cahaya mentahari. Malah, ia mendapat pengiktirafan sebagai Masjid bertaraf lima Bintang. Masjid ini mampu menampung sehingga 4000 muslimin dan muslimat.





4. MASJID UMAYYAD, DAMSYIK


Masjid Umayyad




Selepas orang Islam menakluk Damsyiq pada 634, masjid ini dibina di kawasan yang pernah terdirinya sebuah geraja Kristian yang didedikasi untuk Nabi Yahya. Di sini juga dimakamkan pahlawan Islam, Salahuddin al-Ayyubi. Damsyiq adalah tempat tumpuan penganut agama Islam dan Kristian pada masa lampau.



5. MASJIDIL HARAM, MAKKAH


Masjidil Haram





Satu dunia tahu orang Islam berkiblatkan Kaabah dan tempat suci ini merupakan masjid terbesar dan tertua di dunia. Pada musim Haji, ia  merupakan pertemuan paling besar di dunia iaitu sehingga lebih 2 juta umat Islam datang ke sini. Para akademik dan sejarawan berpendapat, Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali di mana pembinaan pertamanya dilakukan oleh Nabi Adam AS, diikuti Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.



6. MASJID BIRU, ISTANBUL


Masjid Biru




Nama rasminya adalah Masjid Sultan Ahmed dan menerima kunjungan daripada jutaan pelancong pada setiap tahun. Dinding bahagian dalam dihiasi dengan kira-kira 20,000 keping jubin seramik biru buatan tangan. Di tingkat atas pula dihiasi lampu candelier cantik. Telur burung unta diletakkan di atas candelier supaya ia tidak bersawang.



7. MASJID KRISTAL, MALAYSIA


Masjid Kristal




Dirasmikan pada 2008, masjid ini boleh memuatkan 1,500 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat serta liputan WiFi. Ia diperbuat daripada keluli, kaca dan kristal. Masjid ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.




Damai dan tenang untuk beribadat




Cantik, kan kesemua masjid ini? Bangga juga sebagai anak Malaysia kerana ada masjid kita turut tersenarai antara 20 masjid tercantik di dunia. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. bangga sangat...{:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 02:06 PM | Show all posts
Tak dinafikan Malaysia antara negara yang ada senibina masjid antara yang tercantik di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 02:15 PM | Show all posts
tertarik tips telur burung unta tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
masjid msia kurang identiti "malaysia".. Lbh kpd timur tengah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Masjid pertama bkn masjid quba' ke.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.075774 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list