Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.
Post kali ni mungkin panjang sikit tp inilah yg berlaku kpd sy ketika membeli belah di Tesco Kulim, Kedah. Tarikh kejadian 15.01.18, jam lebih kurang jam 9.00 malam. Sy tidak sesekali menyalahkan pihak Tesco dlm post ini. Harap anda semua baca sampai habis, baru komen. Dilarang maki hamun. Sila share post ini jika rasa berguna.
Sy dan laylasalikin, kakak ipar Zadariah Zakaria beserta anak 3 org, mak ke tesco kulim nak beli diapers yg sedang offer. Sampai tesco, sy terlintas d kawasan baju kanak2 yg sedang offer jugak. Mak dah ke bahagian ikan ayam dll. Tinggal sy, layla dan anak sedara, zahra.
Tengah syok2 sy pilih seluar dan acukan ke kaki layla, mata sy terpana. 5 hingga 6 org bangla, salah seorangnya sibuk snap gambar layla(sy agak je masa ni sbb kamera hp beliau menghala ke arah layla). Bergetar badan ni haa. Depa ramai. Sy seorang diri.
Sy gagahkan diri, bertanya dlm nada marah “buat apa?” Depa mula menjauhkan diri. sy tolak troli n ikut. Sambil jari menuding dan beri isyarat (mai sini) mulut sy lantang berkata “open camera gallery. Delete. I call police”.
Dan. Makhluk bangla yg pegang hp td patah blk n mai dpn sy. Yg lain dah x senang duduk n ushar panas. Makhluk tu open gallery hp. Ada gambar layla salikin!!!!!! dan sy perasan byk lagi gambar, sepertinya gambar budak2!!!! Makhluk bangla delete gambar layla. Mulut x berhenti cakap “ok. Delete. Delete. Sorry. Sorry. I dont know. Sorry. No police”
Allah. Gais. Ampa rasa????sy ketaq segala2nya. Sy p cari mak n kakak ipar. Sy cerita. N sy bertekad nak inform pihak tesco. Sy nampak 2 org staff kat bahagian keju. Sy gtau. Depa x layan!!!! Depa suruh p customer services sbb manager ada sana. Seriuslah bhai???? Sy call suami Izmai Ikhlas, Mohd Izwan Othman Arshad bgtau semua yg berlaku td.
Sy teruskan ambil apa yg sy mau, masih nampak segerombolan makhluk bangla tu masih berlegar2 dgn tgn seorang tu masih pegang hp. Sy bayar, p kaunter customer service n cerita. Staff tu cakap, “ok. Kami akan berhati2.” What? Tu ja? Xmau tanya aku ka makhluk tu yg mana?(makhluk gerombolan tu sedang menuju keluar tanpa membeli apa2 brg)
Demmit. celaru. Ikut mak n kakak ipar yg tggu kat food court. Segerombolan tu lalu n benti kat kedai cermin mata sambil menerai. Sy snap gambar depa. Depa perasa n bercakap2. Sy buat2 cakap kat hp. Lama depa tggu situ. Sy tunggu abg Syakirin Ismail kat food court tu. Abg sy mai, bg anak2 main dulu, baru turun ke parking.
Turun parking, abam polis tunggu kat kereta dah. Nak ambil keterangan. Sy tunjuk gambar yg daku sempat snap td. Tp bak kata abam polis, x boleh buat apa2 sbb segerombolan makhluk bangla tu dah balik. Allah.
Gais out there. Parents out there. Maaf. Ntah kenapa sy x suruh ja makhluk tu delete semua gambar anak2. Maaf. Sy sgt blur. Ntah dr mana daku dpt kekuatan p ikut depa, sy pun x tau.
Please. Sambil kita cuci mata, rupanya ada yg “curi” (cahaya) mata kita. Dlm kes ni, alhamdulillah, sy terrr berani. N alhamdulillah segerombolan makhluk bangla tu x mengganas.
Ni ja yg sy nak bgtau. Abam polis cakap “kita takut kes penderaan seksual kanak2 ataupn kes culik”. Abam polis sgt frust sbb segerombolan tu dh blah. Nothing to do.
Terima kasih pihak tesco sbb tolong call abam polis. Tp staff anda kurang membantu. Terima kasih suami tercinta sbb call polis jgk. Syg, lain kali jgn kalut sgt. Huhuhu. Takut anak kita abam polis dok tunggu kat kereta. Ramai plak tu. Yg mata2, yg berseragam, yg bermotor besaq.
Masa sy taip ni, sy masih ketaq. Layla salikin dah tido. Kalau rasa penting, sila share. Tolong lah semua. Beringat. Beringat. Beringat.
Alhamdulillah, mata sy dpt tangkap kegiatan depa. Alhamdulillah, syukur Ya allah.
Sumber : FB Siti Umairah
|