Wanita berusia 30 tahun itu juga berkata bapanya juga tidak pernah bertanya khabar serta mendakwa tidak mahu ambil tahu mengenai dirinya.
“Kami berdua simpan nombor masing-masing, tetapi dia (Zainal) tidak berminat untuk bertanya khabar saya. Dia memang tidak menghubungi saya untuk mengucapkan selamat hari lahir atau selamat hari raya.
“Kalau kami berhubung dulu, dia cuma bertanya ‘awak sembahyang tak? Dia tidak pernah memberikan perhatian kepada saya,” katanya.
Dalam pada itu, Timur berkata kali terakhir mereka berhubung dan bapanya memberikan ucapan hari raya atau hari lahir ketika dia berusia sembilan tahun.
Untuk rekod, Timur adalah anak hasil perkahwinan Zainal dengan bekas isterinya, Natasha Gabriel. Selain Timur, mereka turut memiliki seorang anak lelaki, Mikhail. Bagaimanapun, dua anak itu di bawah penjagaan bekas isterinya selepas pasangan itu bercerai pada Disember 2000.
Sumber – Harian Metro, Rotikaya