DO[S]A yang merupakan An Astro Original Series adalah karya asal Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail dan Salman Aristo, yang turut bertindak sebagai penulis skrip untuk naskhah ini.
JUDUL : DO(S)A
EPISOD : 8 episod (binge-watch)
TARIKH TAYANGAN : 14 Feb 2018
SIARAN : Astro First Eksklusif saluran 480 dan VOD. (RM19.10 utk 10 hari)
PENGARAH : Ifa Isfansyah (best director FFI) (Sang Penari, Garuda Di Dadaku dan Pendekar Tongkat Emas)
PENULIS SKRIP : Salman Aristo (best screenplay FFI) ( Ayat-Ayat Cinta, Laskar Pelangi, Garuda di Dadaku dan Sang Penari)
PELAKON : Dato M.Nasir, Remy Ishak dan Daniella Sya, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama dan Tegar Satrya, Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid.
TERBITAN : Arie Zaharie Production Sdn Bhd
SINOPSIS :
DO(s)A mengisahkan empat beradik dibesarkan bapa mereka sendirian iaitu Latif (M Nasir) dengan nilai kesederhanaan, pegangan agama yang kuat dan disiplin persilatan. Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid) dan Fara (Shenty Feliziana) hidup bersama bapa mereka di tempat paling sunyi di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Di situ, mereka menjalani kehidupan hampir tersembunyi daripada masyarakat dan setiap hari berlatih ilmu persilatan seolah-olah sedang bersiap-siaga menghadapi sesuatu. Fara sering memberontak namun tidak diendahkan Latif.
Hubungan keluarga itu semakin bergolak apabila Fara berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia, Arian (Reuben Elishama), yang tiba dari Jakarta semata-mata untuk berjumpa Latif. Dalam usaha Arian melembutkan hati Fara untuk membawanya bertemu Latif, mereka menjadi rapat. Menyedari perkara itu, Fuad yang seolah-olah mengetahui tujuan Arian mencari Latif menghalang Fara daripada bertemu Arian bahkan Fuad bertindak mengusir Arian pulang ke Jakarta kerana Latif tidak mahu lagi ada kaitan dengan orang seperti Arian.
Berang dengan tindakan Fuad, Fara mengekori Arian ke Jakarta tanpa mengetahui bahaya yang menantinya di sana. Sebaik saja Fara keluar dari pintu ketibaan di lapangan terbang di Jakarta, dia diculik dan dihumban ke dalam van lalu dikurung di sebuah gudang. Lantas, Latif terus menghantar Fuad, Farid dan Fahad ke Jakarta untuk membawanya pulang. Di sana, mereka tiga beradik sering diserang tanpa sebab yang pasti. Arian yang baru mendengar berita penculikan Fara turut berganding bahu membantu abang Fara. Semakin lama mereka di Jakarta, semakin banyak yang mereka mula fahami mengenai asal usul keluarga mereka dan siapa bapa mereka sebenarnya. Tanpa disedari, mereka terjerumus di tengah-tengah pergelutan kuasa di dalam dunia kongsi gelap Jakarta. Hanya mereka yang mampu mengakhirkan perang ini, walau sebesar mana pengorbanan yang diperlukan.

This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Author|Post time 28-1-2018 10:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
PETIKAN KENYATAAN RASMI OLEH NAIB PRESIDEN BAHAGIAN PERNIAGAAN MELAYU ASTRO, DATO’ KHAIRUL ANWAR SALLEH
Sejujurnya, saya berasa cukup teruja dengan karya DO[S]A ini kerana ia merupakan kerjasama sulung Astro yang melibatkan Malaysia – Indonesia dalam melahirkan siri original Nusantara premium eksklusif istimewa untuk tontonan ramai. DO[S]A turut merupakan karya pertama Nusantara yang kami tampilkan dalam slot ‘An Astro Original Series’.
Sebelum ini, Astro telah memulakan beberapa projek bagi menembusi pasaran serantau seperti ‘3 A.M. Bangkok Ghost Stories’ dengan pihak penerbitan dari negara Thailand, naskhah seram bertajuk ‘Door’ dengan penerbitan Filipina, serta ‘Cinta Paling Agung’ dan ‘Polis Evo2’ dengan kerjasama republik Indonesia. Pada masa yang sama, filem-filem terbitan Astro seperti ‘The Journey’ turut menarik minat pemain industri dari negara luar untuk diadaptasikan bagi siaran di negara masing-masing. Ini secara tidak langsung memberi indikasi bahawa karya terbitan Astro diterima ramai, baik audiens dari dalam mahupun luar negara.
Melihat akan kejayaan yang berjaya dilakar menerusi kolaborasi-kolaborasi mega yang dilaksanakan ini, Astro akan terus melahirkan banyak lagi naskhah-naskhah hebat untuk tontonan semua. Akan datang, ‘Sembilan’, sebuah lagi siri original gandingan Malaysia – Indonesia dijangka bakal menemui peminat pada akhir tahun ini. Naskhah bergenre seram ini akan memulakan penggambaran pada bulan Mei 2018. Kami menyasarkan akan ada lebih banyak lagi kandungan dan projek seumpamanya bakal dihasilkan di masa-masa yang akan datang.
Dalam pada itu, saya begitu berpuas hati dengan hasil akhir yang dizahirkan barisan produksi DO[S]A. Jalan penceritaannya ternyata ‘luar dari kebiasaan’, cukup kompak dan ‘mind-blowing’. Ternyata, kerjasama dan keserasian yang tercetus di antara pemain utama di bahagian hadapan dan belakang tabir naskhah ini adalah sebuah kekuatan yang wajar diakui ramai. Bakat mereka ini terletak di kelasnya yang tersendiri dan saya yakin, gandingan sehebat ini mampu mencetuskan satu fenomena baru dalam landskap seni serumpun khususnya
Artikel penuh: (sori tak reti biru kan link)
http://www.budiey.com/dosa-astro-original/