View: 7965|Reply: 24
|
Perkampungan Ini Digelar Antara Tercantik Di Dunia, Namun Unik Tiada Akses Jalan
[Copy link]
|
|
Siapa sangka di negara barat pun masih terdapat perkampungan yang 'rare' iaitu tiada langsung akses jalan raya.
Perkampungan hijau ini dikenali sebagai Giethoorn yang terletak di Belanda dan merupakan destinasi yang sangat tenang dan juga romantik.
Paling unik, seperti dikatakan kawasan ini tidak mempunyai jalan raya. Akses utama ke kawasan sekitar perkampungan ini adalah dengan menaiki bot melalui terusan air, berbasikal atau berjalan kaki. Memang rare betul, kan?
Lokasi menarik ini terletak di tengah-tengah Belanda iaitu kira-kira 90 km dari ibu negara, Amsterdam dan 110km dari Rotterdam serta The Hague.
Ramai yang menggelar perkampungan ini sebagai ‘Venice of Netherland’ dan termasuk di antara 10 perkampungan tercantik di dunia.
Mengikut sejarahnya, perkampungan ini mula-mula dibuka pada tahun 1230 oleh sekumpulan pelarian dari wilayah Mediterranean.
Jika dilihat dengan namanya sendiri, Giethoorn bermaksud tanduk kambing yang diambil dari perkataan asalnya Giytenhorn.
Keindahan perkampungan yang memukau
Bandar yang begitu unik ini menjadikan Giethoorn sebagai salah satu tarikan pelancongan yang sangat popular.
Pelancong yang datang ke sini pasti begitu teruja bila melihat keindahan lanskap alam sekitar yang melatari setiap sudut ruang di sekitar bandar ini.
Antara aktiviti yang menarik yang paling popular di sini ialah canal tours. Para pelancong berpeluang menikmati pemandangan sekitar dengan menaiki bot-bot kecil melalui terusan air sepanjang 4 batu yang berlatarkan pemandangan indah rumah-rumah ladang dengan bumbung beratap rumbia yang dibina sejak abad ke-18.
Pengunjung boleh menyewa bot kecil yang mampu memuatkan empat atau lima orang dan boleh dikemudikan sendiri atau menyewa bot yang lebih besar dan mempunyai pemandu pelancongan untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang desa ini.
Dikatakan penduduk di desa ini kebanyakannya adalah warga emas dan mereka sangat ramah dan tidak sombong.
Selain aktiviti-aktiviti outdoor seperti berbasikal dan canal tours, tarikan pelancongan lain antaranya ialah adanya muzium yang mempamerkan mengenai sejarah kehidupan masyarakat di sini sejak 100 tahun yang lalu serta dapat melihat kerja-kerja penghasilan tembikar secara tradisional dan kereta antik.
Walaupun perkampungan itu kecil, ia turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti gereja, sekolah, perpustakaan, mesin ATM dan pasar raya.
Terdapat banyak cafe yang boleh menjadi pilihan pengunjung untuk menikmati hidangan dan minuman sambil bersantai menghirup udara segar.
Selain itu, jika tiba musim sejuk, air di dalam terusan sejauh 4 batu ini akan membeku dan menjadi tempat yang menarik untuk aktiviti meluncur ais. Wow! Menariknya! - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
CAntiknyaaa!!! Kalau pegi ni mesti rasa xnak balikkk! |
|
|
|
|
|
|
|
Best gila klo dpt p |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya.. klu dpt pegikn best |
|
|
|
|
|
|
|
Memang cantik selalu dapat liputan pelancongan sebab keunikannya |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik nya... moga ada rezeki dpt tgk dgn mata sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Bucketlist aku utk hujung tahun ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat cantik |
|
|
|
|
|
|
|
nengok pun dah rasa tenang... |
|
|
|
|
|
|
|
Citer mokcun ada pernah berlakon kt sini. Tp uols jgn tanya episod berapa dan bila. Iols pun tertengok dan melekat sbb cantik sgt those houses. |
|
|
|
|
|
|
|
Netherlands ni memang best .suka dgn suasana d sana mau d Amsterdam or luar Ams |
|
|
|
|
|
|
|
de_ikea replied at 27-1-2018 02:30 PM
Citer mokcun ada pernah berlakon kt sini. Tp uols jgn tanya episod berapa dan bila. Iols pun terteng ...
yg Mak Cun to d Zannse Schans kalau tak silap bab perasan view nya sama .saya pun naik basikal d sana mcm mak cun juga haaaa. d situ tourist area crowded la.. |
|
|
|
|
|
|
|
sherry70 replied at 27-1-2018 04:32 PM
yg Mak Cun to d Zannse Schans kalau tak silap bab perasan view nya sama .saya pun naik basikal ...
Oh ye ke. Mungkin juga. Cuma iols rasa lain. I hv been in zaanse zhans (abaikan ejaan salah) for few times. Pandai jugalah selok belok celah tu. They still have small road dan takde boat access til door step mcm ni. I jugak pernah pergi a kg like this yg satu bot satu rumah tp tu dlm 30 mins drive dr Amsterdam. Yg ni lg cantik. Tp mungkin je iols salah. Iols tgok mokcun tu sbb terpesona je. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun, cantiknyaaaaa. OK nak letak dlm bucket list |
|
|
|
|
|
|
| |
|