Siapa kata wanita berhijab tidak boleh aktif dalam bidang sukan? Walaupun melakukan aktiviti-aktiviti lasak, namun aurat tetap perlu dijaga. Mereka mempunyai kekuatan fizikal dan mental untuk menempa nama di peringkat antarabangsa, sekali gus mengikis streotaip bahawa golongan wanita lemah dalam bidang sukan.
Jom kita kenali lima orang atlet antarabangsa yang berhijab mencipta nama di persada dunia.
#1. Kariman AbuljadayelKariman yang berasal dari Arab Saudi merupakan seorang atlet sprint atau lari pecut yang tampil dengan hijabnya ketika di Olimpik 2016. Atlet yang berusia 24 tahun ini telah menewaskan tujuh pemain 100 meter pada Olimpik 2016 dengan catatan masa beliau 14.61 saat.
#2. Rahaf Khatib
Meskipun dikelilingi atlet dan rakan-rakan yang tidak berhijab, Rahaf yang berasal dari Amerika Syarikat telah memberi isnpirasi kepada wanita dan atlet yang lain. Tampil dengan imej berhijab, Rahaf yang mempunyai tiga orang cahaya mata telah muncul di majalah Womens Running United States 2016 sebagai wanita sukan pertama yang memakai hijab.
Menurut atlet lari pecut ini, pencapaian dan penampilannya dapat menjadikan insirasi kepada wanita diluar sana dan mencerminkan imej yang positif terhadap seorang wanita Muslim di Amerika Syarikat.
#3. Kubra DagliWanita cantik ini berusia 21 tahun berasal dari Turki ini telah memenangi pingat emas pada Kejohanan Taekwando Dunia ke-10 yang diadakan di Peru pada Oktober 2016.
Pencapaiannya itu merupakan sejarah yang bermakna buat negara kelahirannya meskipun pada usia yang muda dan berpenampilan menutup aurat (bertudung), bukanlah penghalang wanita berhijab untuk melakukan aktiviti lasak, sebaliknya, ia dapat membuktikan bahawa wanita bertudung mampu bersaing dalam bidang sukan lasak seperti taekwando.
#4. Shirin Gerami
Share
Share
#5. Doaa ElghobashyAtlet muda berusia 22 tahun ini merupakan seorang pemain bola tampar pantai yang telah memenangi Piala The African Volleyball Confederation (CAVB) yang diadakan di Nigeria pada tahun 2017. Elghobashy memakai tudung pada usia 12 tahun dan kerjayanya sebagai bola tampar adalah minatnya yang mendalam sejak kecil lagi.
Wanita bertudung sering dipinggirkan kerana dilihat lemah dan tidak beraksi sepenuhnya dimana-mana petandingan. Namun, mereka ini tampil dengan imej berhijab yang membuatkan masyarakat ‘membuka mata’ akan kewujudan Muslimah yang berhijab dalam dunia sukan.
|