View: 6749|Reply: 20
|
Siapa Kata Bulan Madu Hanya Di Oversea? Lokasi Mewah Di PD Ini Pasti Buat Anda T
[Copy link]
|
|
Bercuti selepas memeterai janji sehidup semati adalah sesuatu yang diidamkan oleh setiap pasangan yang baru sahaja berkahwin. Tentu sahaja percutian berbulan madu akan menjadi momen-momen indah yang bakal tersemat di dalam kotak memori dan menjadi ingatan sepanjang hidup dalam alam rumah tangga.
Kini sangat banyak lokasi ataupun destinasi yang anda boleh masukkan dalam list anda untuk pergi berbulan madu bersama yang tersayang. Malah di Malaysia pun 'berlambak' senarai yang ramai tak tahu pun, atau terlepas pandang.
Bagi anda yang inginkan percutian dengan suasana romantik dengan dikelilingi pemandangan air laut yang mendamaikan, Lexis Hibiscus Port Dickson mungkin tempat yang anda boleh tuju. Ya, hanya di Port Dickson tapi jangan pandang sebelah mata ya!
Ini sebab-sebabnya...
Foto: Google
Keindahan Selat Melaka
Jika anda nak tahu, resort ini menawarkan beberapa pakej bilik dan yang paling menarik adalah Panorama Pool Villa yang mengadap ke laut lepas. Tinggal di bilik ini pasti membuat pandangan anda bebas ke laut lepas sambil disapa angin dari Selat Melaka.
Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, Lexis Hibiscus Port Dickson merupakan resort berkonsep moden yang menghidangkan pemandangan dan pengalaman luar biasa yang pastinya.
Nah lihatlah sendiri binaan resort yang persis berada di luar negara ini. Kagum gila!
Foto: pureglutton
Kolam renang dalam bilik.. Biar betul?
Lebih menarik lagi, jika anda dan pasangan anda mahukan privasi untuk berdua sahaja, resort ini turut menawarkan pakej kolam renang di dalam bilik.
Jadi anda boleh berendam dan mandi manda di kolam renang tanpa meninggalkan bilik anda. Anda buatlah apa yang anda mahukan berdua tanpa menghiraukan diintai oleh orang lain. Selamat kan?
Private Pool
Lihat sendiri hidupan laut dari resort
Selain itu, andai anda terasa mahu menikmati pemandangan di dalam air melalui resort anda, satu tetingkap kaca turut dibina di dalam bilik resort agar anda berpeluang menjenguk ke bawah dan melihat hidupan laut yang berenang bebas di sekitar resort ini.
Bercakap tentang kelengkapan resort, segala kelengkapan telah di sediakan secukupnya bagi setiap bilik. Anda hanya perlu datang bawa diri, pakaian dan duit untuk makan kerana makanan tidak termasuk di dalam pakej yang ditawarkan.
Alamat : 12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia.
Nah, sekarang tak perlu gusar jika mahu honeymoon dalam negara..di sini pastinya menjanjikan pengalaman terbaik, setanding di luar negara! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
best tapi...mahal ya robbi |
|
|
|
|
|
|
|
nampak dlm gmbr cantik, bila pg pantai pd standard sungai klang.
kalau nak air laut cantik pg belah2 terengganu |
|
|
|
|
|
|
|
da stay sky villa deepabali tu hari
superb |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kemudahan dan bilik yang cantik kenalah sanggup berbelanja lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik juga..bole la pi sini ms anniversary nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
dapat bilik tak hadap bilik lain best la..
klu dapat bilik nampak bilik lain cam mana nak swim naked |
|
|
|
|
|
|
|
teringin gak nak poie... tapi tabung lum cukup... xkan nak dok semalam je, x sempat kecut nak berendam nanti... hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
dah pernah stay sini bagi aku bebiasa je
aku rasa stay kat tengah kl lagi best compare stay kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
actually pd not bad gak, bleh la jugak nampak air membiru..x lah setanding ngan pantai timur or sabah..tp better la dari yg kat slangor nih..kaler teh cair je memanjang
|
|
|
|
|
|
|
|
fushimi replied at 6-3-2018 11:36 AM
dah pernah stay sini bagi aku bebiasa je
aku rasa stay kat tengah kl lagi best compare stay kat s ...
Boleh bg idea tak nak stay hotel kl yg best dan affordable? Include swimming pool and breakfast. Also ada dinner..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau hotel aku suka MO
tapi bab makan kat hotel semua aku kurang suka kadangkala makanan kureng sedap
|
|
|
|
|
|
|
|
dah pernah stay kat sini...cuma kolam ja kecik....layanan vip... |
|
|
|
|
|
|
|
dlm list den hotel ni....setakat dlm list je la....nak poei ntah bila.....ada yg nak sponsor ka? |
|
|
|
|
|
|
|
cantik juga ye...cuma x berani nak terjun ke laut tu
just tgk pemandangan laut je lah ek |
|
|
|
|
|
|
|
lexus
best pegi sini
the view...amazing
yup..kind of mahal jgk
|
|
|
|
|
|
|
| |
|