View: 6419|Reply: 9
|
Tahu Tak Fungsi Butang Soak Pada Mesin Basuh Untuk Cuci Keladak Dalam Mesin?
[Copy link]
|
|
Pernah tak terfikir mengapa pakaian anda terdapat kesan-kesan putih dan berhabuk selepas seharian dijemur terutamanya pada pakaian berwarna gelap, kesannya lebih ketara kelihatan.
Itu sebenarnya petanda bahawa mesin basuh anda telah menyimpan banyak ‘khazanah’ yang mengotorkan pakaian anda. Kotoran yang dikumpulkan daripada pakaian yang telah dibasuh terhimpun di dalam mesin dan boleh menyebabakan mesin rosak. Mesin basuh yang kotor ini juga akan menyebabkan pakaian yang dibasuh berbau kepam atau hapak.
Foto: Google
Jadi, bagaimana mahu membersihkan kotoran ini? Walaupun sentiasa menggunakan mesin basuh, ada sesuatu yang mustahak telah anda terlepas pandang.
Ya! Ia adalah butang SOAK. Ingin mesin basuh bersih seperti baru di beli? Ikuti langkah-langkah ini.
LANGKAH 1
Cabut penapis yang ada didalam mesin basuh, kemudian bersihkan dan pasangkan semula.
LANGKAH 2
•ilih program atau course atau mode "TUB CLEANING". Jika tiada pilihan tersebut, pilih "SOAK".
•Sekiranya tiada juga boleh pilih mana-mana program cuma pastikan pilih cycle "WASH" SAHAJA.
•astikan "WATER LEVEL" adalah tahap maksima dan tekan "START".
Nota: Pastikan anda tidak memasukkan apa-apa pakaian di dalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata.
Foto: Google
LANGKAH 3
Bila air 1/3 penuh, letak bahan pencuci bersesuaian. Ini antara produk yang ada di pasaran. Pastikan ia mengandungi:
•SODIUM PERCARBONATE atau SODIUM CARBONATE (300Gram) atau;
•Sodium Borate (Borax) ( 300Gram );
•Jenama CALGON @ COSWAY@OXY@( 300gram);
•140 Gram Soda ( RM3.00 ) dicampur bersama cuka putih 750ML ( RM2.50) yang telah dicampur dalam bekas lain sebelum dimasukkan kedalam mesin.;
•encuci jenama "ZIP " ACTIVE FORMULA with BICARBONATE. Pastikan bancuh sebelum memasukkan dalam mesin (300Gram);
•Tidak meletakkan apa-apa pun boleh juga , cuma kurang efektif kerja pencucian tersebut.
LANGKAH 4
•Jika anda memilih mode cucian TUB CLEANING atau SOAK, kerja anda lebih mudah. Anda hanya perlu menunggu ia siap saja.
•Jika memilih mode cucian WASH sahaja, selepas mesin siap cycle atau pusingan 3 minit, biarkan mesin terendam selama sejam.
•Selepas sejam, pilih mode ini: "Wash" 8 minit, "Rinse" 2 kali, "Spin"1 minit.
•astikan selepas mode tersebut siap tiada keladak yang tinggal di dalam dasar tangki. Jika masih ada, cuci filter terlebih dahulu dan ulangi langkah wash, rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal.
•SIAP.
Foto: Google
NOTA
1.Sebelum melakukan kerja pencucian DRUM ini, pastikan kerja-kerja membasuh telah siap sebab ia memakan masa yang lama (anggaran 2 jam).
2.Pastikan bahan-bahan yang dicadangkan sesuai dengan mesin anda. Baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini.
3.Kalau tidak yakin dengan bahan ini, cari di pasaran bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut. Anda lebih yakin.
Sumber: Facebook Panda Bekki - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Iols.dolu noob juga
Tp.dh tukor.mwsin.baru.neh..dia ada tub cleaning...senang sket...kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz: Iols.dolu noob jugaTp.dh tukor.mwsin.baru.neh..dia ada tub cleaning...senang sket...kikiki
Brand apa sis beli. Mesin kat rumah ni bakal di ganti menjelang raya nanti...
*hihihi {:run |
|
|
|
|
|
|
|
bapak metua iolss siap bukak skru bwh tu nk cuci segale mak nenek daki yg melekat..
wt tiub cleaning pon xbape nk cuci ktenye..
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting kena rajin buat tub cleanning. Kalau ada butang tub cleanning tapi jarang digunakan pasti keladak makin menebal susah nak dibersihkan nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Setahun 3 kali buat ni. Biasa guna soda x pun beli kt cosway je. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa buat ni 1-2 bulan sekali. Dulu pakai cosway pnya pencuci. Skrg beli kt daiso je murah siket |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 13-4-2018 04:52 PM
Brand apa sis beli. Mesin kat rumah ni bakal di ganti menjelang raya nanti...
LG hihi
Senyap je beb...
Beli kat aeon big time 28hb ada diskaun 5% |
|
|
|
|
|
|
|
Alamakk.. kna belek2 mesin basuh ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
mesin basuh mah aku dah tak leh drain air nyer....abis cuci terpaksa ku timba airnya keluar dengan mangkuk ayun mana ntah aku dpt.....siannya kan.....sape nak sedokah kat aku mesin baru persilakan la....kui kui kui..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|