View: 2486|Reply: 11
|
Barang Rumah Pun Ada Tarikh Luput? Iya, Patuh Ni Kalau Nak Selamat
[Copy link]
|
|
Tempat yang paling terbaik di dunia ini bukanlah pantai yang indah, tempat bersejarah atau pemandangan menakjubkan. Tempat paling syok sebenarnya adalah rumah sendiri. Sebab itu lah ada pepatah ‘Rumahku Syurgaku’.
Tetapi, sejauh mana anda mengambil berat mengenai barangan di rumah? Atau anda tahu pakai sahaja bertahun-tahun tanpa ambil tahu pun barangan sebenarnya ada tarikh luput.
Perkongsian majalah Impiana ini pastinya membuka mata anda tentang tempoh penggunaan setiap barangan. Jom semak!
1. Bantal - (2-3 tahun) Selepas tempoh tersebut, bantal akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Semahal mana pun bantal yang dibeli, bila sampai tamat tempohnya, buang ya.
2. Selipar – (6 bulan sahaja)
Walaupun tempoh luputnya 6 bulan lagi, namun saat pertama kali selipar itu menjejaki tanah, bakteria sudah mula membiak. Jadi pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.
3. Span Mandi – (2 minggu sahaja)
Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria melekat ke span tadi. Jadi, cara terbaik adalah menukar span mandi anda 2 minggu sekali atau merendamkannya kedalam air panas menggelegak supaya bakteria musnah.
4. Tuala – (1-3 tahun)
Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteria tetap tidak dapat diselesaikan. Maksima penggunaan adalah 3 tahun, jika lebih awal lebih bagus.
5. Sikat rambut – (setahun sahaja)
Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas seminggu sekali dan diganti setiap setahun.
6. Berus gigi – (3 bulan sahaja)
Ya! Gantikan berus gigi 3 bulan sekali atau setelah anda baik daripada batuk dan selesema. Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi menguasai berus gigi anda.
7. Minyak Wangi – (3-4 tahun)
Eau De Parfum (EDP) mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun di dalam bekas kedap udara. Namun bagi Eau De Toilet (EDT) pula mampu bertahan selama 4 tahun.
8. Hydrogen Peroxide – (2 bulan sahaja)
Selepas anda membuka botol yang mengandungi bahan hydrogen Peroxide, hanya 2 bulan saja kandungan didalamnya akan aktif. Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa. Pun begitu, jika ia tidak pernah digunakan dan masih ditutup rapi, ia mampu bertahan lebih daripada 1 tahun.
9. Baju dalam – (1-2 tahun)
Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.
10. Kasut Sukan - luput sebaik struktur berubah
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/17/135424sgrstrplrfu8rtls.jpg)
Jadi, anda dah tahu kan? Selepas ini perlu lebih peka tentang tarikh luput sesuatu barangan. Mestilah anda tidak mahu menggunakan produk yang sebenarnya tidak berfungsi pun lagi. - CARI
Kredit : Impiana
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih lak nk tuko bantal 2taun skali..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bantal kalau dah 2 tahun selalunya bentuknya pun dah berbeza dan kurang gebu lagi jadi betulah dah sampai masa untuk ditukar. Berus gigi paling senang nak perasan bila ia harus ditukar. |
|
|
|
|
|
|
|
Selipar iol lenjan dah nak masuk 4 tahun,masih utuh {:love |
|
|
|
|
|
|
|
Oo baru. Pasal bantal dgn seliper tu 1st time dgr |
|
|
|
|
|
|
|
Yang berus gigi jer meols ikut..yang lain nan hado.. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak ada satu bantal faveret.. Senang cakap, bantal busuk la ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Sedap sgt pakai sbb bleh sapot tengkuk leher akak ms tgh tido
Dah bertahun2 pakai.. Perlu ke akak humban? ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Takyah, jadikan bantal peluk ja. Untuk tido beli baru
|
|
|
|
|
|
|
|
Jujurnya.. yg kain2 tu selagi tak mereput, selagi tu la dok pakai.
Kosser nau nak tukar ganti brg luput itu ini, mcm la reta kalah tok vida ![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
tukar bantal rasa cam tukar tayar kete kat umah tu. banyak nk kena budget n ganti. hahahahh |
|
|
|
|
|
|
|
bantal..emmmm... ai selalu jemur ... masaklah nak selalu kena tukar |
|
|
|
|
|
|
|
org rumah 3- 4 tahun kena tukar ke??
![](static/image/smiley/default/titter.gif)
#lawakkasarjgnsentap
|
|
|
|
|
|
|
| |
|