View: 6355|Reply: 7
|
Penuh Dengan Kesan Menjijikkan, Yang Mudah Sakit Jangan Berani Jejak Ke Sini
[Copy link]
|
|
Pada tahun 2009, Trip Advisor (sebuah laman web komuniti pelancongan paling popular) telah menyenaraikan lima lokasi pelancongan paling kotor dan dipenuhi kuman. Ia sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penyakit H1N1 yang pernah menggemparkan Amerika Utara pada tahun itu.
Dimanakah lokasi tersebut? Jom lihat senarai di bawah!
Blarney Stone, Blarney Castle & Gardens, Ireland
Foto:KakiSini
Terletak di bahagian dinding atas bumbung Istana Blarney, Blarney Stone adalah tembok batu kapur berkarbon. Menurut legenda, mereka yang mencium batu ini dalam keadaan posisi terbalik dengan bersandar pada batu bakal dikurniakan keupayaan bercakap dengan fasih.
Kisah dan asal usul batu ini bermula pada abad ke-15. Ia tentang seorang jurubina Istana Blarney iaitu Cormac Laidir McCarthy.
McCarthy telah dikenakan tindakan undang-undang dan dia telah meminta bantuan dewi Cliodhna bagi melepaskannya dari tuduhan tersebut. Dewi tersebut telah mengarahkannya agar mencium batu pertama yang ditemui pada waktu pagi semasa dia dalam perjalanan ke tempat perbicaraan.
Akhirnya dia terlepas dari hukuman kerana keterangannya yang lancar dan fasih semasa perbicaraan. Dia kemudiannya telah memasukkan batu tersebut ke atas bumbung istana.
Wall of Gum, Seattle, Amerika Syarikat
Foto:KakiSini
Rujuk pautan ini tentang Wall of Gum yang baru saja kami siarkan baru-baru ini: https://explorasa.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=40215
Oscar Wilde’s Tomb, Paris
Foto:KakiSini
Setiap tahun makam Oscar Wilde, seorang penulis dan penyair yang penuh kontroversi pada zaman kegemilangannya telah dilawati beribu pengunjung setiap tahun. Namun sejak akhir tahun 1990, pengunjung terutamanya wanita telah mula meninggalkan ciuman merah sehingga makam ini dipenuhi dengan kesan ciuman.
Pada tahun 2011, dinding kaca telah dibina mengelilingi makam tersebut bagi menghalang pengunjung daripada terus mencium makam ini
Piazza San Marco, Venice, Itali
Foto:KakiSini
Piazza San Marco merupakan dataran umum dan antara lokasi wajib dikunjungi di Venice. Namun di sebalik keindahan senibina di sini, kewujudan burung merpati yang banyak telah menjadi ancaman terutamanya penyakit yang boleh disebarkan melalui burung seperti H1N1.
Grauman’s Chinese Theater, California, Amerika Syarikat
Foto:KakiSini
Terletak tidak jauh dari Hollywood Walk of Fame, Grauman’s Chinese Theater turut mengabdikan nama, tapak tangan dan kesan tapak kaki artis Hollywood untuk tatapan pengunjung. Biasanya pengunjung tidak akan melepaskan peluang mengambil gambar dengan meletakkan tangan atau kaki mereka di atas kesan tapak artis kesayangan mereka.
Bolehkah anda bayangkan berapa ramai yang telah melakukan perkara yang sama? Jika anda berpelunag mengunjungi tempat ini dan ingin melakukan perkara tersebut sebaiknya gunakan sarung tangan atau kenakan sanitizer sebagai langkah berjaga-jaga.
Tak salah datang ke tempat-tempat ini tapi anda haruslah berwaspada, okay? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak gi tempat2 sebegini gi sekadar melawat je dah cukup tak perlu ler nak ikut apa yang mereka lakukan tu pun |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu,
keyboard cyber cafe
sebab tu aku tak penah jadi budak CC, geli weyh nak pegang keyboard tu |
|
|
|
|
|
|
|
yikes...!
i never thought of that..
Ewwwww....
|
|
|
|
|
|
|
|
GELI!
keyboard cafe cemana? |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba bawak mikroskop.. berliang liut ulat |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pernah merasa asam2 kat Tid Bits Aeon Mall.. Asam yg kecik2 utk tester tu.. Sekali balik rumah sakit perut ko.. Cirit birit.. Mula2 duk fikir makan apa la.. Sekali baru teringat ada rasa asam tester.. Byk juga plak tu.. Bau teringat betapa byk nya kuman kat tester tu.. Mcm2 tangan duk sentuh ambik... Ewww.. Since itu terus dh x buat lg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|