CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3829|Reply: 3

MY-Visit | Kuching, Sarawak.

[Copy link]
Post time 1-6-2018 03:58 PM | Show all posts |Read mode


Kuching - Sebuah bandar yang indah dihiasi oleh sepanjang jajaran Sungai Sarawak. Bandar ini punya lagenda tersendiri dari hikayat ke mitos. Namun, bila disebut pasal Kuching , kebanyakan dalam kalangan rakyat Malaysia akan berkata "mee kolok , kek lapis sarawak , aok , rumah atas pokok" dan sebagainya. Buat mereka yang belum  pernah menjejak kaki ke  ibu kota bumi kenyalang, saya secara hati terbuka ingin menjemput kalian untuk bertandang ke Kuching, Sarawak. Bandaraya yang kaya dengan budaya, makanan di samping orangnya yang peramah tidak akan mengecewakan anda yang ingin datang ke sini.




Kebanyakan hotel-hotel yang ada di Kuching tidaklah begitu membebankan . Anda boleh dapat hotel 3 bintang dengan harga RM72 semalam di tengah-tengah bandar Kuching berhampiran dengan kawasan-kawasan yang menarik. Tidak itu juga , jika anda penggemar makanan , Kuching adalah syurga koleksi makanan penduduk tempatan. Masyarakat melayu dengan mee laksa sarawak, masyarakat iban dengan ayam pansuh dan tidak lupa juga masyarakat cina popular dengan mee kolok.


Selain itu juga, Kek Lapis Sarawak amat sinonim dengan negeri bumi kenyalang ini. Kebanyakan pelancong-pelancong yang datang bertandang ke bumi kenyalang tidak akan melepaskan peluang untuk membawa/membeli kek lapis sarawak sebagai tanda kenang-kenangan dan tidak lupa juga sebagai makanan hidangan ketika raya. Antara pembuat kek lapis sarawak yang terkenal di Kuching adalah Mira Cake House, Dayang Salhah dan sebagainya. Harga sepotong kek lapis sarawak boleh didapati dengan harga RM10.

Antara tempat - tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika berada di Kuching :-

1) Kuching Waterfront (mercu bandaraya Kuching)
2) Kuching Top Spot
3) Muzium Kuching
4) Kubah Ria
5) Kedai Mira Cake House
6) Dayang Salhah Cake House
7) Kampung Budaya Sarawak
8) Pantai Damai, Santubong
9) Bako National Park
10) Taman Pahlawan Sarawak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2018 11:10 PM | Show all posts
wow murah juga hotel kat sini. berbaloi kalau travel ke kuching
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2018 10:35 AM | Show all posts
korokure replied at 1-6-2018 11:10 PM
wow murah juga hotel kat sini. berbaloi kalau travel ke kuching

sangat berbaloi especially bile bercerita pasal Makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061745 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list