View: 11229|Reply: 80
|
Kak Hassanah bengang dengan sikap ummah pprt di Ikea
[Copy link]
|
|
Perlu kita renungkan.
Apa Masalah Dengan Orang Kita?
Semalam singgah Ikea untuk beli beberapa barangan penting. Aku tahu, ini adalah satu keputusan yang tidak berapa baik memandangkan semalam adalah hari minggu. Aku masuk sahaja, seolah-olah ada satu malapetaka besar.
Di bahagian sofa, budak-budak melompat dari satu sofa ke sofa yang lain. Siap ada yang buat berguling ala ninja. Pintu kabinet display sampai ada yang tercabut. Anak-anak seumpama diberi dadah.
Aku jalan depan sikit, jumpa seorang budak perempuan ambil dekat 30 pembaris kertas dan menunjukkan dengan muka bangga kepada ibunya. Ibu dia buat muka bengang tapi sepatah pun tak cakap apa. Tiada sebarang usaha untuk ambil balik dan letak semula. Tunjuk pada anak itu tindakannya salah.
Aku jalan depan lagi sampai bahagian katil. Kali ini aku jumpa bapak budak. Aku ulang bapak budak. Berat badan lebih kurang 95kg sekali imbas. Katanya pada bini "abang nak tengoklah katil ini tahan ke tak". Dia lompat atas katil tersebut lalu baring meniarap. Saya ulang, dia LOMPAT! Bininya, tertawa riang "eh abang ini, ada buat macam ni kat tempat gini".
Aku ke bawah tempat suis lampu. Di kotak-kotak mentol display, ada seorang budak ini datang dan lalu dan tekan on-off sesuka hatinya sekeras-kerasnya. Astaghfirullah. Yang paling best, aku tak nampak sekelumit pun bangsa lain buat semua perangai ini. Lagi sekali aku ulang, semua sekali bangsa yang sama.
Aku ada lalu satu keluarga bangsa lain, anak dia tanya mak "mommy is it ok if sit and play on that sofa?" Mak dia angguk tapi jawapannya, "just sit. This is not a playground so no playing". Anak itu jelas nampak keliru kerana keadaan sekelilingnya seolah-olah (atau lebih hebat) daripada taman permainan rekreasi kanak-kanak.
Wahai ibu bapa, kalau orang lain tegur anak kamu kan kamu akan marah. Kawallah anak sendiri. Ajar mana satu taman mana satu bukan. Buat anak pandai, didik itu kerja awak juga.
Jangan nak nilai aku sebab aku tiada bini dan anak. Kalau aku keluar dengan anak-anak saudaraku, aku tinggikan suaraku biar di khalayak jika perlu (biasanya tak perlu pun). Kalau mereka silap, aku tegur dan tunjukkan yang betul. Kalau makan McD dan KFC, aku kemas meja bersama-sama mereka dan bawa ke tong sampah lepas makan.
Jauh yang teramat sangat lagi kita semua dengan mentaliti maju. Sedih dan resah aku tengok orang sendiri. Berubahlah. Kalau tak kita, siapa lagi nak buatkan semua ini?
Kredit : Ustaz Abu Sufyan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mgmt Ikea tak bising ko plak bising |
|
|
|
|
|
|
|
Haha. ..gelak guling baca part katil tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak komen pasal orang lain. ..semua yang baik datang dari engkaulah ya. ..engkaulah pengemas. ..engkaulah pembersih. ..engkaulah yang terbaik serba serbi segalanya. ..dan orang lain semua tak elok. ...
Hakikatnya. ...entah betul entah tidak yang suka puji diri sendiri ni....dan suka mengecam pasal orang. ..... |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat camana kan...patutlar ikea hanya pilih tmpt2 yg eksklusif je utk bukak cawangan dia..
btw,, rakyat kena berubah ke arah mempunyai kesedaran sivik yg tinggi...kata nak jd negara maju |
|
|
|
|
|
|
|
Ikea mana ni? Kl ikea damansara aku xcaya. Aku selalu pergi ok ja walau hjg minggu ramai org. Kl ikea negara J mungkin la kot |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah lg pegi ikea negara j. Tapi yg pasti ikea cheras punya toilet mcm lahanat. Tak sampai seminggu buka toilet penuh tisu atas lantai toilet. Lepas kencing tak pam. Bau hancing . Dalam mangkuk tandas penuh tisu. Eyy.. mangkok betul sape yg buat. Dah mcm gempa bumi aku tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada lalu satu keluarga bangsa lain, anak dia tanya mak "mommy is it ok if sit and play on that sofa?" Mak dia angguk tapi jawapannya, "just sit. This is not a playground so no playing". Anak itu jelas nampak keliru kerana keadaan sekelilingnya seolah-olah (atau lebih hebat) daripada taman permainan rekreasi kanak-kanak.
ternyata cina malaysia jauh berbeza dgn cina prc
melayu lebih hampir pangai dgn cina prc ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ini malaysia...melayu...suka hati lah...kalau nak ikut cara ompotih pg lah ikea mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang melayu mmg perangai flat pprt sangat ok. Peghak tak masuk ikea gitu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bapak bapak pun melompat katil, memang tahi sangat perangai.
kat rumah sendiri lompat katil tak?
dah lompat katil, beli tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan setakat perangai kanak2 je perangai mak pak nya pun lebih kurang cam tu juga. Masaalah sikap dan kurang didikan sivik punca jadi sebegitu. Cer gi ke kawasan pakir pasaraya contohnya. Berapa ramai yang sengaja tinggalkan troli sebegitu je di depan kereta orang lain, dipetak pakir atau dicelah2 kereta tak pun ditiang2 pakir, tampa ada usaha nak meletakannya semula ditempat peluangan troli. Bila nak beli barangan gigih masing2 cari troli untuk diguna dah habis guna main tinggal ikut suka je. Nak negara maju tapi mentaliti tak nak maju2 juga. |
|
|
|
|
|
|
|
kot ye pun segala perabot display tu adalah sebagai testers.. tak perlu la ko test sampai sebegitu rakus sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Bersepah manusia2 bangsat camni kat Ikea. Tak masuk lagi time nak mencekik. Aku biasa kalau nak beli something, just browse online check product code, pastu pegi sana dan terus ambik barang, bayar & calibut. Tak sampai 1 jam pun bertenggek kat sana. Kowser nak peel2 sakai manusia kat situ...![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pergi ikea jalan2 pastu buat onar.
tengok barang kat as is siap ada insan2 tido atas2 sofa and duduk atas meja, tak kira lagi ikea PS yang cop barang walau tengah tunggu insan nak beli on9. (sorry PS)
sory korang attitude tetap attitude. jangan buat perangai tak elok datang showroom. |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya dia test katil macam sacha baron cohen buat dlm cerita grimsby masa nak beli baru tau tahan tak tahan katil tu..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ini semua adalah produk sistem pendidikan kita yang ultra arob dan terlalu mementingkan pelajaran "budaya" arob sambil nyanyi2 bahasa arob dan pentingkan tajwid yang betul
tambah lah ngan efffect DEB yang beri tongkat OKU kat orang kampung tanpa merit..bagi kerja preee ngan gaji busat tak setaraf nagn pendidikan (banyak A's tak semestinya pandai)
cuba bandingkan ngan orang2 zaman dulu2..kat fast food mcd pun sejahat nakal budak2 remaja asal kampung hijrah pi bandar pun..lepas makan pi bunag sendiri tray..
la ni?hareeemmmm....tapi ckgu kata..at least TAJWID depa betul![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Z77 replied at 25-6-2018 11:43 AM
patutnya dia test katil macam sacha baron cohen buat dlm cerita grimsby masa nak beli baru tau tah ...
Hehe ..nanti kaka nak Google movie tu. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikea negara J tu I pernah masuk 3 kali je kot...
Kali pertama pergi masa bulan pertama bukak memang ada penampakan jakun luar biasa ummah J...
Kali ke 2 tak ingat bila entah, dah nampak normal macam Ikea dkt the curve tu..
Kali ke 3 dekat nak raya hari tu pun sama gak.. takde pulak kejakunan ummah kelihatan..
Citer kak hassanah ni pulak... mcm rekaan aje.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|