View: 2369|Reply: 9
|
"Mana Otak? Mentaliti Macam Beruk!" - Perang Netizen Lepas Harimau Tew
[Copy link]
|
|
Umum tahu, masyarakat kita sering 'berperang' dengan Indonesia walaupun negara kita berjiran. Ada saja isu dipetik untuk mencetuskan provokasi di antara kedua-dua 'kejiranan' ini.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/13/155938sud5ox0vbs10iot5.png) Foto: Skanaa
Terbaru, keadaan menjadi gamat apabila penyokong Indonesia mula membaling objek keras ke arah skuad kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) kerana tidak puas hati apabila skuad Garuda Muda tewas kepada Malaysia dalam perlawanan separuh akhir Kejuaraan AFF 2018 di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, semalam.
Menurut BERNAMA, kedua-dua pasukan itu terikat seri 1-1, namun Malaysia menang menerusi penentuan penalti, sekali gus menyingkirkan Garuda Muda.
Rata-rata netizen menyelar sikap penyokong Indonesia dan menggesa pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera memandangkan kejadian sama sudah banyak kali berulang.
Otak mana otak?
"Indonesia kadang-kadang bersikap tidak matang dan terlalu beremosi," selar netizen.
Setiap permainan membabitkan Malaysia dan Indonesia pasti akan jadi panas
Insiden ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta mantannya, Khairy Jamaluddin.
Sedih dan memalukan!
Twitter menjadi semakin panas apabila rakyat kedua-dua negara ini mula berbalah dan menuding jari.
"Adakah anda sudah lupa yang penyokong Malaysia pernah berteriak menggelar kami dengan nama haiwan?
"Bahkan, bendera kami juga kalian terbalikkan," ujar netizen Indonesia.
Bagaimanapun, tidak semua warga Indonesia menyokong, sebaliknya mereka juga berasa malu dengan sikap jelek ditunjukkan penyokong Garuda Muda.
Malah, mereka turut memohon maaf bagi pihak penyokong terbabit.
Saya sokong pasukan Malaysia kerana...
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/13/160136v8e1oi1o9oio1s1i.png) Foto: Twitter
Harimau atau Garuda, kita kan serumpun? Sepatutnya kita mengamalkan semangat kesukanan yang sihat, bukannya mengeji dan menghina sesama sendiri. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
diorg ni memang tak boleh erk kalau tak kacau pemain Malaysia? ada je benda yang diorg buat. geram pulak rasa. dgn skuad badminton pun mcm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn ckp kite serumpun la..jahid midi je yg serumpun ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
sungguh biadap org indon kt dlm stadium..baling botol pn dpt ape.. |
|
|
|
|
|
|
|
Indon semua ayam. Indon semua pengecut termasuk seluruh menteri kabinet |
|
|
|
|
|
|
|
Pedih wooooo kalah dgn seteru seru nih ,nk2 kat kandang sendiri perit woooooo
Insiden kalah sea games 2011 pasti paling perit..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila la mentaliti rakyat indon ni nak berubah. ![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mentaliti orang indonesia memang jauh terkebelakang jika di bandingkan dengan orang malaysia...pernah pergi ke medan..nak beli tiket ferry..tak de nak beratur2..main serbu macam tu je..memang scary. Naik ferry, boleh pulak main ludah2 merata...i is geli..![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
setiap kali lawan kat sana mesti ada hal....sikap drg yg sama tak pernah berubah |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu la xminat tgk bola asean. tiberrrrrr |
|
|
|
|
|
|
| |
|