Tahukah anda, pada Perang Korea 1950, pasukan USA yang mengepalai pakatan tentera multinasional PBB bersama tentera Korea Selatan menyeberangi garisan sempadan 38th Parallel pada Oktober 1950 nun jauh ke dalam Korea Utara sehingga melepasi Pyongyang dan tentera Korea Utara dilanyak habis2an di atas "kebiadapan" mereka menakluk Korea Selatan beberapa bulan lalu. Menyedari kekalahan Korea Utara diganyang, Kim Il Sung panik dan merayu kepimpinan China membantu Korea Utara. China menangguhkan pelan menakluki Taiwan dan menamakan unit-unit Tentera PLA yang sepatutnya memerangi Taiwan kepada Tentera Sukarela Rakyat China (People's Volunteer Army - PVA) dan menyusupkan 120 ribu pasukan "sukarela" ini menyeberangi Sungai Yalu ke Korea Utara bagi membantu rejim Kim Il Sung pada 19 Oktober 1950.
Pada 25 Okt, elemen PVA 13th Group melancarkan Fasa Pertama Ofensif menyerang tentera PBB yang sedang mara ke sempadan Korea Utara - China. Kejayaan serangan ini kemudian menyaksikan campurtangan USSR menggunakan sokongan serangan udara ke atas kedudukan PBB - USA - Korea Selatan di Korea Utara dan gabungan dua kuasa besar Komunis ini menyaksikan pengunduran tentera USA - PBB - Korea Selatan berundur melepasi 38th Parallel pada Disember 1950, sejurus selepas serangan PVA bagi Fasa Kedua Ofensif dilancarkan.
Campurtangan China dan gerakan taktikal Mao menamakan tentera China sebagai militia sukarelawan adalah tindakbalas USA menggunakan nama "PBB" bagi menjustifikasi Perang Korea. Sebenarnya ia lebih kepada kerisauan China apabila tentera USA / PBB menguasai Semenanjung Korea yang betul2 di sebelah pintu China. USSR pula macam biasa, batu api. Dengan bantuan tentera "sukarelawan" PVA China, Korea Utara kekal sebagai sebuah negara sehingga kini. Namun Korea Utara pula menulis sejarah versi mereka kononnya Kim Il Sung dan tentera NK yang mengalahkan pakatan USA dan PBB, padahal PVA China lah yang menguasai peperangan vs USA / PBB ketika konflik itu berterusan.
Tetapi bayangkan, jika China tidak campur tangan di Korea, pastinya elemen PVA yang merupakan unit tempur yang dilatih menakluk Taiwan akan dikerahkan melawan tentera Nasionalis Taiwan. Pastinya Taiwan jadi milik China sekarang, kalau tidak kerana perang Korea,
Babak peperangan dari filem "38th Parallel" di mana tentera PVA China mempertahankan Bukit Longyuan di Korea Utara yang ditawan dari tentera Bersekutu USA/UN/Korea Selatan yang terdesak mencari jalan keluar cuba berundur semula ke sempadan Korea Selatan dari filem "38th Parallel".
Update: Kemaskini cuplikan video babak tentera PVA China cuba menawan Bukit Longyuan, Korea Utara dari tentera Bersekutu USA/UN dari filem "38th Parallel".
Sedutan prekuel babak peperangan dari filem "38th Parallel" di mana tentera PVA China cuba menawan Bukit Longyuan, Korea Utara yang ditawan dari tentera Bersekutu USA/UN/Korea Selatan.