View: 6760|Reply: 7
|
Cocos Island Di Australia: Pulau Yang Penuh Didiami Orang Melayu
[Copy link]
|
|
Pulau Cocos atau Pulau Keeling merupakan sebuah pulau yang terletak di bawah kerajaan Australia.
Menariknya, pulau ini diduduki ramai orang Melayu. Bagaimana mereka boleh menetap di sana?
Foto: iluminasi.com
Sebelum itu jom kenali Pulau Cocos terlebih dahulu. Pulau ini dikelilingi air laut berwarna biru kehijauan dan sungguh jernih.
Foto:Tourism Australia
Ia juga kaya dengan batu karang, penyu, dan hidupan laut yang lain. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah selam skuba dan memancing.
Foto:Tourism Australia
Anda juga boleh menyelami budaya orang Melayu di Pulau Cocos. Terdapat 27 buah pulau di sini dan hanya dua pulau didiami manusia.
Lapangan terbang terletak di West Island. Anda boleh menetap di sini dan banyak kemudahan seperti penginapan, pasar raya, pusat pelancong, restoran dan lain-lain.
Foto:Tourism Australia
Penempatan orang Melayu terletak di Pulau Home. Terdapat kira-kira 450 orang Melayu di sini.
Asalnya mereka dibawa ke pulau ini sebagai hamba pada abad ke -19 oleh Alexander Hare, seorang peneroka Inggeris.
Orang Melayu di Pulau Cocos boleh berbahasa Inggeris, Melayu dan juga Melayu Cocos dan mempraktikkan ajaran Islam Sunni.
Di sini anda boleh mengikuti dua jam lawatan budaya. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah membuat raga, mempelajari bahasa Melayu Cocos dan juga melawat muzium.
Foto:Tourism Australia
Ia boleh dilakukan setiap hari Selasa, Rabu dan juga Khamis. Terdapat juga restoran yang dibuka setiap hari untuk makan tengah hari manakala untuk makan malam hanya setiap hari Rabu.
Pulau ini lebih meriah pada Hari Raya Puasa kerana terdapat perlumbaan bot dan juga makan besar secara terbuka di kampung ini.
Foto:Tourism Australia
Cara untuk ke Pulau Cocos.
Anda hendaklah ke Perth atau Christmas Island terlebih dahulu. Dari situ anda boleh menaiki penerbangan Virgin Australia untuk ke Pulau Cocos.
Hanya dua kali penerbangan setiap minggu iaitu pada hari Sabtu dan Selasa.
Rasa teruja tak nak jumpa bangsa Melayu yang mendiami pulau di Australia? Cubalah semak harga tiket kapal terbang sekarang! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
so siapa yang "keeling" sebenarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
cocos aussie ni sama tak dgn cocos sabah? |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh cantik tempatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pernah masuk majalah 3 dulu2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebut pasal Cocos Island ni mesti teringat pasal event ketam merah setiap tahun |
|
|
|
|
|
|
|
kat Malaysia pun ramai Melayu tk yah terbang sana... |
|
|
|
|
|
|
|
hanglah keling. tidak syak lagi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|