View: 3848|Reply: 1
|
[Bahasa]
Geng Bumi Rata Tahu Tak?...
[Copy link]
|
|
(Apakah objek yang bulat dan rata? ops, bukan bumi, tapi gelang planet Zuhal)
Geng bumi rata tahu tak hari ni (27 Jun 2018) Planet Zuhal akan berada pada kedudukan istiqbal iaitu opposition
diantara Zuhal , Bumi dan juga Matahari yang mana semuanya akan berkedudukan dalam satu garis lurus .
Macam mana tahu?
Kena anggap bumi ni sfera macam planet lain dan kira laluan orbit planet zuhal, dan bumi maka setiap378 hari menjadilah kedudukan istiqbal.
Kalau tanya orang dakwah, Istiqbal ni penyambut tetamu.., seorang yang ditugaskan sambut mereka yang datang ke masjid dan galakkan mereka duduk dalam majlis agama dan itu cerita lain, apa yang aku nak cerita, jika korang ada teropong bolehlah tengok kejadian ini sekitar waktu MAGHRIB sehingga SUBUH dikawasan masing masing.
Planet Zuhal akan mula kelihatan terbit di ufuk timur ketika matahari terbenam di ufuk barat lalu akan berada pada kedudukan tertingginya di langit menjelang tengah malam dan terbenam di ufuk barat ketika matahari terbit di timur.
Macam mana nak tahu itu planet Zuhal?
Guna teroponglah bang, ianya berada di buruj Sagittarius dan berhampiran bulan dan menjadi objek paling terang tanpa berkelip kelip berbanding objek lain di sekitar bulan.
Tapi kena guna teropong siap alat bantu optik lah, maka kita akan berpeluang menyaksikan gegelang planet zuhal yang begitu menawan sekali.
Oh yer, Gelang planet zuhal ni rata, bolehlah geng BUMI RATA nak pindahkan diri kesana untuk merasai kerataan sebenar.
Woha!
"Majulah Bumi bulat dan ilmu Falak Untuk ummah"
Woha!
| Jenuh aku cari gambar Gaban lawan raksasa di plenet zuhal atas cincin lingkaran tu, tak jumpa view yang jauh, view ni digambarkan lingkaran tu adalah tengkorak yang tersusun. Now you know. |
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|