View: 5246|Reply: 8
|
Rumah paling mahal, besar di dunia, hanya untuk lima orang!
[Copy link]
|
|
Bangunan menara 27 tingkat milik lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani. Foto Moment RM
BANGUNAN menara ini dipercayai sebagai rumah paling mahal dan terbesar di dunia, dengan kediamannya hanya menempatkan lima orang.
Menelan belanja £1 bilion (RM5.45 bilion), hartanah yang mengagumkan itu terletak di selatan Mumbai, India.
Ia dilengkapi dengan tiga helipad, sebuah pawagam, beberapa kolam renang dan mempunyai 600 kakitangan.
Ia turut mempunyai dewan besar yang mana 80 peratus silingnya dipasang dengan lampu candelier, malah mempunyai taman empat tingkat.
Bangunan menara ini mempunyai 600 kakitangan. Foto Moment RM
Bangunan 27 tingkat itu merupakan kediaman bagi lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani, bersama isterinya, Nita dan tiga anak mereka.
Mukesh Ambani, 61, merupakan seorang ahli perniagaan yang mempengerusikan dan mengendalikan syarikat gergasi minyak dan gas Reliance Industries, salah satu syarikat paling bernilai di India.
Syarikat tersebut ditubuhkan oleh arwah bapanya, Dhirubhai Ambani.
Ambani menamakan kediaman itu Antilia, sebagai penghormatan kepada sebuah pulau legenda.
Mukesh Ambani bersama isterinya, Nita. Foto Image Getty Images Europe
Hartanah itu diisytiharkan sebagai kediaman persendirian berbilion dolar pertama di dunia pada 2010.
Forbes menyenaraikan Ambani sebagai lelaki terkaya di India dalam senarai kekayaan pada 2016, dengan mendedahkan nilainya dianggarkan £34 bilion (RM185.32 bilion).
Selain Reliance, beliau turut merupakan pemilik bagi pasukan kriket Liga Perdana India, Mumbai Indians, dan sebuah universiti di negara itu. - Mirror Online UK |
|
|
|
|
|
|
|
Wow, apa jadah nya umah 27 tingkat. Balik2 bilik tidur jgk yg dicari. Ke dia buat office sekali. X fhm ak citarasa org berada ni. |
|
|
|
|
|
|
|
jenuh la nak mencari anak kalau umah 27tkt ni
nak2 anak kecik2 lg...suka lari sana sini
tp mesti setiap anak dia 4 5 org maid kot hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa konsep dia bila anak2 dia kawin dah beranak pinak ada cucu cicit semua duduk dalam bangunan tu je. lepas 100 tahun maybe la makin ramai penghuni bangunan tu |
|
|
|
|
|
|
|
bila duit dah banyak sangat sampai tak tau nak wat apa kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
27 tingkat tue...prefer rumah yg macam kawasan jauh dari kesibukan kota.dikelilingi pokok-pokok kalau ada duit macam dia |
|
|
|
|
|
|
|
61 tahun nampak muda..tapi lagi best kalau dia buat rumah jauh dari kesesakkan kota..buat je 3 tingkat tapi luas, penuh dengan taman..full of flowers..wahh mesti cantik! |
|
|
|
|
|
|
|
die ada helipad kan.. naik heli je la .. x kesah jem macam mana pun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|