View: 7350|Reply: 4
|
[Tempatan]
"Kecil, rasa tak yakin...", Lelaki gemuk alami masalah zakar ‘tertanam’
[Copy link]
|
|
MASALAH obesiti yang dihadapi kaum lelaki boleh menyebabkan lapisan lemak di kawasan perut, pangkal zakar dan paha mereka semakin tebal.
Perubahan fizikal ini secara tidak langsung boleh menyebabkan zakar kelihatan lebih kecil, seolah-olah disembunyikan oleh lemak badan sendiri.
Keadaan ini turut disebut sebagai zakar tertanam atau 'burried penis' yang mana ia boleh menjejaskan keyakinan seseorang terutamanya jika mereka mahu mendirikan rumah tangga.
Menurut laman sesawang Hello Doktor, ada beberapa langkah yang boleh dibuat untuk menurunkan berat badan yang secara tidak langsung membuatkan alat sulit kelihatan lebih ketara!
1. Amalkan diet yang sihat
Punca lelaki gemuk atau obes adalah kerana pengambilan makanan bergula dan berlemak yang terlalu banyak.
Jadi, menyingkirkan makanan tidak sihat ini adalah satu keperluan dalam usaha menurunkan berat badan.
Jangan lupa juga untuk menambah lebih banyak buah-buahan dan sayuran ke dalam diet harian.
Latih diri untuk lawan nafsu dan makan dalam saiz hidangan yang lebih kecil.
2. Bersenam secara berkala
Bersenam pastinya menjadi aktiviti yang sukar dilakukan, terutama jika ia sudah lama ditinggalkan.
Bagi lelaki obes, anda boleh mulakan rutin senaman dengan aktiviti seperti 'brisk walk' terlebih dahulu, mengikut keupayaan badan.
Berjalan kaki selama 30 minit sehari sudah cukup bermanfaat bagi mereka yang jarang bersenam.
Anda juga perlu peka dengan had badan dan masa untuk berhenti.
3. Jaga kebersihan
Selain membuatkan zakar nampak lebih kecil, kegemukan juga boleh menyukarkan lelaki untuk menjaga kebersihan bahagian intimnya dengan betul.
Justeru, sentiasa berikan usaha dan perhatian yang lebih untuk membersihkan kawasan zakar, agar risiko jangkitan dapat dicegah!
Sumber – mStar Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AkokKocik at 21-1-2025 10:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
siput sedut dekkkkk. ada yang fetish tak |
|
|
|
|
|
|
|
aiyoyo citer kote tenggelam kena sedut pun masuk CI nohh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|