Edited by zulka at 16-11-2018 04:16 PM
Siapa dah pakai moto ni tolong bagi review sket..macam menarik je
MOTOSIKAL BERBAKUL PALING BERKUASA
Tipikal rakyat Malaysia, kapcai menjadi motosikal pilihan atas sebab praktikaliti. Pada masa sama penunggang negara ini juga mahukan jentera berkuasa yang sekurang-kurangnya mampu bersaing dengan kenderaan empat roda lain di jalan raya. Jika itu yang anda mahukan, super moped terbaru SYM ini pasti tidak mengecewakan. Nadi 4-lejang 185cc silinder tunggal SOHC dengan penyejukan cecair ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 17.7hp @ 8,500rpm dengan angka tork yang juga tidak mengecewakan, iaitu 15.3Nm @ 7,500rpm dan prestasi dihasilkan itu kemudian disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 6-kelajuan. Sebagai perbandingan, ketiga-tiga kapcai 150cc popular di pasaran cuma menawarkan kuasa sekitar 15hp dan tork 13Nm. Jadi, perbezaan dimiliki memang tampak ketara. Malah boleh dikatakan, perbandingan kuasa paling hampir dengan moped SYM ini ialah moped 2-lejang seperti Yamaha 125Z dan Modenas Dinamik 120 REKABENTUK CITA RASA MALAYSIA Rupa memang subjektif, tetapi boleh dipersetujui rata-rata peminat motosikal Malaysia tidak sukakan penampilan lampu signal di depan terasing atau 'capang'. Berita baik pula, SYM VF3i didatangkan dengan lampu signal LED bersepadu di depan. Jadi pemilik boleh abaikan hasrat mahu mengubah suai signal dalam senarai modifikasi hari pertama. Dari belakang, kekal dengan lampu signal capang (tidak boleh buat apa, peraturan Malaysia), tetapi rekabentuk ekor gaya sporty dengan permukaan tekstur gentian karbon mungkin dapat meyakinkan anda untuk mengekalkannya. Secara keseluruhan, SYM VF3i mempunyai rekabentuk menarik yang mana kami rasa mengambil ilham daripada model motosikal yang sedia menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Cuma ada sedikit kejanggalan pada beberapa bahagian tertentu seperti rekaan panel tengah dan grafik yang nampak terlalu minimalis, termasuk cermin sisi yang seakan 'tangkap muat'. SAIZ TANGKI TERBESAR DALAM KELASTidak sekadar berkuasa, SYM VF3i hadir dengan tangki bahan api terbesar dalam kelas kapcai, iaitu 7 liter berbanding barisan kapcai lain yang didatangkan dengan saiz tangki sekitar 4 liter sahaja. Angka ekonomi bahan api itu bagaimanapun tidak didedahkan. Menurut pihak MForce, ujian menunjukkan super moped itu mampu ditunggang dari Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Kuala Perlis dengan sekali isian penuh dalam kelajuan purata sekitar 120kmj. Mengambil kira jarak perjalanan sekitar 170km, pengiraan kasar kami menunjukkan tahap penggunaan bahan api ialah sekitar 24km/liter. HARGA
Bermula RM7,888 tanpa cukai dan insurans, harga SYM VF3i memang sangat menarik perhatian peminat motosikal tempatan kerana kapcai dengan enjin 185cc itu ditawarkan jauh lebih murah berbanding kapcai 150cc di pasaran. Super moped SYM ini datangkan dalam 3 pilihan warna: biru, merah dan hitam. Namun, warna hitam cuma ditawarkan untuk varian SE pada harga sedikit mahal, RM8,288, tidak termasuk cukai dan insurans. Dengan perbezaan RM300, selain warna eksklusif, varian SE dilengkapkan aksesori tambahan seperti tuil brek/klac boleh laras dan peg kaki racing. Bagaimanapun bagi varian asas, ciri diberikan masih memuaskan seperti enjin penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (Fi), panel meter digital dengan indikator gear, signal kecemasan dan saiz tayar besar mengikut standard kapcai prestasi tinggi masa kini.
Sumber: https://www.zigwheels.my/new-mot ... 185/special-edition
|