View: 2250|Reply: 4
|
WANITA MEMANG HEBAT!! --> Misi solo wanita muda rentasi 10 negara
[Copy link]
|
|
Penunggang motosikal berkuasa tinggi beramah mesra bersama Candida (tiga, kiri) di KB Soon Huat Sungai Dua, semalam.
SUNGAI DUA - Seorang wanita dari India yang dalam misi menunggang motosikal berkuasa tinggi merentasi 10 negara tiba di Malaysia, semalam.
Candida Louis, 28, memulakan misi perjalanan solo dengan menunggang motosikal yang dipanggil Skye dari Bangalore tiba di Malaysia selepas 38 hari mengembara.
Menurutnya, perjalanan solo itu meliputi sejauh 28,000 kilometer dan dijangka mengambil masa selama 120 hari.
“Untuk perjalanan pertama, saya menunggang motosikal meliputi kawasan pantai timur India ke arah timur laut,” katanya.
Katanya, perjalanannya menempuhi beberapa negara antaranya Myanmar, Thailand, Laos, Vietnam, Kemboja, Malaysia, Singapura dan Indonesia.
“Perjalanan ini akan berakhir di Sydney, Australia. Dari Malaysia saya akan menggunakan pengangkutan laut ke Indonesia dan dari Timor Leste ke Darwin, Australia.
“Perjalanan ini sebagai salah satu penghormatan kepada idola saya, mendiang Alistair Farland yang berkeinginan sama namun tidak sempat menyempurnakannya kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika tiba di KB Soon Huat, di sini setelah tiba dari Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Beliau turut diiringi beberapa penunggang motosikal berkuasa tinggi lain yang mengiringinya hingga ke KB Soon Huat ini.
Katanya, perjalanan ini mempunyai makna dan pengertian yang tersendiri.
“Melalui perjalanan ini, saya mahu mendidik dunia tentang kepentingan perjalanan yang jauh.
“Dengan perjalanan dan pembelajaran tentang pelbagai budaya, orang dan idea melalui pengalaman pertama adalah alat pendidikan yang paling berkuasa.
“Objektifnya adalah untuk menyampaikan kebajikan pendidikan dan pemberdayaan dan faedah perjalanan terutamanya kepada kaum wanita di kawasan semi bandar dan luar bandar,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap KB Soon Huat Sungai Dua, Halmi Desa berkata, pihak KB Soon Huat memberikan tajaan kepada penunggang wanita ini dari segi alatan motosikal.
“KB Soon Huat memberi tajaan berupa side box kelengkapan motosikal peralatan aksesori untuk perjalanan seterusnya dan juga menukar minyak hitam motosikalnya.
“Kami bangga melihat rakan penunggang motosikal menunggang seorang diri, seorang wanita pula tu,” katanya.
Jelasnya, pihaknya berharap Candida dapat menyempurnakan misinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh merentas SEA. Okla. Ingat merentas solo kt India td. Kalau kt situ bahaya perempuan travel solo |
|
|
|
|
|
|
|
kan ... i pun mula2 ingat dia lalu india sorang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok jugak rentasi dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|