CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25521|Reply: 35

NOTICE BOARD - PENGAMAL PERUBATAN

[Copy link]
Post time 8-1-2019 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Hi semua,

I nampak byk betul thread yg forumer buka utk tanya berkenaan pengamal perubatan batin. jadi I buka thread ni khas utk sesiapa yg nak tanya atau nk berkongsi maklumat mengenai pengamal perubatan.

Disclaimer: Pihak CARI Forum tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau insiden yang dihadapi oleh forumer dengan pengamal perubatan. Oleh itu, dinasihatkan forumer selidik dulu latar belakang sebelum memulakan sesi perubatan.

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 01:04 PM | Show all posts
bagus. harap pembaca boleh mengenali beza pengamal perubatan yang syar'ie atau tok bomoh,dukun,pawang berpakaian seperti seorang ustaz.
sentiasa beringat, mendatangi bomoh,dukun, pawang dan mempercayai kebolehannya adalah syirik di sisi Allah, atau bahasa directnya...kufur. kalau mendatangi saja-saja je pun, solat tak diterima 40 hari.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 03:43 PM | Show all posts
Saya rasa bagus kalau sesiapa yang kenal perawat yang diyakini share nombor atau alamat perawat tersebut. Macam dulu pernah viral dalam group wassap tentang senarai perawat seluruh malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 06:34 PM | Show all posts
@babydoll @BabeYSHa y not stick je kat atas? takut nanti tetiba tenggelam ke belakang..
rasa few yrs back da penah ada yg mcm ni.. to recommend or to comment bkenaan perawat..

Comments

Wat sementara takmo stick lagi abam mie... biaq dia aktif kat bawah dlu.. :P  Post time 17-1-2019 10:17 AM
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 12:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
haikal_fadzil replied at 8-1-2019 01:04 PM
bagus. harap pembaca boleh mengenali beza pengamal perubatan yang syar'ie atau tok bomoh,dukun,pawan ...

Betul tu. Setuju.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-1-2019 02:18 PM | Show all posts
halimi78 replied at 10-1-2019 06:34 PM
@babydoll @BabeYSHa y not stick je kat atas? takut nanti tetiba tenggelam ke belakang..
rasa few yr ...

i memang nak stick kt atas tu. saja biar dlu kt bwh ni sbb nanti forumer tak perasan kewujudan thread
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 04:33 PM | Show all posts
Assalam pada tuan tuan semua, semoga diredhai Allah sentiasasehingga ke akherat lagi kekal abadi, insyallah...
Kami disini menawarkan rawatan perubatan sakit misteri ataudalam keadaan yang bagaimana hospital sudah tidak dapat membuat rawatan susulanatau hospital tak menjumpai sebarang simptom kesan2 penyakit.
Maka tuan tuan bole cuba berikhtiar dengan kaedah kami pula,insyallah
Sedikit petikan saya ambil dari laman mufti wilayah;

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-189 : HUKUM BERUBAT DENGAN PERAWATISLAM DAN MEMINTA PERTOLONGAN JIN
Soalan:
Apakah hukum berubat dengan “perawat Islam” dan hukummeminta pertolongan dengan jin?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dansalam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabatserta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Nabi SAW.
Isu yang pertama kami cuba bawakan pandangan-pandangan ulamayang berkaitan dengan ruang lingkup perawatan bagi “perawat Islam”. Dalamkonteks perubatan alternatif di Malaysia perawat Islam lebih dikenali sebagaiseorang yang mengamalkan ruqyah dan terlibat dengan perubatan alternatif ataukomplementatif iaitu pelengkap kepada perubatan moden.
Syeikh Jibrin dalam Fatawanya daripada kitab al-Lu’lual-Makin menyebut:
“Sebenarnya dibolehkan menggunakan ruqyah bagi sesiapa yangbaik bacaannya, memahami maknanya, mempunyai akidah yang betul dan melakukanamal perbuatan yang baik serta mempunyai peribadi yang baik. Tidak disyaratkankepada penjampi (perawat) untuk mengetahui semua permasalahan furu’ (cabang) didalam masalah agama dan mempelajari ilmu secara mendalam. Hal ini berdasarkankisah Abu Said yang menjampi orang yang telah sesat disengat binatang berbisa.Beliau berkata: “Kami tidak pernah mengetahui (surah al-Fatihah) sebagai ayatuntuk menjampi atau seperti yang termaktub di dalam hadis riwayat al-Bukharidan Muslim. Orang yang menjampi mestilah mempunyai niat yang baik dan bertujuanuntuk memberikan manfaat kepada orang Islam serta tidak bercita-cita untukmemperolehi harta dan ganjaran agar jampi yang dibaca itu lebih berkesan.”Lihat al-Lu’lu al-Makin (22).
Adapun jika perawat Islam melakukan proses perubatan denganmenjampi pesakit seperti ruqyah atau sebagainya, maka perlulah menurutisyarat-syarat dalam menjampi. Ini kerana untuk membezakan antara ruqyah yangmenepati sunnah dengan ruqyah yang bercanggah dengan sunnah:
Kami bawakan di sini tiga syarat yang disebut oleh Imamal-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya al-Fath al-Bari, Antaranyamenyebut:
“Para ulama telah sepakat tentang kebolehan membuat rawatanjika mengikuti tiga syarat ini:
Ruqyah hendaklah dilakukan dengan menggunakan firman AllahSWT atau dengan nama-nama dan sifat-sifat-
Ruqyah hendaklah dilakukan dengan menggunakan bahasa arabatau sesuatu bahasa selain bahasa arab yang difahami maknanya.
Menyakini bahawa ruqyah itu tidak memberikan pengaruh dengansendirinya tetapi hanyalah dengan izin Allah SWT.
Lihat al-Fath al-Bari (10/240)
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah ada menyebut di dalam kitabnyaMajmu’ al-Fatawa:
“Adapun mengubati orang yang dirasuk jin dengan menggunakanruqyah dan memohon perlindungan diri kepada Allah SWT hendaklah memiliki duaperkara ini:
Jika ruqyah dan permohonan perlindungan diri ini difahamimaknanya, atau merupakan kalimah-kalimah yang dibolehkan dalam Islam, atauberupa doa dan zikir kepada Allah SWT, maka ruqyah tersebut boleh dilakukan.Jika demikian keadaannya, maka boleh membuat rawatan terhadap orang yangdirasuk dan memohon perlindungan diri kepada Allah SWT.
Dalam hadis sahih yang berasal daripada Nabi SAW disebutkanbahawa Nabi SAW membolehkan untuk meruqyah selama mana ianya tidak mengandungiamalan syirik. Baginda SAW juga bersabda: “Sesiapa di antara kamu yang mampumemberi manfaat kepada saudaranya maka lakukanlah.”
Jika dalam membuat rawatan itu terdapat ungkapan-ungkapanyang diharamkan seperti ungkapan yang mengandungi amalan syirik atau tidakdiketahui maknanya dan berkemungkinan mengandungi kekufuran, maka tidak harusmembuat rawatan dengannya, tidak boleh berkeinginan dan tidak boleh pulabersumpah untuk menggunakan kalimah tersebut walaupun kadang-kadang denganmenggunakan kalimah tersebut dapat menghalau jin keluar dari tubuh orang yangdirasuk. Ini kerana apa-apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya lebihbesar mudaratnya berbanding manfaatnya.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah juga berkata sebagaimana yangdisebut di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa (19/13): “Oleh itu, para ulama kaummuslimin melarang membuat rawatan dengan sesuatu yang tidak diketahui maknanyakerana ia dapat menjadi punca terjatuhnya seseorang ke dalam lembah amalansyirik walaupun pengruqyah (perawat) tidak menyedarinya.”
Imam al-Nawawi juga ada menyebut di dalam kitabnya SyarhSahih Muslim (14/141-142):
“Hendaklah meninggalkan ruqyah jika ruqyah yang dibacaberasal daripada ucapan-ucapan orang kafir, membuat rawatan dengankalimah-kalimah asing, merawat dengan bacaan selain bahasa arab yang tidakdiketahui maknanya. Semua itu tercela kerana ada kemungkinan maknanya adalahkekufuran, mendekati kekufuran atau makruh.
Adapun membuat rawatan dengan ayat-ayat al-Quran danzikir-zikir yang difahami tidaklah dilarang, bahkan merupakan amalan yangsunnah. Para ulama telah menukilkan sebagai ijma’ tentang kebolehan membuatrawatan dengan ayat-ayat al-Quran dan zikir-zikir kepada Allah SWT.”
Imam Syauqani berkata: “Bahawa harus meruqyah dengan kitabAllah SWT, dan diikuti dengan zikir dan doa-doa yang ma’thur, boleh juga doayang tidak ma’thur selagi mana tidak bertentangan dengan yang ma’thur.” LihatNail al-Autar (10/440)
Kami juga berpandangan adalah perlu dan seharusnya bagiseorang yang bergelar perawat Islam adalah orang yang sahih dan betulakidahnya, baik akhlaknya, tidak melakukan dosa-dosa besar atau kecilberterusan sehingga menjatuhkan maruah sebagai seorang perawat serta tidak melakukankesyirikan kepada Allah SWT dan tidak menjadikan khidmat rawatan Islam sebagaisumber rezeki dan seumpamanya.
Berdasarkan pandangan-pandangan ulama di atas, maka jelaslahmenggunakan khidmat rawatan daripada perawat Islam hukumnya adalah harus jikasekiranya perawat Islam menggunakan bacaan jampi atau ruqyah dalamperawatannya, maka hendaklah menepati seperti apa yang telah disebutkan di atasdan tidak melanggar syarat-syarat dan prinsip-prinsip dalam perubatan ruqyahdan perbuatan alternatif Islam.
Isu yang kedua ialah berkaitan hukum meminta bantuanpertolongan daripada jin.
Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili pernah ditanya: “Adakah harusmeminta pertolongan dengan jin muslim? Dan apakah hukum meminta pertolongandengan jin muslim untuk berkhidmat kepada orang Islam? Dan Apakah hukum memintapertolongan dengan jin secara umum? Maka Syeikh menjawab: “Haram memintapertolongan dengan jin walau dalam apa keadaannya sekalipun. Dan perkara iniadalah tercela secara syara’. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَأَنَّهُكَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِيَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْرَهَقًا
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salahperbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya denganmeminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaanitu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Surah al-Jin: 6)
Lihat Maqalah Syeikh Dr Abdul Qader bin Muhammad al-Ghamidibertajuk Hukm al-Isti’anah bi al-Jin fi al-Mubahat (Hukum Meminta PertolonganDengan Jin Dalam Perkara Yang Harus).
Sebuah institusi fatwa iaitu Lajnah Daimah ada menjawab didalam fatwanya apabila ditanya oleh seorang lelaki berkenaan hukum memintabantuan jin:
“Tidak boleh bagi orang itu meminta bantuan jin, dan muslimtidak boleh mendatanginya untuk mengubati pelbagai penyakit melalui perantarajin, atau (tidak boleh) untuk memenuhi permintaan lainnya dengan cara tersebut.Perawatan melalui doktor yang menggunakan ubat yang diperbolehkan merupakanusaha yang harus dilakukan dan ini selamat dari pembomohan. Dalam riwayat sahihdaripada Rasulullah SAW bahawasanya beliau bersabda: “Sesiapa mendatangi bomohkemudian menanyakan sesuatu, maka solatnya tidak diterima selama empat puluhmalam. Diriwayatkan daripada Muslim dalam kitab Sahihnya. Para perawi hadisyang empat (Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaei dan Ibn Majah) dan Hakim -- dan yangterakhir ini mengatakan hadis ini sahih -- meriwayatkan bahawa Rasulullah SAWbersabda: “Sesiapa yang mendatangi bomoh (ahli sihir) kemudian membenarkanperkataannya, maka ia telah kufur (ingkar) terhadap apa yang telah diturunkankepada Muhammad. Lelaki ini dan kawan-kawannya daripada kalangan bangsa jintermasuk dalam golongan tukang ramal dan bomoh, maka mereka tidak boleh dimintabantuan dan tidak boleh dipercayai ucapannya.”
Berdasarkan pandangan-pandangan ulama di atas, maka kamilebih cenderung kepada pendapat yang mengharamkan meminta pertolongan denganjin.
Semoga dengan pencerahan ini kita dikurniakan oleh Allah SWTkefahaman dan penjagaan daripada-Nya dari segala keburukkan manusia danselainnya. Amiin.
pada sesiapa yang ada ahli keluarga yang sakit misterisilakan
whatsapp - 014 8514134


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2019 01:41 PM | Show all posts
yang mencari pengamal perubatan yg baik

ni salah satu yg boleh dipercayai lah  sbb akak dah jumpa face to face

Pusat Rawatan Islam Ukhwah Bissmillah Selayang Baru  

tok guru pada ustad tu sendiri ada kat situ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 01:55 PM | Show all posts
Salam..

Baru2 ni sy ada bawa anak umur setahun setengah berubat sebab diganggu makhluk halus sampai kurus dan nangis malam. Waktu malam benda tu suka kacau anak tgh tido mcm kena geletek pun ada.. Demam berpanjangan anak sy tu.. Alhamdulillah lepas berubat dgn seorang makcik ni dia pulih serta merta..

Waktu anak diganggu sy pun kena sakit bahu kiri. Tangan tak boleh angkat bila pegi doktor, doktor panggil penyakit tu FROZEN SHOULDER. Alhamdulillah lepas mck ni urut 2x terus baik bahu sy dgn izin Allah.. Katanya benda yg ganggu anak , yg menyebabkan sakit bahu sy tu.

Mck tu juga boleh mengubati sakit2 mistik, spt santau, mslh buatan org juga mslh rumah tangga. Lokasi mck tu ialah di Putrajaya. Boleh PM sy utk dapatkan no tel ya.. TQ

***Sekadar berkongsi shj. Sy sgt berbesar hati dpt membantu sesiapa yg memerlukan. Sbb masa anak sy mula sakit hinggalah 2 minggu lepas, susah juga nak cari perawat yg sesuai..

Comments

bila nk bukak thread baru...  Post time 27-6-2019 02:41 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena hati2 dalam memilih pengamal perubatan, maklumlah sekarng kan semua ada skill boleh rawat itu ini. Takut salah orang salah cara nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 09:50 AM | Show all posts
memang payah nak cari perawat syar'ie.  rata2 berselndng dan gunakan agama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalamualaikum mod dan rakan2
Kim SR kat sini dah berminggu..semalam baru buat benang pertama kat sini, benang kadet wanita dirasuk dalam hutan tu

Sudilah kiranya mod dan rakan2 melawati..kalau sesuai Kim nak mohon kacang sekali huhuu..salam sayang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 03:10 PM | Show all posts
ainiz81 replied at 8-4-2019 01:55 PM
Salam..

Baru2 ni sy ada bawa anak umur setahun setengah berubat sebab diganggu makhluk halus samp ...

boleh share details tempat awk berubat utk anak tu? saya pun nak cuba... thanks

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2019 10:24 AM | Show all posts
slippie replied at 21-6-2019 09:50 AM
memang payah nak cari perawat syar'ie.  rata2 berselndng dan gunakan agama.

jangan menuduh orang sebarang2 tuan, tuan ade belajar agama dimana2 ke??kitab apa bukanya?? tuan guru mana ajarnya, ingat, menuduh org syirik itu, bermaksud menuduhnya menyekutukan allah atau menduakan allah, atau dalam bahasa lainnya, menuduh seseorang itu keluar dari agama islam, andai kata orang yg dituduh itu masih islam, saudara yang menuduh berdosa besar, wajib mengucap balik dan bertaubat, juga meminta maaf pada orang yg dituduh
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2019 10:31 AM | Show all posts
saya ade kenal seorang perawat, tp dia bukan merawat hal2 makhluk halus saja, nk minta pelaris ke, pembuka rizeki ke, orang jadi syg ke, suami isteri jauh hati ke,  boleh, tp tu lah, jangan diuji hal2 aqidah (syirik tu sebahgian dari permasaalahan aqidah) dengan dia, dia ni garang tau, namanya wak mus, tnggal di bukit merbah, negeri 9, dengar kata dia ni pernah merawat anak saudara sultan n9, sehinggakan sultan hadiahkannya sebidang tanah di bukit merbah, tanah nya tu didirikan rumahnya dan ahli keluarganya, bayaran nya seikhlas hati, tp sekarang beliau sedang sakit, dah 4 bulan dia xmerawat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2019 12:13 PM | Show all posts
kat kuala terengganu takde ke? dh berubat macam2 tapi still ada lg. sihir pemisah rumahtangga.. mak ngan ayah sy. tak pernah guna khidmat bomoh ye.. jemput ustaz dtg rumah, pengamal perubatan, pegi darussyifa.. tak jalan jugak. pernah jemput sorang ustaz ni.. katanya keaadan dlm rumah sy tu sgt panas.. bila pijak pn dh terasa bahangnya. banyak entiti...(jin mungkin?) btw ayah sy sebenarnya tak percaya sgt benda2 mistik cmni. bila2 anak2 kene ganggu katanya tu mainan perasaan je. hurmm..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana nak tahu pengamal perubatan tu tak didampingi jin dan syaitan?
Takut juga nak pergi jumpa sebab masalah susah nak mengandung...takut kalau pengamal perubatan tu punya belaan mengikut pula... Apa langkah2 pencegahan ya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2019 03:03 PM | Show all posts
Hearty_Winter replied at 5-7-2019 03:10 PM
boleh share details tempat awk berubat utk anak tu? saya pun nak cuba... thanks

sy pm yer
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 04:35 PM | Show all posts
Hatida replied at 22-8-2019 12:13 PM
kat kuala terengganu takde ke? dh berubat macam2 tapi still ada lg. sihir pemisah rumahtangga.. mak  ...

ada no contact wak di sg merbah tu?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.071414 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list