CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1982|Reply: 8

Perasaan berkecamuk bila dipersalahkan

[Copy link]
Post time 17-1-2019 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hai. Saya nak tau keadaan saya berdasarkan situasi yang saya alami. Okeh. Saya datang dari keluarga yang ramai lelaki. Jenis2 lelaki as a king. Perempuan kena tau buat semua kerja termasuk bertukang. So, saya dari kecik lagi kena train buat kerja banyak2. Dari mengemas rumah dan sebagainya ( bertukang saya failed). Jika ada sebarang kerja yang tak sempurna ataupun keadaa  rumah bersepah balik saya akan dimarahi. Almost everyday. Sampaikan saya mindset kan diri "nampak terus settlekan, buat tanpa bersuruh". Saya ingat bila guna konsep tu selesai masalah dan saya tak kena marah2 lagi. Tapi sebaliknya, tetap kena marah. Alasan parent "sebab awak tau buat kerja tu semua " @ " perempuan kena get ready kalau dapat laki jenis2 king" dan banyak lagi.

Sampaikan saya melawan kenapa perempuan je kena. Lelaki senang2 je. Sampaikan bila saya mintak tolong adik beradik. Dorang kate tu semua kerja perempuan. Saya mengamuk baling dulang pinggan semua. Ok itu situasinya.

Dari kecik sampaiiii lah umur 25 tahun kena marah bila saya terlepas pandang ( walhal bukan saya yang sepahkan). Bila balik kerja pun kena marah kenapa tak terus kemas atau masak. Lama2 saya stress. Tapi saya masih mampu tenangkan diri. Tapi setiap malam nak tido sy dah fikir tentang esok. Saya berdebar, gelisah. Bila buat kerja semua saya settlekan betul2 bila ada yang tak lengkap saya jadi panik, berdebar, stress, moodswing sebab takut kena marah. Kadang2 sampai magrain. Saya kemas rumah sebelum pergi kerja. Bila ada tak settle saya kacau bilau.

Meningkat 27 saya kahwin. Alhmdulillah suami saya ok sangat2. Selalu membantu buat kerja rumah sama2. Dia lah bertukang, hias rumah dan macam2 lagi. Sampai saya rasa gagal lak jadi perempuan. Tapi itu dah selesai. Cumanya sampai sekarang saya akan berdebar, sesak nafas kalau saya tak dapat kemas rumah dengan baik ( lagi2 ada anak sekarang). Dalam kepala saya terngiang2 kena marah, menyusahkan orang lain dan sebagainya. Sampai saya nangis2 kat suami. Nasib baik suami tenang je menghadap emosi saya. Tapi bila nak balik rumah family saya, saya jadi stress balik.

Saya pun tak faham macam mana nak terangkan betul2. Cuma nak tau adakah saya kena anxiety disorder? Perlu kah saya rujuk psikitris? Saya cepat panik dan moodswing bila ada ayat "awak lah ni salah, @ kenapa awak tak buat?".

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi kawan dgn famili suami ja. Famili sendiri lantak pi, pandai sendiri diorg kemas masak sendiri. Famili kamu dasar dasar maki lempang perempuan jah selayaknya mereka tak berbini atau Bini mereka harus lari mintak cerai. Bila diorg sakit2 padankan muka. Sukurla sudah keluar Dari neraka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
better pegi refer doktor pakar sis. nampal gaya sis tulis rasa berdebar2, mood swing tu datang secsra tiba2 kan and takboleh dikawal. insyaallah kalau jumpa orf yg betul utk dapatksn bantuan, keadaan akan jadi lebih elok . sy doakan awak baik2 aje. family awak tu biarkan je lah. yg penting suami awak faham dan support awak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:32 AM | Show all posts
sis, akak simpati dengan sis.. akak harap semoga dipermudahkan segala urusan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:55 AM | Show all posts
kesian ko dik..pegi dpt rawatan doktor utk masalah ko ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 10:08 AM | Show all posts
adik, sila dapatkan bantuan. ko ni kena deraan mental dari family sendiri. kalau boleh jarakkan sikit masa dengan family sendiri. jangan sampai diperhambakan lagi. alhamdulillah dah jumpa lelaki yang boleh lindungi ko.

jumpa psikitris boleh membantu. kena dapatkan bantuan utk kembali kuat dan dapat tepis kata2 negatif.

Persekitaran negatif masa membesar mmg boleh bagi impak sangat teruk dalam hidup.

dapatkan bantuan cepat. Semoga Allah permudahkan semua urusan ye.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 10:33 AM | Show all posts
mental dari kecil dah diacu/diasuh menurut perintah, mmg agk sukar untk ubah dlm tempoh terdekat,walaupn tempoh lama blum tntu boleh diubah, apa yang boleh adalah mengawal/mengurangkan tekanan tersebut, salah satu langkah yg positif adalah mendapatkan rawatan,  selain dari tu boleh juga mengamalkan suasana positif dimana berhubung apabila perlu sahaja dgn keluarga,
moga bertabah ye TT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 10:40 AM | Show all posts
u are mentally abused..
pergi la jumpa pakar untuk check..
selain tu, kalau rasa dah mula nak kena panic attack tu, tarik nafas panjang-panjang..
relax kan fikiran..
or boleh cuba yoga ke apa..
for temporary, tak payah la balik ke rumah mak ayah awak..
sampai awak boleh handle your emotions..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2019 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih semua. InsyaAllah sy pergi dapatkan rawatan dalam masa terdekat ni. Sy tanya sini sebab saya risau suami rimas sebab cepat sangat gelabah bila lambat masak atau buat kerja rumah. Sedangkan dia ok je balik kerja dia bantu sy selesaikan semua. Bila ada anak makin saya risau sebab kadang2 terbayang nak jerit kuat2 marah anak tak tentu hala.

Kalau balik rumah keluarga, bila tengok rumah bersepah rasa macam nak jerit tarik2 rambut je. Lemah satu badan sebab kalau sy balik sy tlg2 kemas ( kenangkan mak pernah jem jari banyak buat kerja). Tapi terpaksa redho je. Bila tegur masing2 buat pekak je. Ok tq again semua. Doakan saya ya. Aminn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.071818 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list