View: 5182|Reply: 17
|
3 perkara tentang malaysia yang awesome
[Copy link]
|
|
fakta pertama :- stesen tahan salji
Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini berlaku?
Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan piawaian pembinaan "British Standard" walaupun di koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.
fakta kedua : - ibukota kilat
KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.
Ini disebabkan iklim Malaysia yang merupakan iklim tropika Khatulistiwa. Kuala Lumpur terletak betul2 berhampiran dengan garisan Khatulistiwa dimana kerap berlakunya pembentukan awan ribut petir.
Info tambahan, tahukah anda mercu tanda kebanggaan kita iaitu Menara Berkembar Petronas sebenarnya juga berfungsi sebagai pengalir kilat? Ya, dalam pembinaan Menara Berkembar berkenaan, elemen panahan petir turut diambilkira dalam senireka binaan Menara Petronas. Ada rangkaian kerja logam hingga ke tanah yang dipasang pengalir khusus untuk mengalirkan arus kilat ke dalam sistem pembumian.
fakta ketiga :- Jambatan gantung tertinggi didunia
Jambatan gantung berkenaan dipasang betul2 pada ketinggian lebih 3600 meter dari aras laut! Anda perlu mendaki hingga ke kem Laban Rata dengan ketinggian 3200 meter dari aras laut. Dari sana, anda perlu melalui jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi terlindung teknologi Itali yang dipasang pada lereng Gunung Kinabalu sebelum sampai ke Jambatan Gantung berkenaan. Jambatan Gantung Gunung Kinabalu adalah sepanjang 22 meter sahaja.
Info tambahan, sistem laluan besi terlindung Via Ferrata di gunung Kinabalu juga merupakan jalan Via Ferrata tertinggi di dunia dan yang pertama di Asia
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak de rope sejarah pon ? yg no satu je aku rasa cerita sejarah. lagi dua info tu tak ade kene mengene pon. mod sila alihkan ke bod lain. harap maklumat. |
|
|
|
|
|
|
|
ni ulangan ni
dari video documentary 10 things you dont know about Malaysia
before gempa bumi kat sabah tu released
benangnya pun ada sini
|
|
|
|
|
|
|
|
semua ttg malaysia kan mmg oh sem
|
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak jalan kat via ferrata mount kinabalu |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nk pergi jambatan tergantung |
|
|
|
|
|
|
|
Wow..info menarik.. share la lagi apa2 trivia |
|
|
|
|
|
|
|
Tak apa ulang2 info sebab akak pun baru tahu |
|
|
|
|
|
|
|
info yang menarik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Woww tq atas info yg menarik. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh my, pasal stesen keretapi tu aku baru tahu. Awesome |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik infonya. Sayang station keretapi lama tu tak meriah lagi seperti dulu sejak adanya KL Central |
|
|
|
|
|
|
| |
|