Siapakah ada menonton siri ni di di Astro HitS?...Bagi yang membesar di tahun 70/80an mesti akan tertarik dengan laura Ingall ( Melissa Gilbert) dan keluarga mereka yg menetap di Walnut Grove Minnesota. Saya sendiri yg membesar diakhir 70an dan awal 80an sangat teruja untuk melihat kembali siri di zaman kecil dulu dalam bentuk warna. Ye lah dulu TV kita mana ada warna di awal 80an dulu.
LHOTP adalah berdasarkan siri novel dengan tajuk yang sama dan dikarang oleh Laura Ingalls Wilder yang dikeluarkan sekitar tahun 1870-1880 . Ia mengisahkan kehidupan keluarga Charles Ingalls (Micheal Landon) bersama isteri Caroline Ingalls (Karen Grassle) bersama 3 orang anak perempuan iaitu Mary, Laura dan Carrie. Mereka ada lagi sorang anak lelaki tetapi meninggal sewaktu berusia beberapa bulan. Watak utama lebih kepada Laura, Charles dan Caroline...namun boleh dikata semua watak memainkan peranan masing2 termasuk watak undangan bagi setiap episod.
LHOTP telah di buat sekitar tahun 1974-1983 dimana kebanyak TV diMalaysia masih lagi hitam putih. Menonton kembali siri ini ibarat memutarkan kembali ke zaman kanak ku..walaupun tak berapa ingat sangat apa yg di tonton tapi yang pasti ia mengembalikan kenangan lalu.
Siri ini sudah tentu menggambarkan Tahun 1870 di Amerika Syarikat, dan kta dapat menyaksikan bagaiman di tahun tersebut menggunakan peralatan secara manual (walaupun hanya berlakon)
Laura Ingalls ( Melissa Gilbert)
Tidak hanya memaparkam kisah mereka. LHOTP juga memaparkan kisah2 jiran2 mereka terutama keluarga Nelson yang sombong ..dari emak hingga ke anak kecuali bapa mereka, Begitu juga dengan kebaikan keluarga Edward yang banyak membantu keluarga mereka. Saksiakn siri ini di HITS channels..saya bertuah sebab boleh merakam siri ini kerana mempunyai perakam dan boleh melihat bila2 masa yg terluang. Sudah tentu saya amat merindui lagu tema drama ini..
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 25-3-2019 09:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
I follow dr season 1..
Mak iols dulu tgok time kck dia kata..
Masa astro tyg smpai season 2..dia stop kjap kn..
Frust je..nasib baik skrg dh tyg season 3 smbg season 4 trus..
Boleh dikatakn stiap episod tu ada pgajarn dia..n berair mata jgk tgok..
Mgkn sbb iols minat drama2 lama kot..ahli kluarga yg lain semua xbminat nk tgok..
Sygnya the nanny je tyg smpai season 4..x da season 5 n 6..
YUP...saya rekod utk season 1, 3 dan 4 sahaja. Season 2 tak tau kenapa xde. Memang kebanyakan setiap episodnya mempunyai pengajaran. Kelaurga Ingalls terutama Mak dan ayahnya sangat menitipkan kejujuran dan kebenaran walaupun pahit. Laura, mary dan carrie sentiasa di ajar utk mematuhi ibubapa mereka. Kalau kena episod sedih..sampai berair mata rasanya...teringat arwah anak saya yg meninggal akibat denggi.
Post time 25-3-2019 10:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
espri6006 replied at 25-3-2019 10:11 AM
YUP...saya rekod utk season 1, 3 dan 4 sahaja. Season 2 tak tau kenapa xde. Memang kebanyakan seti ...
Ow..sedihnya..
Ye ke..byk jgk sy baca psl drama ni..
Season 4 ni nnti mary tu jd buta..
Suka sgt cara ayh dia bg nasihat2..
Tp kagum dgn penulis asal sbb hidup dia mmg warna warni dgn cbrn n dugaan..
saya baru je mnonton season 1, dan belum habis lagi. So far ada tengok kat youtube Mary akan jadi buta. Tapi sayang lepas season terakhir Micheal Landon - Charles Ingalls sebagai pengarah telah meletopkan semua bangunan tempat penggambaran siri tersebut. Ada dalam youtube.
wehhhh cerita ni fav meols kot. husben pn layan. suka anak dia yg Mary tu. cantik giler. tp geram gak kdg2 tgk cerita ni bila part anak dia degil tak dengar ckp parents tu. pas tu menyusahkan parents dia. emo meols klu layan cerita ni
Mary dengan mak dia tu caroline cantik sangat...Laura ..walau tak cantik mana tapi best tengok dia sebagai teraju utama. Mary tu bila dah season 3 kot...rasanya dah besar ..anak dara dah..dah cantas sikit keningnya. Masa budak2 cantik jer. Tengok lagu tema nya macam nostalgia sangat rasanya...
umbut replied at 25-3-2019 12:58 PM
Thn 80an umah tv hitam.putih. tu pun pki bateri. Huk huk. Bateri habis.. gambar makin lama makin kec ...
kawasan rumah saya dah engine...seluruh kampun guna generator besar..start jam 7pm sampai jam 7am. cuma TV je lah takleh tengok. Cuma tahun 1981 (rasanya lah sebab tak berapa ingat sangat)...baru pakai elektrik sepenuhnya sebab tahun tu petronas dah start bermula di kawasan saya. Tapi siaranya TV akan bermula jam 5....cumi ciki...
Anak saya tak berapa nak layan sangat begitu juga dengan isteri tapi bila ayah/hasbend dia hari2 duk layan citer ni ..sikit2 dia org mula layan. sedih bila episod kematian anak jiran mereka. Lupa nama apa anak jiran tu tapi anak jiran dia tu follow Laura, mary dan carrie mandi sungai. Ada dua budak lelaki duk ngendap mereka mandi..kecik laginya budak lelaki tu tapi dh gatal hendap dan diaorg kantoi dengan carrie. carrie pulak budak lagi..panggil kakak2 mereka bgtau ada org nak pinjam joran. Apa lagi menjeritlah kakak2 mereka...masa lari tu lah...yg anak jiran mereka hilang dalam sungai tu. bila dh jumpa ..meninggal...Mak dia jadi meroyan kejap...tak dapat terima hakikat yg anak dia dh xde. Suatu hari Laura datang nak ziarah bawak bunga..lalu di kurung laura dalam store bawah tanak..dan dia nampak laura dh macam anak dia....sedih sangat.. begitulah rasanya bila kita kehilangan anak ( sama lah saya pun hilang anak usia 5 tahun). Menangis sendiri..sorang2 terkenang anak yg kecil dah xde...sorry semua..x pasal pulak masuk my story.
Paling geram dgn adik beradik Oleson tu, terutama Nellie..
sorry lupa pulak..padahal baruje tengok. Yes Ellen. Adik berdik Oleson tu cuma Nellie dengan mak dia je sikap macam tu...adik tu nama apa ye Willie kalau x silap..follow Nellie je kadang2...dia tak berapa sebulu mana dengan Nellie tu.