View: 7532|Reply: 3
|
[Tempatan]
Tiada lagi khemah biru, aktiviti berkelah kembali seronok di Port Dickson
[Copy link]
|
|
PORT DICKSON: Keindahan pemandangan Pantai Teluk Kemang yang dahulunya terhalang dengan deretan khemah biru kini dapat dinikmati seluas-luasnya.
Ia selepas Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengarahkan semua pengusaha khemah biru di pantai terbabit menghentikan aktiviti perniagaan sewaan khemah mulai 18 November lalu.
Tinjauan Sinar Harian pada hujung minggu pertama selepas arahan tersebut mendapati, pengunjung kini lebih bebas untuk berkelah sambil menikmati pemandangan pantai berkenaan.
Mereka juga berharap suasana itu dapat dikekalkan sampai bila-bila dan bukannya bersifat sementara.
Suri rumah, Atifah Norman, 26, yang datang dari Semenyih, Selangor berkata, suasana baharu itu membuatkan dia lebih seronok untuk datang berkelah di situ berbanding sebelum ini.
"Sebenarnya Pantai Teluk Kemang ini cantik, tapi selama ini kita tak nampak sangat sebab ditutup dengan khemah-khemah biru di sini.
"Setiap kali datang ke sini saya tak pernah sewa khemah itu pun sebab harganya agak mahal, selalunya saya akan bawa kerusi dan tikar untuk berkelah," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Sehubungan itu, dia berharap suasana berkenaan dapat dikekalkan dan bukannnya hanya bersifat sementara saja.
Mohamad Afizan Mohamed Aris, 46 juga mempunyai pandangan sama dan berharap pemantauan secara berterusan dapat dilakukan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) bagi memastikan tiada yang ingkar akan arahan tersebut.
Dia yang datang dari Kuala Pilah berkata, orang datang ke pantai mahu melihat pemandangan indah bukannya khemah.
"Alhamdulillah, akhirnya kita boleh tengok pemandangan yang menyenangkan di Pantai Teluk Kemang kerana selama ini ia terhalang oleh khemah-khemah yang banyak dipacak di sini.
"Lagi pun macam-macam cerita yang kita dengar tentang isu khemah biru ini dan ia boleh menjejaskan imej Port Dickson sebagai kawasan pelancongan," katanya.
Pekerja swasta Hasbah Ibrahim, 42, pula berkata,keindahan pantai berkenaan sudah dapat dilihat dari jauh.
"Beza sangat pemandangan Pantai Teluk Kemang dulu dan sekarang. Sebelum ini penuh dengan khemah dan sekarang orang lebih bebas nak berkelah.
"Saya harap keadaan ini dapat dikekalkan supaya orang nak datang ke sini pun seronok," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, MPPD mengarahkan semua pengusaha khemah sewa di Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin menghentikan aktiviti perniagaan mereka mulai 18 November.
Arahan tersebut sebagai langkah persediaan bagi menambah baik perniagaan sewaan khemah di pantai-pantai Port Dickson.
Jika tidak mematuhi mana-mana kehendak notis, pihak MPPD akan memindahkan dan mengalihkan halangan tersebut tanpa notis selanjutnya mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). - Sinar Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pasnih kalau pengunjung nk pasang khemah pun jgnlah warna biru
Cuba la pasang khemah kaler putih ke, khaki, olive,beige takpun light brown barulaa nampak estetek
Khemah kaler terang serupa khemah pasar malam jaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|