CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5664|Reply: 24

Sejarah Negeri-Negeri di Malaysia Mendapat Namanya

[Copy link]
Post time 2-4-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Merujuk naskah " Asal - usul negeri-negeri di Malaysia" yang dihasilkan oleh Datuk Zakiah Hanum, mantan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, berikut dikongsikan intipati dari naskah tersebut tentang asal-usul nama negeri di Malaysia.

1) JOHOR

Nama silam Johor adalah "Ujung Tanah", sementara R.O Winstead dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor dengan nama "Wurawari", ianya adalah istilah jawa yang bermaksud "Air Jernih". Antara nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah, "Hujung Medini"(disebut dalam syair jawa Nagara kretagama), Ganggayu (nama Johor sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat dipercayai berasal dari  perkataan arab iaitu "Jauhar" yang membawa maksud "Permata".


2) KEDAH

Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di Tanah Melayu, ianya berdasarkan penemuan arkeologi tentang kewujudan penempatan serta aktiviti masyarakat Melayu Proto. Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram". Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud "Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu.



3) KELANTAN

Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini sebagai Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda kepada Gautama Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan perkataan "Thana" yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah "Kolithana" yang kemudiannya disebut oleh penduduk pada ketika itu sebagai "Kolamtanah" atau "Kolamtam" yang akhirnya menjadi Kelantan.

Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini sebagai "Ko-lo". Dalam catatan China yang selainnya ada dikesan nama sepertu "Ho-lan-tan" atau "Kou-lo-tan". Sementara dalam peta De'eredia, wujud nama "Calantan Rio", sementara peta selainnya disebut "Calantan", "Calantam" dan "Calantao". Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan itu adalah bersempena dengan nama pokok "Gelam Hutan" yang tumbuh di pesisir pantai negeri Kelantan pada ketika itu.

4) MELAKA

Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan seekor pelanduk  menendang anjing hingga jatuh ke sungai  dan Pokok Melaka tempat beliau bersandar ketika itu, terdapat teori lain bagaimana Melaka mendapat namanya. Dalam naskah lama "Sejarah Melayu" memang sudah disebut nama Melaka, ia mugkin dari istilah "Malakat" atau "Mulagah" yang digunakan oleh pedagang arab yang membawa maksud "pusat / tempat perdagangan ". Dalam bahasa sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai "Malayakolam" atau "Malayaka" yang membawa erti "negeri orang melayu".

5) NEGERI SEMBILAN

Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah gabungannya, kawasan berkenaan ialah ;
1) Sungai Ujong
2) Naning
3) Rembau
4) Jelebu
5) Johol
6) Klang
7) Jelai
8) Ulu Pahang
9) Segamat

Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang dan Segamat kepada Johor. Rombakan kawasan kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut sebagai negeri yang sembilan, iaitu:

1) Sungai Ujong
2) Rembau
3) Jelebu
4) Johol
5) Ulu Muar
6) Inas
7) Gunung Pasir
8) Terachi
9) Jempol



6) PAHANG

Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya, namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud "timah" yang mungkin juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan timah.

7) PERAK

Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya yang tersendiri, iaitu Gangga Negara, pusat pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama Perak diberi bersempena dengan anak panah bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahapodisat Kedah. Anak panah itu dilepaskan ke kawasan yang dihajati beliau untuk dijadikan sebuah negeri.


8) PERLIS

Perlis dahulunya dikenali sebagai "kayang" atau "kayangan", dan nama Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu "Tok Perlis". Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal dari perkataan siam "Phrau Loi" yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi "Perleh".


9) PULAU PINANG

Ianya berasal dari barisan pokok-pokok pinang di kawasan penempatan masyarakat asal melayu di kawasan pantai. Pulau Pinang pernah diberi nama "Prince of Wales" oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya wujud dalam catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di bibir penduduk tempatan.

10) SABAH

Pernah dikenali dengan nama "Api-api", Sabah mendapat namanya daripada perkataan "Saba", iaitu sejenis pisang. Kebanyakkan penduduk asal menanam pisang ini di penempatan mereka di sekitar pantai untuk dijadikan sumber makanan.

11) SARAWAK

Tiada kisah yang cukup popular untuk dijadikan sandaran bagaimana Sarawak mendapat nama, mungkin juga bersempena dengan nama Sungai Sarawak. Terdapat sumber dikalangan penduduk tempatan yang mengkisahkan nama Sarawak  berasal dari ungkapan " serah pada awak", iaitu apabila Pengiran Muda Hashim menyerahkan pentadbiran negeri itu kepada James Brooke pada tahun 1841.


12) SELANGOR

Tiada sumber jelas bagaimana Selangor mendapat namanya.


13) TERENGGANU

Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk Kelantan, lalu mereka berkata "terangnya genu"  atau maksud lainnya "terang sampai ke sana". Terdapat juga kisah yang mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong, dek kerana saiz taring yang besar serta belum pernah dilihat oleh penduduk tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai "Taring anu", sungai dimana taring tersebut dijumpai juga dikenali sebagai "Sungai Taring Anu".

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon mahap kalau tread dah penah ada. Tak terbelek hat belakang belakang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2019 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Rujukan

Asal - usul negeri-negeri di Malaysia. Kuala Lumpur: Times Book International.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 05:24 PM | Show all posts
Edited by pokaibanktokyo at 2-4-2019 09:46 AM

Bahalol mana kata nama silam johor ujung tanah ? Nama purbakala johor Malaei Colon la. Rujuk peta Ptolemy.

Nama selangor pula adalah sempena salang iaitu timah dan ur yang bermaksud negara
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama pahang bukan ke asal dari pokok mahang? Pokok mahang sebesar beberapa pemeluk orang, dipotong dan dibuat tempat santapan? Salah tlg betulkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 12:22 PM | Show all posts
Kedah pula adalah satu infrastruktur untuk memerangkap seluruh kawanan gajah. Bukan sekor saja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2019 12:27 PM | Show all posts
thank you for saring, dapat menambah ilmuku yg cetek ni, gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2019 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 2-4-2019 05:24 PM
Bahalol mana kata nama silam johor ujung tanah ? Nama purbakala johor Malaei Colon la. Rujuk peta Pt ...



Selangau Salang Jemur
Oleh ZAINAL RASHID AHMAD
19 Oktober 2014 10:34 PM

1
Ada dua ceritayang dikaitkan dengan asal-usul nama negeri ini:

Kisah Pertama

Negeri ini mendapat nama berdasarkan kejadian yang menimpa seorang pendekar terbilang yang singgah berehat, setelah jauh belayar dari tanah Bugis. Pendekar ini amat tersohor akan ilmu persilatannya – hinggakan dikisahkan orang, kalaulah yang datang menyerang hanyalah selambak khadam atau juak yang kemereh, maka sekelip matalah rebah ke tanah.

Setelah berbulan-bulan pendekar ini menyusur selat, akhirnya setelah melihat kelelahan dan kepenatan pangikutnya, segera diarahkan kapalnya itu mendarat.

“Nun di sana nampak akan tanah yang subur, mudiklah ke kuala dan berlabuhlah sehari dua,” katanya. Akhirnya, menjelang rembang Asar, berlabuhlah kapal orang Bugis itu di luar kuala, dan bersampanlah pendekar dan pengikutnya naik ke darat. Setelah ketemu kawasan lapang di pinggir muara, dan nampak sesuai untuk berteduh, segera diarahkan pengikutnya itu berwuduk – dan bersolat jemaah.

Pendekar pula, segera membentangkan kain silangnya lalu berbaring sebentar. Waktu itulah, munculnya langau dan berlegar-legar depan mukanya. Langau nan seekor itu, cuba dihalaunya dengan melibas-libaskan telapak tangan. Namun tidak berganjak unggas itu, melainkan terus terbang hingga datanglah marah pendekar itu.

Ditamparnya langau itu tetapi tidak mengena; berkali-kali hingga merahlah telapak tangan. Daripada keadaan berbaring menyandarkan tubuh ke pohoh matanggau – akhirnya bangunlah pendekar itu melibas-libas kain selipangnya. Namun langau itu tetap terbang betul-betul di depan kedua-dua matanya.


Maka datanglah nafsu amarahnya; belum pun sempat ditempiknya akan langau itu, berdetiklah hatinya dengan isytifar. Segeralah dia mengurut dadanya dan berkata: “Tidaklah hebat ilmu ini, hingga tak terdaya mengalahkan seekor langau pun. Allah Maha Besar… Subhanallah….”

Sekembalinya pengikut dengan membawa kayu-kayan serta sedikit buah-buahan hutan; segeralah diceritakan akan pengalamannya diganggu langau. “Aku perolehi iktibar… dek filsafat langau nan seekor itu… maka eloklah tanah ini dinamakan Selangau,” katanya.

Kisah Kedua

KONONNYA apabila kejadian penderhakaan kerap berlaku dan berleluasa, maka wakil tanah ini diberikan mandat oleh Sultan Melaka untuk melaksanakan hukum paling berat pada sesiapa yang ingkar akan peraturan dan hukum negeri.

“Sudah dibawa wakil Duli Sultan, watikah berteman keris sebelas lok… maka untuk yang menderhaka akan dihukum seberat-beratnya,” kata Wakil Diraja.

Subuh esoknya, penderhaka pun dikumpulkan di tepi balai mengadap. Tujuh orang semuanya; sebermula yang bersikap lanun, sampailah penderhaka yang enggan patuh pada hukum negeri yang dititahkan Sultan Melaka.

“Salang dan jemur mereka sampai mati,” kata Wakil Sultan.

1

JADI, begitulah kata sejarah – walhal akan lahirnya nama negeri ini. Kisah ini dipertuturkan kepada anak negeri selama turun-temurun. Bahawa asal-usul, nahu pada nama negeri ini, berkait dengan kisah seorang pendekar dan langau nan seekor; serta tujuh suku sakat lanun yang disalang jemur kerana menderhaka pada titah Duli Sultan – dan akhirnya mati kekejungan di pantai, akibat panas dek berhari-hari dibakar bahang matahari.

Berbekalkan kisah sejarah juga, jadi ketahuan anak negeri: Bahawa pada abad ke-15 itu, isi manusia di tanah ini, berada di bawah takluk kesultanan Melaka.

“Aduhai anak negeri, ketahuilah kamu bahawa tanah bertuah ini menjadi rebutan Portugis, Johor, Aceh dan Siam, sebaik-baik sahaja jatuhnya Melaka ke tangan Benggali Putih pada 1511 itu,” cerita Abu Malai pada anak cucunya.

Malah katanya: “Ingatlah… bahawa sejarah penderhakaan di tanah ini panjanglah sudah akan tali akarnya, namun berpeganglah pada sejarah. Bahawa yang menderhaka itu, terhukum juga akhirnya,” kata Abu Malai mengakhiri kuliah pada kaum keluarganya.

2

PENDERHAKA dan penderhakaan – bukan sejarah baru. Sejak tujuh suku-sakat lanun itu ditangkap dan disalang jemur sampai mati; sejarah tak pernah berhenti melihat dan mencatat riwayat demi riwayat suku-sakat penderhaka.

Abu Malai, anak jati Kampung Bukit Kerayung; sebahagian tanah petempatan dalam jajahan Jeram. Sejak moyang-poyangnya orang Bugis itu, meninggalkan daratan Sulawesi dan belayar berbulan-bulan mencari daratan baharu – maka tanah inilah yang dipugar, lalu menjadi sebahagian isi negeri Selangau – tanah Salang Jemur ini.

“Ada pun pohon matanggau tumbuh di sepanjang sungai dan dikenal setengah orang sebagai nama tempat ini, namun sejarah kependekaran nenek moyang kita, serta bahayanya penderhakalah yang paling elok dijadikan renungan,” pesan Abu Malai dalam kuliahnya yang lain pula.

“Mengapa?” Tanya muridnya.

“Sebab keturunan bangsa pendekar yang memugar tanah negeri, serta penderhakalah yang dihukum sebagai peringatan akan daulatnya tanah ini, jadi dua kisah ini – jangan sesekali dilupakan,” jawab Abu Malai.

3

PADA 1766 itu, maka ditaballah Sultan tanah ini. Anak raja berdarah sultan dari tanah Bugis itu. Maka berakhirlah sejarah lampau, akan tanah ini yang pernah dinaungi Melaka dan Johor-Riau.

Putera Bugis ini berdiamlah di jajahan nun di kuala menuju laut Selat Melaka. Selepas lebih 100 tahun anak-anak Bugis datang merantau ke Tanah Melayu meninggalkan kampung halaman di Makasar, Balikpapan dan Banjarmasin serta segala macam tanah jajahan di Sulawesi itu.

“Justeru, saat itu tanah ini sudah menjadi negeri bermaruah – dengan putera darah raja Bugis itu sebagai Yam Tuannya,” cerita Abu Malai.

“Justeru… ada hukum dan takliknya; ada tata dan bicaranya apabila negeri ini bersultanlah sudah,” jelasnya lagi.

4

PENDERHAKA dan penderhakaan datang lagi. Bertemurunnya salasilah anak cucu pendekar dalam kisah sejarah tanah selangau itu; berserta membiak-piak jugalah, saka-baka anak cucu lanun yang disalang dan dijemur.

“Ada pun pada tahun-tahun terkemudian selepas ditabalkan putera Bugis itu sebagai sultan; serta datanglah orang jauh memasuki tanah negeri mencari rezeki daripada timah dan getah; sejarah tidak pernah memejamkan matanya,” kata Abu Malai.

Dibukanya lembar kitab Tuhfat An Nafis, lalu ditenungnya; dibaca perlahan-lahan seakan-akan mengembara masuk ke dalam tulisan Marhum Raja Ali Haji itu. Menyelusur cerita perihal sejarah berkendera orang Bugis itu; serta hakikat berdiamnya orang Bugis di sekitar Tanah Melayu ini, sudah lama merancak.

“Ingat, sejarah kepahlawanan Bugis itu juga bukan baharu. Tahun 1682, dua buah kapal dengan lebih 400 pahlawan Bugis, belayar dari tanah cerita langau seekor ini; berperang nun jauh di negeri utara,” syarah Abu Malai penuh iltizam.

Dalam surau yang dibina sejak turun-temurun itu; di tengah-tengah Kampung Bukit Kerayung, Abu Malai yang berserban putih itu berpesan lagi: “Justeru sebelum bertabal Yam Tuan pun, nenek moyang kita sudah lebih seratus tahun duduk bertapak di negeri tanah sungai pohon matanggau ini.”

Segera anak cucunya bertanya: “Justeru apakah yang dimaksudkan dengan derhaka itu wahai ayahanda Abu Malai?”

Jawabnya segera: “Maka tidaklah anak cucu orang Bugis itu akan mengizinkan tanah ini didiami penderhaka… kerana penderhaka itu di batang Salang dan di pantai jugalah tempatnya untuk mati kebulur di bawah terik jemur bahang matahari!”

5

SEJAK berketurunan sudah pemerintahan Yam Tuan, dan masyhurlah pula akan tanah negeri ini. Walaupun tak terlepas lingkar sejarah datangnya penjajah Inggeris dan Jepun, serta era Bintang Tiga yang haru-biru itu.

Namun, yang lebih penting dirujuk, tentunya sejarah abad ke-19.Seorang Residen British ada menulis dalam catatannya: “Oleh banyaknya timah dan getah, maka berdatanglah banyak orang dari segala kepulauan dan benua ke tanah ini.”

“Masyhur sungguh tanah ini, hingga menarik perhatian pencari rezeki dari India dan China,” kata J.G. Davidson dalam catatan itu.

6

MAKMURLAH sudah tanah negeri ini selama 250 tahun sejak Yam Tuan ditabal Paduka Sultan Perak pada 1766. “Maka Sultan Mahmud Perak itu, dengan segala kebesaran diraja serta daulatnya sebagai waris takhta Melaka, akhirnya membebaskan tanah Selangau ini daripada sebarang gangguan asing termasuk Siam dan Johor Riau!”

Syarah anak cucu pendekar Bugis itu menyampaikan amanat pada ribuan waris darah pendekar. Saat itu, kemelut penderhakaan meruntun isi negeri, sewaktu zaman makmurnya selepas merdekanya Tanah Melayu.

Ditiliknya lagi, segala tulisan Marhum Raja Ali Haji; menyentuh duduk takhta Yam Tuan setelah ditabalkan.

Menurut Marhum Raja Ali Haji: “Maka bertitahlah Putera Bugis: Maka pada fikiran kita sekarang ia sudah datang di negeri kita, eloklah kepada kita sekarang ini baiklah kita dinobatkan sekali.”

Jadi, merujuk pada sejarah daripada kitab besar alam Melayu milik Marhum Raja Ali Haji, serta rentetan kebesaran Yam Tuan yang tercatat juga dalam Misa Melayu, diangkatnya Yam Tuan sebagai sultan di tanah yang disisi sungainya subur sungguh pohon matanggaunya, bukan alang kepalang atau tidak beradat lagi berdarjat.

“Justeru, kalau ada penderhaka… yang umpama langau juga adanya yang seekor itu, berhati-hatilah!” katanya disambut takbir Allahuakbar oleh anak cucu pendekar Bugis.

“Langau…,” kata Abu Malai: “Meski pun seekor bukan mudah dikalahkan. Maka bertindak bijaknya seperti leluhur kita yang akhirnya memilih berisytifar.”

Belum sempat dihabiskan syarahnya, seorang anak cucu pun menyambut: “Bukahkah sejarah kita orang negeri ini sangat bencikan penderhaka?”

Abu Malai sedikit tersentak, dipandangnya anak itu yang nampaknya terus sahaja banguan dan berkata: “Bukankah lanun pengkhianat yang menderhaka pernah kita salang dan jemur hingga mati! Maka, kalau itulah sejarah kita… maka isyaratkan sahaja pada penderhaka, anak negeri takkan berdiam diri!”

7

BANDAR RAYA besar menggantikan banda di muara; sudah tergesak jauh majunya negeri ini sejak Yam Tuan ditabalkan. Jauh meninggalkan detik sejarah lebih 400 pahlawan Bugis menaiki kapal meninggalkan tanah negeri dua cerita ini – waktu belayar menuju medan perang di utara dunia Melayu.

Sejak berbulan dahulu, ketika langau sudah lama lenyap dek maraknya pembangunan, serta kayu salang sudah tidak lagi dikenal umat negeri, Abu Malai yang asal jajahan Jeram itu, kembali menyelak sejarah. Ribuan anak cucu menanti kalamnya, bahawa sejarah kalau perlu dibawa ke jalan raya – maka akan berangkatlah anak negeri, menegakkan daulat negeri yang dibina sejak 1766 itu.

Berbulan sudah, Abu Malai melihat bahawa sejarah tidak boleh didiam atau dibiar padam oleh keturunan lanun penderhaka yang menjelma selepas ratusan tahun nenek moyang jahat mereka dibunuh bersalah jemur tiga abad yang lalu.

Maka dalam syarahnya malam itu: “Orang menjual kita membeli… kalau dicabar Daulat Negeri bersejarah ini, maka bangkitlah anak-anakku seperti nenek moyang kita dahulu!”

“Bukankah ini tanah Selangau Salang Jemur!”


Penafian: Semua Komen di bawah tidak mencerminkan pendirian atau pandangan Utusan, ia merupakan pandangan peribadi penulis.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 03:11 PM | Show all posts
nobito replied at 5-4-2019 06:34 AM
Selangau Salang Jemur
Oleh ZAINAL RASHID AHMAD
19 Oktober 2014 10:34 PM

Selangor = salang or = tanah timah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 5-4-2019 03:11 PM
Selangor = salang or = tanah timah

Salang maksud nya hukum dengan Cara ditikam pada bahu sehingga menusuk pada bahagian hati.

Kemudian akan dijemur, kebiasaanya hukuman utk penderhaka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 04:58 PM | Show all posts
nobito replied at 5-4-2019 08:51 AM
Salang maksud nya hukum dengan Cara ditikam pada bahu sehingga menusuk pada bahagian hati.

Kemu ...

salang = timah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 5-4-2019 04:58 PM
salang = timah

Pergi bukak Kamus Bahasa Malaysia balik...jangan bukak Kamus Tamil
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 05:03 PM | Show all posts
nobito replied at 5-4-2019 08:59 AM
Pergi bukak Kamus Bahasa Malaysia balik...jangan bukak Kamus Tamil

Kamus bm wa tak main la. Wa main bahasa melayu kuno
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 5-4-2019 05:03 PM
Kamus bm wa tak main la. Wa main bahasa melayu kuno

Melayu Mana Ada bahasa Kuno...bahasa Melayu tu bahasa rojak sebab tu jadi bahasa Lingua Franca.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 05:24 PM | Show all posts
nobito replied at 5-4-2019 09:07 AM
Melayu Mana Ada bahasa Kuno...bahasa Melayu tu bahasa rojak sebab tu jadi bahasa Lingua Franca.

Hoi. Pergi belajar bahasa melayu kuno. Cepat !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2019 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 5-4-2019 05:24 PM
Hoi. Pergi belajar bahasa melayu kuno. Cepat !

Mana Ada bahasa Melayu Kuno...ko mimpi ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 5-4-2019 10:24 AM
Mana Ada bahasa Melayu Kuno...ko mimpi ke apa?

Degilnya engkau
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 6-4-2019 06:49 AM
Degilnya engkau

Selang tu juga bererti kedudukan ditengah

Dalam Bahasa Selangor kitorang selalu sebut bahagian2 rumah sebagai  Rumah Selang, Rumah Ibu dan Rumah Dapur.

Rumah Selang rumah yg terletak ditengah diantara Rumah Ibu dan Rumah Dapur...kebiasaannya kawasan yg agak personal seperti bilik tidur dll

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nobito at 6-4-2019 09:56 AM

Dalam bahasa Bugis, Sellang atau Masellang menggambarkan keadaan yg Panas walaupun Mendung.

Ini dapat digambarkan keadaan yg tidak pernah tenteram dgn pergolakkan politik di negeri Selangor yg membawa banyak perubahan dlm landskap politik di Malaysia.

Kemungkinan rakyat diselang memilih orang Bugis sebagai raja mereka untuk mententeramkan keadaan di Negeri Selang yg sering bergolak di zaman Melaka dan Johor Lama


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.075092 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list