View: 6903|Reply: 30
|
HAARP Alat Pemusnah Hidupan?
[Copy link]
|
|
Ada sebuah rumor yang beredar Dan tersebar luas di kalangan penduduk dunia, bahwa Amerika Syarikat telah berhasil mencipta Satu teknologi senjata yang akan membawa kemenangan kepada mereka dalam peperangan apapun. Senjata hebat ini dikatakan akan membawa America menjadi satu-satunya penguasa terunggul dunia.
Senjata tersebut adalah sebuah alat yang dapat digunakan untuk memanipulasi cuaca dan iklim di sesebuah kawasan sehingga mampu menciptakan bencana yang dasyat seperti kemarau panjang, badai taufan, gempa bumi dan tsunami di tempat yang diinginkan.
Penciptaan senjata pemusnah ini telah diprediksi oleh ramai orang sebelum ianya diciptakan.Seorang ilmuwan bertaraf dunia bernama Dr. Rosalie Bartell telah menyakini dan menyatakan bahwa militer Amerika sedang menyiapkan sebuah sistem pengatur cuaca sebagai senjata berpotensi. Metodenya termasuk mengendalikan badai taufan dan mengatur arah penguwapan air di atmosfera bumi untuk menghasilkan banjir di tempat yang telan ditentukan sebelumnya.
Bukan hanya Dr Bartell yang mengatakan hal ini, mantan penasihat keamanan Rumah Putih bernama Zbigniew Brzezinski juga meramalkan perkara ini dalam bukunya yang berjudul "Between Two Ages". Di dalam bukunya, Ia menulis :
"Tekonologi akan menciptakan satu teknik untuk melakukan peperangan rahasia yang hanya memerlukan sedikit pasukan, seperti teknik mengubahsuai cuaca yang dapat menimbulkan badai yang berpanjangan."
Marc Filterman, seorang mantan Ketua Tentera Perancis pernah mengatakan bahwa Amerika telah memiliki teknologi untuk memanipulasi frekuensi radio untuk melepaskan kondisi cuaca tertentu seperti badai dan Taufan.
Kononnya pada tahun 2002, Rusia pernah mengkonfrontasi Amerika Serikat di PBB dengan menuduhnya telah menciptakan beberapa bencana di Rusia dengan alat -alat eksperimennya.
Pertanyaannya adalah, apakah Amerika telah menemukan teknologinya ? Apakah benar HAARP adalah teknologi terkini persenjataan ciptaan Amerika untuk menguasai dunia? Apakah senjata ini selain senjata kimia lainnya bakal dipergunakan ke atas musuh-musuh Amerika?
Bersambung....
#sumber: Internet |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
macam citer dajjal dah ni. boleh kawal kemarau dan hujan |
|
|
|
|
|
|
|
china pun ada advance technology, jangan risau. nanti kita sewa dari china dan boleh turun salji kt malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama baca psl HAARP ni. scary bila baca sbb tak tau nak percaya or tak |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-4-2019 02:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sambungan,..
HAARP dikatakan senjata ciptaan Dajjal. Bagaimana Dajjal boleh terlibat dalam merekacipta senjata pemusnah ini tidaklah diketahui. Teori ini lebih merupakan prasangka ilmuan Islam sahaja berdasarkan atas kemampuan yang telah Allah berikan kepada Dajjal sebagai ujian kepada manusia yang beriman.Sangkaan para ilmuan ini juga bersandarkan kepada beberapa kriteria Dan hadis Rasulullah tentang akhir zaman.
Teknologi HAARP ini diasaskan dari idea dan ciptaan Nikola Tesla (seorang genius yang telah mencipta teknologi wireless pada tahun 1891 dan juga penghantaran tenaga elektrik melalui wireless).
Weapon of Mass Destruction (WMD) yang sebenar ialah HAARP buatan USA itu sendiri. Kalau dilihat dari penerangan "frontend"nya yang terdapat dalam website HAARP, seolah-olah ianya dicipta adalah untuk penyelidikan ilmiah. Namun,sebaliknya, HAARP sangat berkemampuan untuk dijadikan:
1. Senjata Geofizikal (Geophysical Weapon/Warfare)
2. Boleh "lockdown" misil dan peralatan kapal terbang serta komunikasinya
3. Boleh memusnahkan komunikasi sesebuah negara
4. Pengganggu proses mental manusia (kes seperti pelajar universiti yang mengamuk dan membunuh beberapa pelajar lain)
5. Mind Control (sama seperti (4) diatas)
6. Alat "Ex-Ray" bumi
7. Senjata Elektromagnetik
Senjata Geofizikal:
1. Menghasilkan gempa bumi
2. Menghasilkan taufan dan ribut
3. Menghasilkan satu letupan tanpa misil, bom dan bahanapi yang hampir menyamai kekuatan letupan nuklear tanpa sebarang radiasi (impact bomb).
Adakah anda biasa main game Red Alert (Yuri Revenge) dan Red Alert sebelumnya? Kepada siapa yang pernah bermain game ini ia ada SUPER WEAPON yang hebat…kalau di pihak USA anda akan ada super weapon, WEATHER STORM.. senjata ini akan mengeluarkan kilat yang kuat..manakala di pihak Russia ada senjata MIND CONTROL dan NUKLEAR…kalau dunia reality sekarang weather storm itu = HAARP…senjata mind control adalah salah satu cabang di bawah BLUE BEAM PROJECT..
1) Peringkat permulaan Blue Beam berkaitan dengan keruntuhan dan kemusnahan semua pengetahuan arkeologikal, KEAGAMAAN dan konsep saintifik klasik. Melalui beberapa siri kejadian alam yang direka secara teknologi seperti gempa di beberapa lokasi tepat di atas planet Bumi yang akan memuntahkan dari perutnya beberapa 'Penemuan baru' sebagai dakyah program ini kononnya mendedahkan manusia kepada kesilapan besar pada doktrin keagamaan sedia ada.
Pemalsuan maklumat akan mensasarkan untuk meyakinkan umat manusia bahawa ajaran keagamaan telah disalah intepretasikan dan disalahguna berabad lamanya. Ianya adalah fasa persediaan psikologikal untuk menghancurkan asas agama yang kita amalkan, keimanan dengan kaedah melenyapkan semua penanda aras, dan pada apabila tepat waktunya mereka akan menawarkan suatu agama 'sebenar' yang akan menyatukan dan menenangkan umat manusia dengan menyerap semua disiplin agama serta semua kepercayaan.
..bersambung.
Source: Internet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-4-2019 03:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-4-2019 04:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ruffboyz replied at 16-4-2019 12:03 PM
boleh percaya ke ni?
Akhir zaman semua Tak mustahl |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-4-2019 04:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
tom2 replied at 16-4-2019 01:00 PM
macam citer dajjal dah ni. boleh kawal kemarau dan hujan
Kan...terfikir gak tentang ni sbb Dajjal bukan nabi yang memiliki mukjizat,.kebergantungan Dajjal pada teknologi amatlah tinggi kemungkinannya |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-4-2019 04:06 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CiliPadiSedap replied at 16-4-2019 01:06 PM
china pun ada advance technology, jangan risau. nanti kita sewa dari china dan boleh turun salji kt ...
Share la sikit ngan weols semua...kongsi maklumat Dan ilmu. |
|
|
|
|
|
|
|
camel haarp
haarp ni magnetic wave frequency, china pun mampu buat dont worry sangat isu bencana alam ni? setiap keburukan amerika lakukan mesti ada kesan side effect dan counter attack dari negara2 high tech seperti china dan russian.
teknologi china 5 tahun kehadapan berbanding malaysia, number 1 techonology aerospace china leading. teknik AI china nombor 1 sebab database human behaviour relate to 1 billion penduduk china jadi boleh create AI melalui cctv, apps, and collect database melalui smartphone huawei, xiaomi, dan lain2 lagi dan jual kepada business market sebagai database.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-4-2019 04:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CiliPadiSedap replied at 16-4-2019 04:13 PM
camel haarp
haarp ni magnetic wave frequency, china pun mampu buat dont worry sangat i ...
torrrbaeekkkk... tengkiu3x
Memang panas punggung la Amerika.. China mmg salah satu kuasa yg digeruni depa selain Korea Utara Dan India..dah negara2 Arab dah hilang taring.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-4-2019 04:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by akuni at 16-4-2019 04:35 PM
Sambungan..
FASA PERENCANAAN DAJJAL UNTUK MENGUASAI MANUSIA.
Fasa Kedua
2) Dengan teknologi HAARP ini mereka boleh pancarkan imej slaid yang bersais besar dan jadikan awan sebagai layar untuk di paparkan pelbagai imej ibarat skrin TV.
Rencana Dajjal itu akan menggunakan teknologi 'hologram optikal' disertai bunyian 3-dimensi, memancarkan sinaran laser imej holografik di beberapa tempat di dunia melalui ribuan satelit yang mengorbit Bumi dengan jarak 60 batu dari permukaan.
Imej-imej yang dijana adalah mengikut kepercayaan atau agama rasmi sesebuah negara sebagai contoh di negara yang mengamalkan ajaran agama samawi berkemungkinan dipertontonkan 'jelmaan' Nabi Muhammad s.a.w atau Nabi Isa a.s! Begitu juga dengan janaan imej Buddha dan Krishna dipertontonkan. Dan selepas itu bermulalah kemunculan imej Sang Dajjal yang terbit selepas beberapa ketika imej-imej keagamaan yang muncul sebelumnya akan bersatu dan menjelma dalam bentuk batang tubuh si Kafir Laknatullah.
Itu semua bertujuan untuk memesongkan akidah ummat Islam!!
Fasa Ketiga
3) Peringkat selanjutnya adalah juga berkaitan dan pelengkap Fasa Kedua, dimana suatu proses yang kita kenali sebagai 'telepati' dijana melalui medium sistem elektronik yang sudah dan sedia ada di sekeliling kita. Pasti anda pernah terlihat menara-menara pemancar yang dikatakan alat telekomunikasi, dibina di mana-mana sahaja seperti bangunan bahkan didirikan seperti pepohon di tepi jalanraya/highway! NASA akan menggodam peralatan-peralatan tersebut untuk menghantar 'suara Tuhan' ke dalam sanubari manusia melalui frekuensi ELF, VLF dan LF seolah-olah Sang Tuhan Dajjal menyeru terus kepada mereka.
Selain untuk mendatangkan gempa atau banjir, HAARP ini ternyata dikembangkan sebagai mind control. Penelitian Dr Andrija Puharich di tahun 1956 terhadap kaum Yogi India tentang kemampuan telepati telah diteliti secara ilmiah. Telepati dan hipnotis ini ternyata hanya dengan cara mempengaruhi mangsa dengan frekuensi 8 Hz. Otak manusia didapati boleh di pengaruhi dengan gelombang 8 hz.
Mungkin dengan cara inilah yang dajjal sedang lakukan untuk melakukan mind control terhadap manusia sejagat melalui satelit2 dan pemancar radio di bumi.
Menurut Seorang Pengkaji Dr Rosalie Bertell,biasanya teknologi HAARP akan mengeluarkan kilatan cahaya seakan-akan kilat yang terang ketika gelombang ELF di pancarkan.
12 Mei 2008, muncul kilatan cahaya di langit China. Kilatan cahaya terang yang seakan sama juga berlaku di Aceh sebelum berlakunya tsunami besar tahun 2004.
Fasa Keempat
4) Penipuan peringkat akhir akan dilengkapi dengan agenda pengawalan secara total keatas manusia melibatkan kejadian luarbiasa (supernatural). Dibahagikan lagi kepada tiga pecahan umpan:
i - Mewujudkan kepercayaan terhadap penjajahan makhluk asing (E.T, UFO) keatas manusia di setiap pelusuk bandar utama di dunia.
ii -Pemalsuan seterusnya adalah kejadian-kejadian akhir zaman yang dicatat di dalam Injil akan berlaku dalam bentuk yang menakjubkan. Kedua-dua proses diatas adalah bertujuan bagi mengumpulkan kumpulan manusia yang enggan tunduk kepada fitnah Sang Pemain Boneka sebelum 'Peristiwa Abad Ini' bermula.
iii -Umpan ketiga ini adalah pelengkap keempat-empat Fasa dengan mengoptimumkan penggunaan semua jenis alat komunikasi moden untuk memancarkan gelombang bagi melemahkan manusia secara individu dan halusinasi kolektif.
bersambung..
Sumber: intenet
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Usah lah takut kepada ciptaan manusia semata2. Ia sgt rapuh sebenarnya. Kita di propaganda akan kehebatannya yang terlampau. Padahal ia sgt bergantung kpd sumber lain dan amat lemah. Ummat Islam sendir kena yakin kemampuan dan idea mendepani propaganda ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh.. turun kan salji kat malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Erm..
Yang bunyi cm org kata sangkakala tu bunyi haarp ke?
Seram juga iols dengor dedolu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tengok movie hollywood banyak sign depa bagi..latest movie box bird,the silence.. memang tak tunjuk apa penyebab terjadi bencana cuma ke arah 'suvival' belum lagi movie cam 2012.. dan macam2 lagi pasal disaster world ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hurican bln 6-10 meyerang ameruka Hawaii pilipin taiwan garisan capricon haarp ka. |
|
|
|
|
|
|
|
Fasa Seterusnya:
tutup sistem internet seluruh dunia.
ramai akan menjadi kemurungan
dan seterusnya jadi gila |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 16-4-2019 04:13 PM
camel haarp
haarp ni magnetic wave frequency, china pun mampu buat dont worry sangat i ...
Iols pakai xiaomi. Hurmmmm |
|
|
|
|
|
|
| |
|