CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14805|Reply: 31

10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahagian 2)

[Copy link]
Post time 22-4-2019 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Sudah bosan melawat tempat yang sama setiap kali ke Sabah? Apa kata anda cuba tempat ini.

Bagi pelancong tempatan dan antarabangsa, destinasi pelancongan di Sabah seperti Taman Kinabalu, Air Panas Poring, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Pulau Sipadan dan Lembah Danum mungkin antara tempat-tempat yang sudah sering dikunjungi. Jika anda penggemar aktiviti luar, fotografi, pencinta alam sekitar atau berjiwa daredevil,  apa kata anda cuba melawat tempat baru ini pula.



6. Pyramid Hill (Kundasang, Ranau)






Ingin mendaki Gunung Kinabalu tapi tak cukup fit? Cubalah mendaki Bukit piramid yang terletak di Kampung Kauluan, Kundasang Ranau. Pemandangan yang indah tak kalah cantiknya terutamanya di waktu matahari terbit dan terbenam. Sesuai untuk kaki selfie dan keluarga dengan anak-anak kecil. Pendakian santai hanya mengambil masa kira-kira 30 minit. Siapa kata perlu 2 hari untuk mengambil gambar selfie berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang majestic?




7. Sinurambi (Tambunan Viewing Point)



Sumber: Top Peak Travel



Baru dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah (ketika itu), Tan Seri Joseph Pairin Kitingan pada tahun 2017. Ianya kini menjadi landmark Daerah Tambunan untuk mempromosikan potensi pelancongan di daerah itu. Dibina di atas bukit , 877m di atas paras laut dan ketinggian 45 kaki, pengunjung dapat melihat hampir 80% pemandangan daerah Tambunan. Binaan ini bercirikan 'wakid' dan 'sigar', dua elemen budaya yang penting di kalangan suku Kadazandusun Murut.


8. Polumpung Malangkap View Camp Site (Kota Belud)



Sumber: Twitter Oday_j



Seperti berada di New Zealand! Demikianlah komen pengunjung ke tapak perkemahan yang terletak di Daerah Kota Belud ini. Tapak berorentasikan family-friendly ini dibina di kawasan tepian sungai berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang megah. Hanya 1 jam 18 minit dari Kota Kinabalu, silalah berkunjung ke Kg. Malangkap Baru untuk pengalaman cuti yang tidak dapat dilupakan.


9. Serinsim Substation National Park (Kota Marudu)



Sumber: Info Santai



Aliran sungai yang deras, sejuk dan bersih memang berkesan mengurangkan lelah tubuh badan setelah penat memandu dan berjalan. Di Serinsim, anda dan keluarga boleh mandi manda sepuasnya. Jika ingin bermalam, terdapat chalet dan dorm mampu milik yang boleh disewa. Taman ini dikendalikan oleh Jabatan Taman-taman Sabah dan menjadi tumpuan warga Kota Marudu di hujung minggu.




10. Tabin Wildlife Reserve (Lahad Datu)



Sumber: Booking.com



Bagi yang ingin melihat hidupan liar, berkunjunglah ke Tabin Wildlife Reserve terletak di Daerah Lahad Datu. Kepelbagaian fauna seperti gajah, badak, burung dan unggas hutan memang menakjubkan. Pilihan penginapan yang selesa juga tersedia untuk seisi keluarga.  -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik..nampak tenang je...{:love
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Wish list aku utk thn depan, bln mac
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu Pyramid Hill tu. Cantiknya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronoknya bila bersatu dgn alam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 01:37 PM | Show all posts
Sesuai sangat untuk pencinta alam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2019 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by PENCINTA_DIRIMU at 22-4-2019 03:06 PM

Cantiknya.. macam kat syurga..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 03:12 PM | Show all posts
Baguslah dah makin banyak tempat diperkenalkan untuk pelancong jadi makin banyak pilihan tempat boleh mereka kunjungi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bes yer!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2019 09:39 AM | Show all posts
fahdramli replied at 22-4-2019 01:19 PM
Wish list aku utk thn depan, bln mac

Kalau ke kundasang, sini ada panduan Homestay dengan pemandangan Gunung Kinabalu yg cantik

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1131451&highlight=kundasang
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:33 PM | Show all posts
Polumpung Malangkap tu paling best kalo stay overnight kat sana..berkhemah berkhemah bersama c nopal awal pagi boleh tgk view gunung kinabalu...air sungai dia sejuk walaupun panas terik

  
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:41 PM | Show all posts
ni dah msk list akk dgn anak perempuan akk..thn lps blk tak sempat
pg sbb sibuk kenduri dgn melawat sanak sedara.simpan dl
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 04:22 PM | Show all posts
1st time nak pegi sabah next week tp masih xtau nk kemana...
huhuhu 3hr 2mlm je boleh buat apa ehhh....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 04:38 PM | Show all posts
h4ni3 replied at 26-4-2019 12:33 PM
Polumpung Malangkap tu paling best kalo stay overnight kat sana..berkhemah berkhemah bersama c nopal ...

khemah kena bwk sndiri pye ke or mmg ada kt sana utk disewa?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2019 04:39 PM | Show all posts
mrs_adr replied at 26-4-2019 04:22 PM
1st time nak pegi sabah next week tp masih xtau nk kemana...
huhuhu 3hr 2mlm je boleh buat apa ehh ...

Kalau 3D2N, saya cadangkan satu malam di Kundasang dan satu malam di KK

Di Kundasang banyak tempat menarik boleh dilawati, selain pemandangan cantik dan cuaca sejuk


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 04:46 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 26-4-2019 04:39 PM
Kalau 3D2N, saya cadangkan satu malam di Kundasang dan satu malam di KK

Di Kundasang banyak tem ...

kundasang blh suggest x apa lg yg blh pegi? selain dairy farm tu... sbb ramai ckp mcm xcukup masa je.. grab masa tiket murah lepas tu xtpikir plak 3h2m tu xckup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2019 04:57 PM | Show all posts
mrs_adr replied at 26-4-2019 04:46 PM
kundasang blh suggest x apa lg yg blh pegi? selain dairy farm tu... sbb ramai ckp mcm xcukup masa  ...

Wajib pergi ke Kinabalu National Park walaupun tak mendaki , depan Timpohon Gate tu ada pelantar cantik berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, cuaca dia pun sejuk, tempat mula pendaki naik.

Kemudian ada juga Poring Hot Spring , kolam air panas dan air terjun.

Kalau ada masa pergi ke Sabah Tea, view dia memang menarik, singgah Luanti tempat fish massage tu, ada masa cari mana2 Strawberry Garden.

Saya suggest cari Homestay area Mesilau, awal pagi cuaca sangat sejuk , fresh dan menghadap Gunung Kinabalu


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 05:06 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 26-4-2019 04:57 PM
Wajib pergi ke Kinabalu National Park walaupun tak mendaki , depan Timpohon Gate tu ada pelantar c ...

tqqqqqqqqqq... kalau ada lg suggest kan lg ehhh.... tqvm....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 08:15 AM | Show all posts
alaaaaa..bila nak sampai nih...bestnya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 03:44 AM | Show all posts
best yer Sabah. first and last pergi tahun 2016. pergi dengan sorang member.  emm aku rase klo nak percutian best kena pergi dengan member yang BEST.  aku ingat member aku tue best. hampeh betul. bila gi holiday same baru tau die teruk.fuhh.  dah 3 tahun lost contact.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.071434 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list