CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6195|Reply: 22

Tragedi Bot Penyelamat Terakhir Titanic

[Copy link]
Post time 2-5-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tidak semua penumpang kapal Titanic yang berjaya naik bot penyelamat depa dapat pulang hidup-hidup. Depa yang menaiki bot penyelamat juga mati walaupun mereka tidak tenggelam.

Kemalangan maut yang menimpa kapal Titanic Liverpool pada 107 tahun yang lalu meninggalkan sejumlah kisah menyedihkan dan mengerikan, salah satunya adalah dua buah kisah yang berkait dengan bot penyelamat terakhir kapal Titanic ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Remyda at 2-5-2019 01:22 PM



Yang bertanda X adalah bot penyelamat terakhir Titanic

Pada 13 Mei 1912 yakni satu bulan selepas kapal Titanic berlanggar dengan gunung ais dan tenggelam di Samudra Atlantik, dengan menggunakan teropong, kapten kapal Inggris RMS Oceanic telah menemukan tiga mayat lelaki di sebuah bot penyelamat kecil sekitar 200 batu dari lokasi nahas.



Gambar di atas adalah beberapa kru dari RMS Oceanic. Depa cuba mendekati bot penyelamat terakhir Titanic

Bot itu kemudian diidentifikasi sebagai Collapsible Boat A bermaksud bot penyelamat terakhir dari kapal Titanic sebelum tenggelam. Bot penyelamat terakhir itu tidak pernah diluncurkan dan ianya baru terlepas setelah kapal Titanic mulai tenggelam pada 12 April 1912 malam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2019 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts


Gambar atas ni hangpa boleh tengok kru dari RMS Oceanic di atas bot penyelamat Titanic yang terakhir atau 'Collapsible A' di Atlantik.

Laporan tentang penemuan bot penyelamat bernama 'Collapsible A' itu telah membantu para penyiasat untuk mengenal pasti 3 mayat tersebut dimana salah seorangnya adalah Thomson Beattie, seorang lelaki kaya dari Kanada dan turut merungkai satu lagi kisah yang lain berkaitan bot Collapsible A



Di atas ni adalah surat yang ditulis oleh seorang penumpang di atas kapal RMS Oceanic mengungkapkan keadaan tubuh yang membusuk ketika ditemukan

Dalam sepucuk surat penumpang kapal Oceanic yang tidak diketahui identitinya menulis,

"Saya melintas Samudra Atlantik satu bulan setelah bencana menimpa Titanic. Kami mengangkat sebuah bot yang di dalamnya ada tiga mayat penumpang Titanic yang sudah tidak dikenali, seorang memakai jas dan dua lainnya adalah pemadam kebakaran." Semua bantuan datang dari kru kapal Oceanic. Mayat-mayat itu dibacakan doa dan kemudian dikuburkan sementara bot itu dinaikkan ke dek."

Bersama surat itu, terdapat tiga foto hitam-putih yang memaparkan proses menyelamat dan mengangkat bot terakhir Titanic. Di bot terakhir Titanic, ditemukan juga cincin khawin milik Gerda Lindel yang bertuliskan 'Edward untuk Gerda'.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts


Jadi siapakah pasangan Edvard Dan Gerda Lindel ini?

Edvard adalah seorang buruh yang ingin membawa isterinya Gerda ke tempat yang lebih baik di AS dengan harapan masa depan mereka akan lebih cerah disana. Mereka meninggalkan Sweden kemudian datang ke Southampton dan membeli tiket kelas tiga Titanic.

Saat Titanic melanggar gunung ais, Lindels cuba memanjat ke tempat yang selamat namun tidak mampu sampai kepuncaknya. Gerda kemudian terjatuh dari dek setelah memegang tangan suaminya.

Suaminya yang masih tetap memegang cincin khawin ditangan meninggal dunia tidak lama kemudian dan jasadnya kemudian dilempar ke dalam laut untuk meringankan Collapsible A yang sudah terlebih muatan



Inilah cincin kahwin Edvard & Gerda

Cincin kahwin ini ada tulisan 'Edvard to Gerda' kemudian ditemukan di bot terakhir itu dan diberikan kepada keluarga Gerda.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts


Kisah Thomson Beattie pula

Beattie adalah seorang yang kaya-raya dari Kanada & masih bujang. Beattie melakukan perjalanan dari Kanada ke Perancis untuk percutian musim panas. Namun, niatnya untuk tinggal di Perancis lebih lama tidak tercapai kerana seorang rakannya jatuh sakit.

Beattie kemudian membeli tiket terakhir Titanic untuk kembali ke Amerika Utara. Beattie menulis sepucuk surat kepada ibunya dan memberitahu tentang perjalanannya dari Eropah & dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan kapal yang tidak akan tenggelam.

Beattie membayar sejumlah wang untuk mendapatkan kabin di antara beberapa orang terkaya di kapal Titanic. Setelah Titanic berlanggar dengan gunung ais, Beattie termasuk di antara orang-orang pertama yang berjaya mendapatkan bot penyelamat

Walaupun berjaya mendapatkan bot penyelamat, namun beliau meninggal dunia kerana cuaca yang terlampau sejuk bersama dua petugas pemadam kebakaran beberapa ratus batu jauhnya dari lokasi nahas



kubur Beattie di Furgus

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts


Semasa tragedi itu, dianggarkan 30 penumpang yang sedang berenang di laut berupaya menggapai bot terakhir itu. Namun, sebahagian besar menyerah kalah lalu meninggal dunia kerana tidak tahan dengan air laut yang sangat sejuk manakala 12 orang lainnya diselamatkan oleh bot penyelamat yang lain.

Surat, foto, dan cincin kahwin yang menjadi saksi bisu kecelakaan Titanic & penyelamatan bot terakhir kapal nahas itu kemudian dilelong di rumah Henry Aldridge and Son, Devizes, Wiltshire, Inggris. Semua koleksi Titanic tersebut anggaran berjumlah sekitar 3,000 pound sterling

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-5-2019 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts


Kisah Titanic telah diadaptasi dalam filem A Night To Remember pada tahun 1958. Dikatakan filem ini lebih tepat & terperinci tentang tragedi yang menimpa Titanic.

Dan ia merupakan filem pertama kemalangan Titanic.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Info tambahan :


Jasson King Fans Official
.
.
Gambar ini adalah para juruteknik kapal Titanic yang bertanggungjawab untuk menjaga semua peralatan mekanikal termasuk mesin dan generator berjalan dengan baik selama pelayaran.

Pada pelayaran pertama & terakhirnya, Titanic telah bawa 25 orang juruteknik bersama pekerja elektrik dan penjaga boiler. Apa yang menyedihkan, ketika Titanic tenggelam, kesemua mereka tetap bertahan di bawah dek untuk memastikan kapal dapat terapung selama yang boleh.

Pam air di ruangan bilik hadapan terus berjalan dan bilik boiler terus menghasilkan wap yang mengalirkan elektrik hingga dua minit terakhir sebelum Titanic tenggelam.

Walaupun kesemua mereka mati, tetapi tindakan depa membuatkan kapal mampu menambah waktu terapung selama satu jam. Selama tempoh itu banyak nyawa yang dapat diselamatkan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2019 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 2-5-2019 01:49 PM
Info tambahan :



Kesiannya dekat dorang, selfless. Interesting cerita tentang titanic ni. Yang filem rose and Jack tu fiksyen kut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 2-5-2019 09:05 PM
Kesiannya dekat dorang, selfless. Interesting cerita tentang titanic ni. Yang filem rose and Jack  ...

Jack & rose tu adaptasi juga dari kisah sebenar titanic. Tetapi telah diedit sedikit dengan kisah percintaan. Kisah sebenar adalah pengorbanan bapa untuk anak nya
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 2-5-2019 09:15 PM
Jack & rose tu adaptasi juga dari kisah sebenar titanic. Tetapi telah diedit sedikit dengan kisah  ...

Really, Jack and Rose betul tu bapa Dan anak? Have never heard this before.

Teringin Nak tengok harta karun titanic Sebab orang kaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 2-5-2019 09:19 PM
Really, Jack and Rose betul tu bapa Dan anak? Have never heard this before.

Teringin Nak tengok ...

Harta depa memang banyak.Juga ‘Biskut paling berharga di dunia’ yang masih disimpan selepas kapal Titanic karam pada 1912 dijual dengan harga 15,000 pound (RM98,000) dalam lelong yang diadakan di United Kingdom, manakala bongkah ais yang menyebabkan nahas berkenaan dijual dengan harga 21,000 pound (RM137,000).

Jurulelong Andrew Aldridge dari firma lelong Henry Aldridge & Son berkata, biskut kering Spillers and Bakers Pilot itu yang ditemui dalam kit kecemasan dalam bot keselamatan dijual kepada pengumpul di Greece dan jauh menjangkaui harga jangkaan iaitu antara 8,000 hingga 10,000 pound (RM52,000-RM65,000).

Biskut itu disimpan James Fenwick, penumpang kapal Carpathia yang datang membantu mangsa Titanic yang terselamat. Dia menyimpannya dalam sampul yang ditulis ‘Biskut Pilot dari bot keselamatan Titanic, April 1912.’

Gambar bongkah ais berkenaan pula dijual jauh menjangkaui 10,000 hingga 15,000 pound (RM97,000) yang dianggarkan pada awalnya.

Harini tak dapat upload photo. Dah habis limit, esok aku upload.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 2-5-2019 09:40 PM
Harta depa memang banyak.Juga ‘Biskut paling berharga di dunia’ yang masih disimpan selepas kapa ...

Omg thanks for the information. Esok  upload ya, nak tengok. Tengok cincin tadi pun cantik. Pinggan mangkuk, jewellery Mesti Ada. Best nya 100 tahun Dulu mereka Dah cruise mewah, atuk nenek kita Baru belajar rumah kayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2019 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Remyda at 3-5-2019 07:35 AM
nurrlisa replied at 2-5-2019 09:44 PM
Omg thanks for the information. Esok  upload ya, nak tengok. Tengok cincin tadi pun cantik. Pingga ...


Cincin & beberapa koleksi yang berjaya ditemui :




Temuan barang harta karun dari bangkai kapal Titanic yang tenggelam di Samudera Atlantik tahun 1912. Harta karun ini dipamerkan di  Atlanta & dipamerkan juga Orlando dan Las Vegas.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2019 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 2-5-2019 09:44 PM
Omg thanks for the information. Esok  upload ya, nak tengok. Tengok cincin tadi pun cantik. Pingga ...



Ini pula gambar biskut & bongkah ais yang aku explain tu. Biskut dijual dengan harga 15,000 pound (RM98,000) dalam lelong yang diadakan di United Kingdom. Manakala bongkah ais yang menyebabkan nahas berkenaan dijual dengan harga 21,000 pound (RM137,000).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 3-5-2019 07:17 AM
Cincin & beberapa koleksi yang berjaya ditemui :



Cantiknyaaaaaaaaa cincin tu, especially yang no 3. Untung lah siapa yang bid. Thanks for sharing. I Selalu imagine dalam laut tu Mesti macam macam harta Ada. Kapal tenggelam, plane crash. Cincin diamond besar besar. Seronok nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2019 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 3-5-2019 07:27 AM
Ini pula gambar biskut & bongkah ais yang aku explain tu. Biskut dijual dengan harga 15,000 po ...

Tahan lama biskut tu ya. Walau Ada nilai sejarah I don't understand spending that much on it. Lain La cincin cincin tu, cantik nya omg
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem ea Beattie tu...mcm iras zac efron
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 2-5-2019 09:19 PM
Really, Jack and Rose betul tu bapa Dan anak? Have never heard this before.

Teringin Nak tengok ...

Mahap ada pembetulan sedikit. Kisah bapa & anak itu memang ada kisah sebenaq juga. Tapi jack & rose ini berkisah tentang seorang janda yang mempunyai 2 orang anak. Tentang cinta tiga segi juga la. Tapi tadak la kisah berlainan darjat tu. Depa tambah sikit la kut bagi tragis pilem titanic tu



Okey janda ni nama Hellen churchill candee. Umoq dia masa ni pun dah 50-an. Jauh beza la dari rose tu. Tapi manehnya tu ada la



Hat ni pula nama hugh woolner. Pembekal karya karya seni asal Inggeris.Helen lebih berkenan kat woolner ni. Tang keperibadian & juga woolner ni lebih muda dari laki sorang lagi ( edward. A.Kent)



Ni Edward.A.Kent memang berkenan kat Helen tu. Dia ni mati & jasad ditemui membeku dalam nahas titanic

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 05:41 PM | Show all posts
wah best2 tq2 share info psl titanic ni..kalau dpt byk pic
lg seronok lah tgk..tq tt share..ada lg share lah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.115827 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list