CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13183|Reply: 55

Budak Korea Yang Dijaga Askar Turki

[Copy link]
Post time 2-5-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Perang Korea telah tercetus pada 25 Jun 1950 dan berakhir pada 27 Julai 1953. Perang ini tercetus apabila seramai 75,000 askar dari Democratic Peoples Republic of Korea telah melintasi garisan “38th parallel boundary” yang memisahkan antara Korea Utara dan Korea Selatan.

Korea Utara mendapat sokongan dari Soviet Union dan Korea Selatan dari Barat khususnya Amerika Syarikat. Pada ketika itu, kerisauan akan berlaku Perang Dunia 3 telah memuncak dengan gerakan komunis yang menular ke seluruh dunia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok sambung. Dah lebih limit untuk upload photo

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 07:41 PM | Show all posts
Remyda replied at 2-5-2019 07:08 AM
Esok sambung. Dah lebih limit untuk upload photo

Hok alohhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2019 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts


Disebabkan itu, berlakunya Perang Korea sebagai penyebab untuk membanteras penularan kuasa komunis ke tempat lain. Untuk pengetahuan, angka kematian dari Perang Korea adalah anggaran sebanyak 5 juta, meskipun Perang Korea berlangsung hanya selama 3 tahun.

Perang ini tamat dengan persetujuan genjatan senjata dan penguatkuasaan semula garisan 38th parallel boundary. Korea Selatan telah diberikan 1,500 sm tanah dan kawasan sempadan sepanjang 2 batu telah ditetapkan sebagai “ demilitarized area” hingga hari ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2019 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts


Kisah Suleyman Dilbirli & Ayla

Suleyman Dilbirli adalah seorang askar berpangkat sarjan berasal dari Kahraman yang di tugaskan di Iskenderun dibawah unit penyeliaan kenderaan dan jentera ketenteraan.

Selepas tercetusnya perang Korea, Turki menjadi salah sebuah negara yang terawal menghantar kumpulan askar pengaman di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Korea.

Pada tarikh 17 September 1950, seramai 5090 askar Turki telah bertolak ke Korea dengan menaiki kapal perang Amerika Syarikat. Bridget tersebut diketuai oleh General Tahsin Yazici. Mereka tiba di Korea & disambut oleh Nuran seorang pegawai penterjemah untuk askar Turki.

Seterusnya, mereka berkonvoi ke kawasan kem mereka yang baru sebelum diserang oleh sekumpulan tentera lawan. Kenderaan yang membawa mereka rosak diletupkan tentera lawan. Pada ketika mereka perlu berjalan pulang ke kem, kedengaran bunyi sayup-sayup didalam semak



Pada awalnya mereka beranggapan suara itu dibuat oleh tentera lawan dan berada dalam keadaan sedia untuk menyerang. Pada saat itu, Suleyman menuju ke semak berhampiran dan menjumpai seorang kanak-kanak diatas timbunan mayat dalam keadaan kesejukan.

Beliau menghampiri kanak-kanak tersebut dan mendukung lalu dibawa untuk berjumpa dengan tentera yang lain. Apabila ditanya bagaimana mahu memanggil kanak-kanak tersebut, beliau berkata

"saya namakan dia AYLA kerana wajahnya bagaikan bulan mengambang yang cerah dimalam hari."

Ayla dijaga seperti anak dan adik oleh tentera Turki. Dialah penyeri di kem mereka yang memberi kebahagiaan dan membuatkan mereka lupa yang mereka berada di medan perang sedangkan kawasan konflik terletak hanya beberapa km dari kem tersebut.

Ayla diberi makan, pakaian dan diajar bahasa Turki sehingga dia mampu menterjemahkan bahasa Korea ke Turki. Ayla tinggal di kem tersebut hampir 15 bulan. Sampai satu ketika, kumpulan pengaman Turki perlu pulang kerana sudah tamat tempoh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2019 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts


Disini bermula sedikit konflik apabila Suleyman tidak mahu pulang kerana tidak tahu apa perlu dilakukan dengan Ayla selain tidak sanggup berpisah. Ayla kemudian dihantar ke sekolah Ankara yang dibuka atas jasa orang Turki.

Seterusnya saat beliau diarah pulang, Suleyman merancang membawa Ayla dengan meletakkan Ayla didalam beg. namun rancangan itu gagal apabila tiba di pelabuhan. Saat itu kata-kata yang menyayat hati disebutkan beliau pada Ayla

"Jangan menangis, saya berjanji saya cari awak semula satu hari nanti”.  

Setelah itu, hari-hari Suleyman di Turki adalah mencari Ayla. sehingga ke tua dia masih mencari peluang untuk berhubung dengan anak angkatnya itu. Setiap hari, setiap saat, beliau tidak melupakan Ayla.

Sehingga satu ketika pada tahun 1999 gempa bumi yang teruk telah melanda Turki. Kumpulan sukarelawan dari Korea datang ke Turki dan mendapat liputan media tempatan. Beliau mengharap Ayla ada datang membantu serta mencari dirinya itu



Gambar di atas adalah ketika Piala Dunia 2002

Kemudian pada tahun 2002, perlawanan piala dunia Turki menentang Korea berlangsung di Korea Selatan. Suleyman merakam video perlawanan tersebut dan mengamati setiap wajah orang Korea yang menghadiri ke Stadium dan Suleyman menonton berkali-kali sehingga ke pagi dengan harapan dapat mengecam Ayla.

Saat yang memberi sinar harapan buat beliau adalah ketika beliau menerima jemputan untuk menghadiri majlis ulangtahun ke 60 perang Korea. Ketika itu, beliau ditemuramah oleh sekumpulan wartawan dan menyatakan hasrat beliau untuk bertemu dengan anak angkatnya sebelum beliau menutup mata.

Usaha dijalankan oleh wartawan dan pengkaji dari Korea dan Turki untuk menjejaki anak angkatnya. Pada mulanya, semuanya menjumpai jalan buntu kerana dokumen yang terdapat di Turki banyak sudah musnah disebabkan kebakaran besar.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-5-2019 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts


Jadi, siapah wanita di atas ini ?

Akhirnya  pencarian mereka berhasil apabila mereka mendapati dokumen di Arkib Korea Selatan mengenai maklumat pelajar Sekolah Ankara dan didalam itu ada ditulis Ayla namanya ditukar kepada Kim Eun Ja. Pencarian memberi sinar apabila mendapat maklumat dari bekas pelajar Sekolah Ankara.

Ada diantara mereka yang mengenal pasti Ayla yang sentiasa hadir ke perjumpaan alumni sekolah tersebut. Dari situ pengkaji tersebut telah pergi ke rumah Ayla yang terletak diluar kawasan Seoul dan membawa gambar-gambar Suleyman bersama.

Saat itu, Ayla menangis sebak dan berkata itu ayah saya, dimana dia , adakah dia sihat?  Tidak lama kemudian khabar gembira itu disampaikan kepada Suleyman dan beliau diterbangkan ke Seoul untuk pertemuan semula dengan anaknya itu



Gambar di atas sewaktu kali pertama berjumpa setelah 60 tahun pada tahun 2010

Penantiannya selama 60 tahun untuk bertemu semula dengan anak perempuannya itu berhasil. Sesungguhnya saat itu Suleyman kelihatan agak gementar  kerana beliau tidak tahu bagaimana agaknya rupa anaknya sekarang.

Setelah sampai di sebuah taman, beliau berdebar dan kemudian dari jauh beliau melihat seorang wanita bersama keluarga datang kearahnya. Beliau berdiri & terus berjalan kearah anaknya itu dan akhirnya mereka menangis bersama sama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2019 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2019 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts


Kisah Suleyman dan Ayla telah diadaptasi dalam Filem Ayla pada bulan 10 tahun 2017 dan agak mendukacitakan 2 bulan kemudian Suleyman meninggal dunia.



Okey. Atas ni sedikit adegan dalam filem itu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts


Suleyman meninggal dunia pada 7 disember 2017 di sebuah Hospital di Istanbul Turki.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 2-5-2019 10:56 PM
Jadi, siapah wanita di atas ini ?

Akhirnya  pencarian mereka berhasil apabila mereka mendapat ...

Ingatkan ayla tu lelaki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2019 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 3-5-2019 07:08 AM
Ingatkan ayla tu lelaki

Ramai sangka Kanak Kanak tu lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 09:05 AM | Show all posts
huhuu  sedihnya cerita... tapi happy ayla dpt jumpa bapa dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 10:01 AM | Show all posts
Sedih dan gembira akhirnya dapat bertemu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 12:37 PM | Show all posts
apa ni...apa ni.... mata masuk habuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 01:13 PM | Show all posts
macam dah ade benang ni.. tapi bace banyak kali pon tetap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2019 01:29 PM | Show all posts
sedihnyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 03:20 PM | Show all posts
air mata non stop lah pl..akhirnya Suleyman dpt jg jumpa
sblm meninggal dunia..dpt jg jumpa setelah 60thn..lama bertahan
sbb nak jumpa anak angkat dia kan..sedih2 sgt +gembira..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak plak thread best di kala mak nora sdg bz
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 08:35 PM | Show all posts
adoiiii sedih lah pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.403427 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list