View: 2983|Reply: 14
|
Penyelidikan Terlama Dalam Sejarah : Berakhir Pada Tahun 2514
[Copy link]
|
|
Projek mikrobiologi ini nampaknya akan memecahkan rekod sebagai ujikaji dengan waktu paling lama iaitu 500 tahun. Projek ini bermula pada tahun 2014 dan akan selesai pada tahun 2514 nanti.
Masih perlu 495 tahun lagi untuk mengetahui hasil akhir ujikaji tersebut. Tentu ada yang akan tertanya-tanya, mengapa ianya berlangsung begitu lama? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-5-2019 09:46 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Momod puan @noraidil_06 tumpang tanya. Apesal dah tak boleh upload photo. Tak silap dulu takda limit pun upload photo kan |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai kopi pes. Aku tak nampak pon tered ni ada kaitang dengan bod ni. Mod sila humban ke peristiwa donia ka kongsi tular ka.... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-5-2019 10:08 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
OttoVonBismark replied at 3-5-2019 09:54 AM
Lobai kopi pes. Aku tak nampak pon tered ni ada kaitang dengan bod ni. Mod sila humban ke peristiwa ...
Kemain marah hang ni. Eh tak macam marah. Macam eksen
Oic mana aku tahu ada bod lain. Tak habis explore pun kui kui kui. Momod sila letak ke bod yang sesuai. Dan mohon jawab pertanyaan aku
Jenuh la nak nunggu esok pula baru bole upload
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia eksen campur concern la tu.
aku pun tak nampak apa relavan thread ni kat dalam ni. aku move. jap tengah pikir kemana nak move.
|
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 3-5-2019 09:46 AM
Momod puan @noraidil_06 tumpang tanya. Apesal dah tak boleh upload photo. Tak silap dulu takda limit ...
Eh boleh je. Jap @admin6 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-5-2019 11:20 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
noraidil_06 replied at 3-5-2019 11:04 AM
Eh boleh je. Jap @admin6
Dia tulis dah lebih limit untuk daily. Pic semua saiz besaq la kut na |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-5-2019 07:12 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Menurut alasan saintis, projek ini ingin mendapatkan jawapan berapa lama mikroba dapat bertahan hidup. Ujikaji ini merupakan projek dari University of Edinburg. Mereka menempatkan 400 botol bakteria Bacillus subtilis dalam keadaan kering sehingga membentuk spora(serbuk halus).
Botol kemudian ditutup rapat dengan timah untuk melindunginya dari radiasi karbon atau sinar kosmik yang dapat menyebabkan kerosakan DNA.
"Adakah mikroba akan bertahan lama atau ada sebahagian yang akan mati terlebih dahulu. Ini akan menjadi eksperimen ilmiah terlama yang pernah dibuat," kata Ralf Mller, yang mengetuai kajian ini dari the German Aerospace Center.
Dalam percubaan tersebut, setiap dua tahun (untuk 24 tahun pertama), satu set botol akan dibuka untuk melihat bagaimana spora itu bekerja. Setelah 24 tahun pertama, pemeriksaan berkala akan dikurangkan menjadi satu kali setiap 25 tahun hingga tahun 2514.
Pada tahun 2016, 1 set botol sudah dibuka dan hasilnya sudah diterbitkan. Penyimpanan selama dua tahun tidak membuat perbezaan, sampel juga tidak terpengaruh dengan paparan sinar-X, sinar ultraviolet, hidrogen peroksida, dan suhu tinggi. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-5-2019 07:13 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Memeriksa bakteria-bakteria itu mudah. Namun, bahagian yang sukar adalah untuk memastikan seseorang akan terus melakukannya mengikut jadual dengan baik di masa hadapan.
Para pengkaji berhasrat meninggalkan arahan projek itu dalam USB. Namun, itu pasti tidak akan berjaya kerana mengingatkan teknologi digital kebiasaan tidak mampu bertahan lama.
Selain itu, mereka juga merasakan meninggalkan arahan di atas salinan kertas bukan sesuatu yang tepat kerana kertas tidak dapat bertahan selama 500 tahun. Ianya pasti akan menguning dan hancur.
Tidak ada strategi yang akan sepenuhnya selamat 500 tahun kemudian. Jadi, para pengkaji diminta menyalin arahan setiap waktu 25 tahun agar tetap relevan secara linguistik dan teknologi, sambil berharap ujikaji ini akan terus ada dan tidak dilupakan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ok nanti saya bincang dengan IT
|
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 3-5-2019 09:46 AM
Momod puan @noraidil_06 tumpang tanya. Apesal dah tak boleh upload photo. Tak silap dulu takda limit ...
Uols ni bkn bod iols lg. Dh lm meletakkan jawatan |
|
|
|
|
|
|
|
OttoVonBismark replied at 3-5-2019 09:54 AM
Lobai kopi pes. Aku tak nampak pon tered ni ada kaitang dengan bod ni. Mod sila humban ke peristiwa ...
Koya best arr mung |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-5-2019 05:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
noraidil_06 replied at 7-5-2019 05:16 PM
Uols ni bkn bod iols lg. Dh lm meletakkan jawatan
Tidak mengapa. Btw Selamat berbuka puasa puan momod
|
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 7-5-2019 05:26 PM
Tidak mengapa. Btw Selamat berbuka puasa puan momod
U too. Keep posting ye |
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 4-5-2019 07:13 AM
Memeriksa bakteria-bakteria itu mudah. Namun, bahagian yang sukar adalah untuk memastikan seseor ...
Menarik..taip je kt kertas and then laminate paperwork tu..msti boleh bertahan lama punya |
|
|
|
|
|
|
| |
|