View: 8442|Reply: 46
|
King George VI - Raja Yang Gagap
[Copy link]
|
|
Edited by Remyda at 14-5-2019 12:43 PM
Nama sebenar raja George VI ialah Albert Frederick Arthur George Windsor. Beliau merupakan Raja Kerajaan Britania Raya dan Ireland Utara dari 1936 hingga 1952. Beliau dilahirkan di Istana Sandringham, Norfolk sebagai anak kedua Raja George V. George VI dididik di Trinity College, Universiti Cambridge dan Royal Navy College di Isle of Wight
Pada 1923, beliau berkahwin dengan Puteri Elizabeth Bowes-Lyon dan melahirkan dua puteri iaitu Elizabeth Alexandra Mary yang kemudiannya menjadi Ratu Elizabeth II dan Margaret Rose.
George VI memang tidak pernah berharap menjadi Raja Inggris kerana beliau sedar akan penyakit gagap yang dialaminya sejak berusia 8 tahun. Tidak mungkin beliau mampu memimpin sebuah negara sebesar Inggris, sementara berbicara di hadapan umum saja sudah jadi perjuangan berat buatnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-5-2019 12:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
George VI
George VI & Isterinya, Elizabeth Bowes-Lyon
Namun, takdir telah menentukan George VI harus segera naik tahkta selepas abangnya Edward VIII yang seharusnya berkuasa, rela turun tahkta pada tahun 1936 kerana lebih memilih untuk berkahwin dengan seorang janda keturunan Amerika. Hal itu sudah pasti akan mencemarkan kerajaan.
Abangnya, Edward VIII, dilihat lebih berkarisma, tampan, dan lancar berbicara. Namun abangnya tidak pandai mengenai politik dan memiliki jiwa yang sedikit kejam kerana sering mengejek masalah gagap yang dialami adiknya itu. Manakala George VI lebih mempunyai harga diri dan mental yang kuat daripada abangnya, cuma gagap saja yang menjadi musuh utamanya.
Edward VIII
Pada masa pemerintahannya, radio pertama kali digunakan. Teknologi yang paling canggih pada masa itu menjadikannya dapat berbicara secara langsung kepada rakyatnya seakan-akan berada pada ruangan yang sama. Disebabkan adanya teknologi ini, membuatkan George VI tidak dapat lagi dapat merakam pidato yang telah diedit sebelum diperdengarkan kepada rakyatnya.
Ini kerana, saat berpidato beliau harus menggunakan microphone tanpa editing walaupun penyakit gagapnya masih belum hilang. Ini menyebabkan pidatonya hanya akan berakhir dengan malu dan diam. Beliau telah berusaha menemui beberapa doktor untuk menyembuhkan penyakitnya namun tidak berhasil.
12 Mei 1937: keluarga Diraja dari balkoni Istana Buckingham selepas penobatan Raja George VI.
Dari kiri:Quen Elizabeth I, Princess Elizabeth, Queen Mary the Queen Mother, Princess Margaret dan King George
Hingga akhirnya, isteri Albert bertemu Lionel Logue, seorang terapi bicara dari Australia yang pada akhirnya menjadi rakan baik Albert kerana dapat mengurangkan kegagapan yang dialaminya itu. Keduanya bertemu pada 19 Oktober 1926 di bilik mesyuarat milik Logue yang berada di Harley Street.
Setelah melakukan beberapa terapi, Logue menemukan bahawa penyakit George Vl berasal dari fizikal berbanding psikologi dan ianya dapat diubati dengan latihan pernafasan dan mengucapkan togue twisters yang berbunyi:
“I have a sieve full of sifted thistles and a sieve full of unsifted thistles, because I am a thistle sifter.” Dengan latihan ini, George menjadi lebih percaya diri, tenang, dan gagapnya berkurang.
Lionel Logue
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-5-2019 12:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Raja George VI kemudiannya harus menyampaikan pidato deklarasi keterlibatan Inggris dalam perang dunia ll berlawan Nazi Jerman pada 3 September 1939. Pidato tersebut disiarkan melalui radio ke seluruh negeri.
Selama siaran berlangsung, pakar terapinya, Lionel Logue, berada dalam sebuah ruangan mendampingi raja George.
Pidato selama hampir 6 minit tersebut dilakukan dengan baik oleh Raja George VI. Kerana kejayannya itu, beliau mendapat sambutan hangat dari rakyat dan anggota kerajaan. Sejak hari itu, raja dan ratu sering memberikan dukungan berupa pidato dan melakukan kunjungan ke seluruh negeri-negeri.
Setelah Perang Dunia II tamat, pada 2 September 1945, keluarga kerajaan berkunjung ke Afrika Selatan. Namun, kunjungan ke Australia dan New Zealand harus ditunda kerana Raja George VI jatuh sakit pada 1949. Walaupun sakit, beliau terus melakukan tugas negara hingga meninggal dunia pada tahun 1952 di usia 56 tahun.
Makam George VI dan isterinya di St George's Chapel, Windsor Castle
Jawatannya sebagai Raja Inggris digantikan oleh puteri sulungnya, Ratu Elizabeth II, pada Jun 1953 hinggalah sekarang.
(Berdasarkan sebuah kisah benar)
Kisah Raja George VI telah diadaptasi dalam sebuah filem berjudul The King's Speech pada tahun 2010.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
keturunan dorang ni memang gene bermasalah..George III..gila lansung.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah tengok cerita the king speech tu. memang best. tambah tambah lakonan si barbosa tu memang menjadi. hehehe barbosa .... |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu selalula post thread baru dalam ni ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-5-2019 07:09 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
puteribaya replied at 14-5-2019 04:41 PM
keturunan dorang ni memang gene bermasalah..George III..gila lansung..
Kalau rajin kaji susur galur depa ni, adalah dari keturunan firaun. Dan seperti yang kita tahu, depa mengamalkan pembiakbakaan dalaman (in breeding) bagi mengekalkan ketulenan darah keluarga depa.
So boleh dikatakan, pembiakbakaan ni memang diamalkan dalam setiap dinasti di dalam tamadun mesir purba. Firaun pi kahwin Adik beradik, kahwin anak buah. Pasainya ada kepercayaan kuno yang depa pegang. Depa percaya dewa osiris pi kahwen dengan Adik perempuan sendiri iaitu dewi isis.
Tapi bila dah kahwin sesama ahli keluarga ni memang akan menghasilkan baka tidak sihat & kerosakan genetik. Dan hasil dari kajian juga mendapati dari hubungan ini, ada salah satu dari dinasti dari tamadun mesir telah terhenti keturunannya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-5-2019 07:10 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
noraidil_06 replied at 14-5-2019 07:57 PM
Nice thread buddy
Thank u Nora
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-5-2019 07:11 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
winamp05 replied at 17-5-2019 03:30 AM
aku pernah tengok cerita the king speech tu. memang best. tambah tambah lakonan si barbosa tu memang ...
Ya. Memang best & banyak dapat award cita tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 14-5-2019 12:41 PM
Raja George VI kemudiannya harus menyampaikan pidato deklarasi keterlibatan Inggris dalam perang dun ...
My lecturer recommended me to watch this movie..rasanya aiolzs mcm tak tgk lagi..hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
suka baca kisah2 royalty ni |
|
|
|
|
|
|
|
winamp05 replied at 17-5-2019 03:31 AM
Selalu selalula post thread baru dalam ni ye.
Senduuu |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik jugak cerita ni. Didnt know this. Hahaha banyak pulak benda I tak tau. Nampak cerita the Kings Speech ni, tapi tak pernah berminat nak tengok. Okay, kena download jugak. Rupanya ini ayah QE. Handsome orangnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
betul..inbreeding..cuba baca pasal Hasburg Royal Family..ngeri tenguk muka masing2 dah hampir cacat,..hasil dari perkahwinan sedarah ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg tampan si Edward ni.
Terima kasih kepada pakar terapi, George dah tak gagap sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
verry sure ko kena tengok cita tu lisa. meletop letop best dia
|
|
|
|
|
|
|
|
ok lagi la dari orang yang tak habih habih nuleh pasal kehebatan bangsa dia yang gagal dan hamper pupos hari ni. bukak thread tadak view tadak reply. muntahhh orang tengok bugis kehulu kehiler
|
|
|
|
|
|
|
|
Okay nanti download tengok malam raya!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|