Ahli-ahli sejarawan bersetuju bahawa salah satu daripada konflik yang paling membawa maut dalam sejarah manusia adalah Perang Dunia I, yang telah berlangsung di antara 28 Julai 1914 sehingga 11 November 1918, dan telah mengakibatkan kematian lebih 16 juta manusia.
Ianya adalah perang "modern" yang pertama, menggunakan kereta kebal dengan meriam yang kuat, kapalterbang, mesingan dan gas racun.
Paling teruk bagi askar-askar adalah peperangan dari parit, di mana pasukan-pasukan tentera akan menembak satu sama lain dari parit yang dalam yang telah digali sepanjang ratusan batu. Kehidupan dalam parit yang berlumpur dan penuh penyakit itu teruk.
Untuk meninggalkan parit, akan membawa risiko ditembak dan dibunuh. Jarak di antara dua parit bertentangan itu dikenali sebagai "No Man's Land" dan bertaburan dengan mayat askar.
Author|Post time 18-5-2019 07:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Askar-askar berlindung dalam parit semasa Perang Dunia I
Pada malam sebelum Krismas 1914, di sepanjang barisan depan Barat peperangan di Flanders, Belgium, suatu keajaiban telah terjadi. Di satu pihak, askar-askar Inggeris dan Perancis sedang berlindung di parit mereka.
Di satu pihak lagi, tentera Jerman melakukan benda yang sama. Perang telah berlangsung selama lima bulan. Malam itu sejuknya sampai menggigit jari.
Tiba-tiba seorang askar Inggeris yang sedang memerhatikan garisan depan musuh Jerman terlihat sebatang pohon fir yang kecil dan dihiasi dengan lilin yang berkerlipan. Dia membetulkan teropongnya dan melihat lebih teliti dengan tidak percaya.
kemudian datanglah askar Jerman melintasi tanah No Man's Land yang sejuk beku, sambil menyanyi "Stille Nacht, Heilige Nacht..." mula-mulanya secara lembut dan perlahan, kemudian semakin kuat pada setiap rangkap baru. Walaupun mereka menyanyi dalam bahasa yang asing, irama itu dan mesejnya semestinya tidak asing lagi.
Askar-askar British dan Perancis kemudian memberi respon dengan menguatkan suara mereka dan bernyanyi "Silent Night, Holy Night..." Tentera-tentera itu berbalas-balas rangkap dalam bahasa Inggeris dan Jerman berulangkali. Itu terjadi selama beberapa minit.
(Askar-askar kedua pihak bertemu di tengah medan perang, 25 Dis 1914)
Kemudian dari parit sebelah Jerman, seorang askar mengangkat satu papan tanda yang tertulis, "YOU NO SHOOT, WE NO SHOOT" (Kamu tak tembak, kami tak tembak).
Askar-askar British dan Perancis kemudian membalas dengan melambaikan satu panji lusuh yang tertulis "MERRY CHRISTMAS"
Dengan berhati-hati, askar-askar yang bersenjata itu mula muncul dari parit-parit mereka. Secara perlahan-perlahan mereka melintasi No Man's Land yang digeruni itu, sehingga mereka bertemu wajah dalam suasana udara amat sejuk itu.
(Askar German dan British berkongsi rokok)
Untuk seketika, askar-askar yang terlatih itu bagai tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kemudian dengan rasa serba-salah, mereka menghulurkan tangan dan bersalaman.
Mereka menepuk bahu satu sama lain. Mereka berpelukan. Ada yang mengalihkan pandangan mereka, untuk menyembunyikan tangisan air mata.
Mereka mengizinkan satu sama lain untuk membawa mayat askar mereka masing-masing untuk dikebumikan dengan sewajarnya. Mereka bertukar-tukar tawanan.
(Askar-askar Jerman dan British bermain bola sepak di medan perang, 25 Dis 1914)
Kemudian pada malam itu dan sepanjang Hari Krismas, mereka menyanyi lagu-lagu karol, bertukar-tukar hadiah kek, coklat, biskut, jam, daging lembu dan daging babi dalam tin, surat khabar, poskad dan wain. Mereka juga mengadakan satu perlawanan bola sepak secara spontan di medan perang itu.
"Untuk sedetik, Tuhan yang penuh kemurahan sekali lagi berkuasa di sudut bumi ini," seorang pegawai Perancis mengingati.
Kejadian pada hari Krismas 1914 itu adalah kasih dan damai luar biasa yang telah memecahkan benteng dan menyentuh hati manusia dengan cara yang hebat dan berkuasa walaupun ianya hanya bertahan untuk semalaman dan sehari.
Kisah mereka kemudian diadaptasi dalam filem Joyeux Noel pada tahun 2005.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Interestingnya cerita ni, thank you for sharing. Tak pernah tau pun, and tak tau sangat pasal WWI. I think history banyak focus pada WW2. Soalan bodoh, kita di Malaysia involve ke yer WWI ni. Memang tak familiar.
I can imagine mereka mesti happy menyambut Christmas walau tanpa family. Christmas ni memang ada a spirit to it, a very joyous occasion. Lepas tu esok apa jadi, mereka terus perang ke? Nanti nak carik movie ni, download.
Soalan bodoh, kita di Malaysia involve ke yer WWI ni. Memang tak familiar.
Ade bro..
Dikenali sebagai " Pertempuran giler babi di P.Pinang"..
Cuba ko bayangkan..
hanya sebuah kapal perang jerman saje iaitu SMS Emden datang sorang diri mengempur kubu british di penang..
pertempuran giler babas yg menewaskan 2 buah kapal pihak bersekutu iaitu Zhemchug dari Russia dan Mousquet dari Peranchis..
Kira 3 vs 1 la nie..
Yup... hitler terlibat dlm perang jerman ww1.. sebagai korperal biasa jer..
Tapi dia nih genius perang..
Masa ww2.. dia yg ilhamkan kereta kebal Panzer yg terkenal lebih laju, ringan dan kukuh giler babas sehhhh..
selambe jer redah hutan belantara ardennes.. untuk takluk perancis dari arah timur..
padahal perancis cuma bertahan kat sempadan tembok raksasa maginot line jer..
ni kira dejavu kpd perang turkey - constantinople laa...
sape bajet tertera turki boleh rempuh laluan gunung ganang padahal tentera constantinople bertahan kat muara jer..
Cerita pasal perang ni memang best baca. Saya tak boleh faham bila perang ada peraturan hehehehe sedangkan the core business is to kill, tentang itu boleh. Apa peraturan perang ya. Kalau bro dalam army, selain dengan komunis dan PBB mission, army kita perang tak di mana mana? Atau tu classified information
Well..
Definisi perang tak semestinya dgn mengangkat senjata..
Apa yg penting ialah... being unexpected...
"Serangan Waktu Subuh" pernah dengar tak..
Malaysia yg kecik nih serang bursa saham Britain beb...
senyap, sulit, pada waktu dinihari mat salleh baru nak bangun tido.. kita yg dah lama berjaga dlm semak samun raise flag lanun dan serraanggg!
Taktik nih nama dia Blitzkrieg / serangan kilat..
Kat perairan negara kita nih ada byk kapal perang zaman ww1 dan ww2 tengelam tau..
Kapal HMS Prince of Wales yg terkenal gangster giler babeng pada era 1940an tuh karam kat perairan kuantan sbb kena serang dgn jepun..
Padahal kapal nih pernah bertempur teruk dan menewaskan kapal jerman Bismark tau...
bukan pakcik @OttoVonBismark yer...
Tu belum lg kapal perang russia dan perancis dan perairan penang sana...
Jom ramai2 kutip dan naikkan kapal nih... pastu jual besi buruk..
Dua lawan dua. Prince of wales sama size dengan Bismarck masa ni. Tapi Bismarck kalah tak sampai beberapa minit. within 10 menet, Bismarck karam diselat Denmark. . Punca Bismarck kalah sebab shell peluru meriam tersangkut masa nak tembak prince of wales. dah tu meletup semasa dalam meriam, menyebabkan bahagian depan kapal rosak teruk. tak sampai sepuluh minit, Bismarck karam.
Padan muka dengan prince of wales kena torpedo jepun kat kontan pahang. Queen elizabeth pun masa ni katanya menangis sebab prince of wales karam.
I see, ada element unexpected. Civilians macam kami mana lah tahu semua ni hehehehe. Neither have we heard of serangan waktu subuh. Kenapa serang bursa saham British. Bursa saham tu ada tepi parit dan semak samun ? Habis tu tawan ke.
So kapal kapal ni semua belum di naikkan ya. I wonder apa ada dalam tu. Kalau shipwreck kita interested nak tengok harta karun. Kapal perang maybe ada senjata kut. Atau ration. Atau uniform spare.... Manalah saya tahu bro hehehe duk meneka.
Nak join? Pukul berapa kita nak pergi tengok kapal tenggelam?