CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4407|Reply: 21

Falsafah Thanos

[Copy link]
Post time 26-5-2019 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by lanun_darat at 1-6-2019 07:36 AM

Hai.

Aku dah tonton avengers end game 2 kali. Dan aku perasan satu benda. Thanos was right ! Filosofi Thanos tentang pelenyapan separuh mahluk didunia adalah betul dan sngt praktikal dari perspektif aku. Kenapa ? Ok. Memandangkan ini bod sejarah mari aku relatekan benda ini dengan sejarah. Sejarah menunjukan peperangan telah berlaku dibanyak negara negara didunia ni sejak zaman berzaman. Dan punca dari peperangan tu adalah kerana perebutan kuasa. Punca perebutan kuasa pula, adalah kerana kekurangan bahan mentah dan sumber makanan untuk disuap kepada rakyat masing masing.

Kesan dan akibat dari peperangan. Berlaku kematian. Bila manusia dikurangkan separuh, sumber menjadi banyak. Kita tidak perlu lagi berebut. Hidup harmoni. Kesan lain, pencemaran dan kemusnahan yg manusia lakukan keatas bumi turut dapat dikurangkan. Seorang manusia cuma hidup lingkungan umur 60 - 90 tahun. Kemudian mati. Tapi bumi perlukan masa yang jauh lebih lama untuk menampung manusia.

Sejarah pemodenan manusia banyak membuktikan kita sebagai mahluk yang kejam. Bumi wujud lama sebelum kewujudan kita. Dan kelak kitalah pemusnah rumah kita sendiri. Demi menyelamakan sebuah planet yang berusia jutaan tahun dan memberi tempat tinggal makan minum kepada berjuta manusia selama beratus ribu tahun, why not hapuskan bangsa yang cuma hidup 90 tahun ?

Kejam kan ? Namun, bangsa yang lingkungan usia 90 tahun ni lah yang memusnahkan mother nature yang berusia utaan tahun. For the sake of another 90 years old generation, aku sokong thanos petik jari dan musnahkan separuh manusia. Well kalau aku tak bersikap selfish, kelak anak cucu kita takkan boleh teruskan hidup.

Sila bincang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kali dah Hollywood bagi hint..dalam Watchmen & Star Wars

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 12:21 PM | Show all posts
Tak ada seorang yang sanggup korbankan diri untuk kelangsungan
hidup orang lain. Aren't we all are just a selfish organism?
Tak perlu skala besar sampai annihilate half of world population,
cukup pada skala kecil. Contoh: Kau sanggup tak hidup susah semata mata
tengok orang lain yang bukan darah daging kau bahagia? Kau rasa individu
yang mempunyai duit berbilion-bilion tu sanggup tak bagi separuh kekayaan
dia kepada orang lain?
Filosofi Thanos ni boleh lah di umpamakan seperti "Be selfish so You can be Generous".


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pun. Thanos punyai akal pendek. And hakikatnya dia cuma takut dgn diri sdiri. Steel outside, boneless inside

Kuat bmain ngn illusion. Pendekatan yg sgt lemah. Falsafah sampah.

Siapa yg ada pemikiran mcm thanos ni cuma takut dgn future sendiri. Bukan makhluk2 lain.

Sama mcm falsafah keagamaan. Hukum utk kesedaran. Hukum utk kemudahan. Tapi dia tak nampak kebenaran dlm berhukum. Ambik kulit. Isi buang. Dia nampak keberkesanan dalam berhukum. Sbb tu lah dia sggup fikir jalan mudah. Nyawa berbalas nyawa. Puas.
Cold blooded heartless heart

Musnahkan apa yg dia rasa junk. Shortcut. Dia tak rasa keindahan dalam kesakitan. Dia tak kenal konsep redha. Dia cuma nampak keindahan dalam satu warna. Sama mcm tipikal manusia fikir tamak hendakkan syurga. Takut neraka. Then main hukum. Main prinsip. Main falsafah. Cit

Tutup dua belah mata. Petik jari, tap. Musnahkan apa saja yg ganggu ketenangan hidup. Untuk sedapkan hati, dia letak gula. Katanya utk melihat dunia bertambah aman damai dan cukup sustain. Dey citt. Takat tu je ke dia boleh fikir.

Poor on u la thanos. Just like hitler.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2019 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm.... ramai yang tak sokong nampaknya. Dan bersama sama hujah yang bernas. Hmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2019 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Gingerly replied at 26-5-2019 12:53 PM
Tak pun. Thanos punyai akal pendek. And hakikatnya dia cuma takut dgn diri sdiri. Steel outside, bon ...

Just like hitler maksud koni adakah sebab hitler bunuh berjuta yahudi or what ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2019 06:09 AM | Show all posts
waauuuuwww

thread ni jadi topik ilmiah aku tengok walaupon isinya berkisar tentang imaginasi semata. Mod patut bagi kredit banyak banyak kat depa ni. tak mampu aku nak masuk mencelah. tinggi sangat ilmu filosofi korang.

@noraidil_06
@winamp05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 09:36 AM | Show all posts
boleh dan aku setuju, apa kata kita mulakan bunuh ko dan keluarga ko dlu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 09:42 AM | Show all posts
cuma yang aku tak paham, bila dia snap tu binatang pon separuh jugak hilang

so bukan ke sumber makanan jadi kurang jugak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:24 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 27-5-2019 09:42 AM
cuma yang aku tak paham, bila dia snap tu binatang pon separuh jugak hilang

so bukan ke sumber ma ...

ye takk ye jugak kan ? maknanya short jugaklah supply untuk maging. Yang tinggal sekarang cuma tumbuhan je la. gandum padi berry.....

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanos sendiri admit, bila dia dapat masuk ke future, org kat bumi tak bahagia pun bila half population dia lenyapkan. Mereka murung dan demotivated. Thanos kata, dia akan musnahkan seluruh alam semesta dan akan bila alam semesta yang baru dan damai. Thanos salah dalam menentukan hala tuju future.

Dan the worst part of all, dia x pernah buat perbincangan utk sepakat dgn rakyat di planet dan masyarakat alam lain bekenaan ideologi dia. Ternyata idea dia salah, kalau tidak masakan rakyat di planet dia sendiri Titan, menolak sekeras2 ideology Thanos.

Dia x sedih pun bila, group dia kena tembak atau dibunuh (accept gamora yang dia sayang sungguh2, itu pun mati) hanya tuk merialisasikan impian dia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:03 AM | Show all posts
ruffboyz replied at 27-5-2019 01:36 AM
boleh dan aku setuju, apa kata kita mulakan bunuh ko dan keluarga ko dlu

kah kah kah !


win !

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Selfish stupid thanos. Let the nature itself do their work for ecological balance ok. Alam ni dah mempunyai hukum yang tersendiri kan untuk megawal kesimbangannya.

Thanos hanya tamak nak tunjukkan kuasa. Tamak sampai nak mengatasi hukum alam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ruffboyz replied at 27-5-2019 09:36 AM
boleh dan aku setuju, apa kata kita mulakan bunuh ko dan keluarga ko dlu

Yes i agree. What if your family suddenly dissapper in a blink of an eye ha encik lanun?

Semua manusia tangganggu emosi. Sorrowness, loneliness everywhere. Carca marba jadinya bumi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
lanun_darat replied at 26-5-2019 05:49 PM
Hmmmm.... ramai yang tak sokong nampaknya. Dan bersama sama hujah yang bernas. Hmmm

Matlamat tak menghalalkan cara. Sama mcm thanos ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
lanun_darat replied at 26-5-2019 05:49 PM
Hmmmm.... ramai yang tak sokong nampaknya. Dan bersama sama hujah yang bernas. Hmmm

Matlamat tak menghalalkan cara. Sama mcm thanos ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2019 07:33 AM | Show all posts
Baru baru ni tengok Godzilla King Of Monster. Sama la juga kisahnya lebih kurang macam mana manusia nak hapuskan manusia supaya keseimbangan alam kembali pulih. Manusia sebagai virus yang buat rosak kat muka bumi ni. Dia nak hapuskan sebahagian manusia, demi untuk survival manusia pergi lebih lama.

Kalau tak buat macam tu, tak sampai 100 tahun manusia akan pupus kerana tindakang manusia sendiri.

Lebih kurang kan ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2019 07:37 AM | Show all posts
Veneer replied at 26-5-2019 12:21 PM
Tak ada seorang yang sanggup korbankan diri untuk kelangsungan
hidup orang lain. Aren't we all are ...

sebab tak ada yang sanggup aku rasa perlu hapuskan tanpa permission. Sapa nak yang nak mati. demi kelangsungan hidup kita manusia sejagat juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2019 07:37 AM | Show all posts
Aku ubah sikit tajuk bagi senang orang nak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lanun_darat replied at 1-6-2019 07:37 AM
sebab tak ada yang sanggup aku rasa perlu hapuskan tanpa permission. Sapa nak yang nak mati. demi  ...

Sebab tu ada bencana besar Allah bagi yang meragut nyawa manusia dengan banyak sekaligus.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.092104 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list