CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2888|Reply: 12

Pusara Didalam Masjid: Bukti Kekejaman Komunis

[Copy link]
Post time 17-6-2019 11:41 AM | Show all posts |Read mode



MASJID Razaleigh yang terletak di bandar lama, Gua Musang menyimpan cerita sejarah tersendiri. Terdapat sebuah pusara yang berada di dalam ruang solat Masjid Razaleigh, Gua Musang rupanya menyimpan kisah tersendiri yang menyayat hati.

Tiada siapa menyangka bahawa terdapat sebuah pusara milik seorang wanita yang sarat mengandung telah mati dibunuh disebabkan kekejaman komunis. Nama wanita tersebut adalah Allahyarham Nik Mah Nik Soh, yang mati dibunuh komunis secara kejam di dalam longkang berhampiran jalan masuk masjid.


Serangan penganas komunis yang menyerang bandar Gua Musang dicatatkan pada pukul 6.30 pagi, 1 Januari 1943. Ekoran serangan itu, penduduk panik dan bertempiaran lari menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman komunis.

Serangan penganas komunis menyebabkan ramai orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk ketika itu mati dibunuh dan hanya seorang penggawa ketika itu, Allahyarham Nik Jaafar yang berjaya melepaskan diri dari kepungan komunis.

Akibat dari betapa kucar-kacir dan keadaan yang sungguh merbahaya pada waktu itu, Nik Jaafar mengarahkan Nik Mah juga adik kepada beliau yang pada itu sedang sarat mengandung dan bersama beberapa penduduk kampung untuk berselindung di dalam longkang berhampiran masjid, namun diserang hendap pasukan komunis yang menyerbu ke kawasan terbabit.


Allahyarham Nik Jaafar terpaksa meninggalkan kumpulan penduduk melayu termasuk adiknya didalam longkang seperti yang tercatat didalam diari beliau. Ini kerana keadaan begitu mendesak dan kebanyakan rumah penduduk ketika itu termasuk kuarters kereta api dan balai polis di Gua Musang dibakar komunis yang mengganas dan merosakkan semua harta benda penduduk.

Berikutan beliau mengambil tanggungjawab untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap, beliau nekad menyelinap keluar dari kawasan kampong untuk meminta bantuan.


PUSARA UNTUK NIK MAH
Memandangkan ketika itu dalam keadaan darurat, penduduk yang masih selamat mengusung jenazah Nik Mah yang dalam keadaan berlumuran darah ke dalam kawasan masjid sebelum membuat keputusan disemadikan dengan sempurna.

Mungkin ada cerita sebalik pengorbanan Nik Mah yang merahsiakan dimana ketua masyarakat yakni abang beliau berada dan sanggup menjadi syahid ketika itu, beliau didulukan untuk dikebumikan bersebelahan madrasah, iaitu dibahagian tangga belakang masjid.

Pada waktu itu masjid berkenaan dibina dengan kayu dan hanya mampu menampung hanya kurang 100 jemaah sahaja sebelum diubah suai 50 tahun kemudian untuk menampung bilangan jemaah yang bertambah ramai menyebabkan kedudukan pusara Allahyarham berada didalam ruang solat masjid sehingga sekarang. Pusara tidak dialihkan bertujuan untuk menjadi renungan dan menjadi bukti sejarah terhadap kekejaman komunis.

Selepas beberapa tahun, madrasah berkenaan dinaik taraf menjadi masjid dan diperbesarkan dari semasa ke semasa sehingga menyebabkan kubur Nik Mah berada dalam ruang solat masjid sehingga sekarang.


KASIH SEORANG ABANG DAN KETUA MASYARAKAT
Nik Jaafar berjaya melepaskan diri dengan terjun ke dalam sungai dan berendam di situ dari pagi sehingga menjelang Maghrib. Selepas yakin tidak lagi diburu komunis, dia berlari seorang diri untuk meminta bantuan di Balai Polis Bertam yang terletak kira-kira 76 kilometer, menggunakan jalan darat dan tiba di sana pada 4 Januari 1943.

Sekembalinya ke Gua Musang bersama pasukan polis, dia melihat rumah penduduk, kuaters kereta api dan balai polis musnah dibakar komunis.

Hancur luluh hati seorang abang selang dua hari kemudian, apabila mereka pergi ke Kampung Batu Papan bagi menemui isteri dan anak-anaknya termasuk penduduk kampung yang terselamat. Bagaimanapun, malangnya beliau mendapati adiknya, Nik Mah yang sarat mengandung lapan bulan dikatakan tidak sempat melarikan diri dan hanya mampu bersembunyi di dalam sebuah longkang tidak jauh dari sebuah madrasah.

Wanita malang itu berjaya dikesan oleh sekumpulan komunis yang kemudian menembaknya sehingga mati. Turut maut dalam serangan itu ialah 25 penduduk kampung yang lain.

Diari Allahyarham Nik Jaafar adalah satu-satunya bahan sejarah yang masih tinggal mengenai serangan komunis yang ditulis sendiri oleh beliau sebagai bekas Penggawa Hulu Kelantan ketika itu. Diakui semakin sukar untuk menjejak sejarah serangan komunis di Bandar Gua Musang sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana kebanyakan orang lama yang asal tinggal di bandar ini telah meninggal dunia.

Catatan sejarah ini disimpan kemas oleh anak tunggal lelakinya supaya menjadi bukti sejarah mengenai peristiwa keganasan komunis di Gua Musang. Allahyarham Nik Jaafar pula meninggal dunia kerana sakit tua ketika berusia 89 tahun.
Al-Fatihah.


Terima kasih atas maklumat: Ariff Mustaqim


Sumber dan bacaan lanjut:
1- https://www.malaysianreview.com/55183/
misteri-kubur-wanita-mengandung-mati-dibunuh-di-tengah-masjid/
2- http://www.utusan.com.my/rencana/utama/
enam-hari-diperintah-komunis-1.267851


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
1943
Mereka pendatang cina di sokong penjajah, Ada senjata nak bunuh penduduk tempatan.

Bila dapat jadi citizen jus soli mereka di minta patuhi sosial kontrak keustimewaan penduduk asal. Patuh dulu skrg question Dan mau hapus monarchy g Kasi kebenaran mereka tinggal di kampung baru tanah kepunyaan sultan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 12:03 PM | Show all posts
bioessence replied at 17-6-2019 11:53 AM
1943
Mereka pendatang cina di sokong penjajah, Ada senjata nak bunuh penduduk tempatan.

dalam isu ni bagi akak kita kena sokong amerika.

amerika tak kacau asia contry, tp china buli asia contry. taiwan nak di jajah,hongkong di jajah. laut china selatan di jajah

kalau tak sokong amerika next 2030 china will be great economy in the world. nombor 5 is indonesia.. masa tu malaysia mungkin bekerja di indonesia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak cucu kominis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bioessence at 18-6-2019 01:39 PM

Jawapan untuk setinggan kominis

Jus soli citizenship package with social contract given by the sultans and aside that, they have freedom to do business whilst occupying kg baru, the land loaned to them by the sultans. Still they evade tax while making tons of money via black economy, have their own special school which against the const and questions the existence of monarchy.

We malays do not want special rights we want status quo. All jus solians cannot vote and back to setinggan status
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-6-2019 12:03 PM
dalam isu ni bagi akak kita kena sokong amerika.

amerika tak kacau asia contry, tp china ...

Amerika ni bekas jajahan ingggeris yang cukup benci China and Ras cina.

Baca je the Chinese exclusion act repeal only during WW2 sebab China tolong USA lawan Japan. 61yrs in force
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2019 12:45 PM | Show all posts

Asyik berkhayal saja cina kaum pemals ni. Padan la miskin mundur  jadi babu di rumah melayu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 12:47 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-6-2019 04:03 AM
dalam isu ni bagi akak kita kena sokong amerika.

amerika tak kacau asia contry, tp china ...

China tak mampu jajah laut china selatan. Banyak negara lain termasuk malaysia ada aset tentera di sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2019 12:49 PM | Show all posts
bioessence replied at 17-6-2019 04:16 AM
Jawapan untuk setinggan kominis

us soli citizenship package with social contract given by the sul ...

Affirmative action for ethnic chinese has already exceeded that for the malays
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 12:50 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 17-6-2019 12:47 PM
China tak mampu jajah laut china selatan. Banyak negara lain termasuk malaysia ada aset tentera di ...

dalam proses jajah sis. menteri pertahanan pun dah surrender ngaku kalah

https://www.airtimes.my/2019/06/02/kapal-china-lagi-besar-macam-mana-kita-nak-halau-menteri-pertahanan/
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 03:09 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-6-2019 04:50 AM
dalam proses jajah sis. menteri pertahanan pun dah surrender ngaku kalah

https://www.airti ...

Mimpi saja la boleh jajah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 03:10 PM | Show all posts
Dulu cina jadi teroris. Sekarang jadi monyet panjat pokok nyok melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2019 04:13 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-6-2019 12:03 PM
dalam isu ni bagi akak kita kena sokong amerika.

amerika tak kacau asia contry, tp china ...



dalam masa sama bertahun2 negara-negara Islam hancur sebab perang dan kambing hitam akibat fitnah amerika pukyma



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.131285 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list