CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5419|Reply: 29

Siapa Bibi Aisha?

[Copy link]
Post time 18-6-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bibi Aisha mudah melemparkan senyuman ketika bersama berjuta-juta orang lain di kota New York menaiki kereta api bawah tanah.

Gadis muka depan majalah Time yang hidungnya dipotong oleh suami, seorang pejuang Taliban kejam, kini meneruskan kehidupannya di ‘Big Apple’. Kisah beliau yang melambangkan ketabahan wanita memang menakjubkan.

Ia hasil kemurahan hati rakyat Amerika Syarikat dan keajaiban pembedahan moden membolehkan gadis 20 tahun itu menghadapi masa depan lebih cerah.

Pada usia 18 tahun, hidung dan telinga Aisha dipotong suaminya sebagai hukuman cuba melarikan diri daripada perkahwinan mereka yang diatur, sebelum diheret ke kawasan pergunungan untuk mati.

Hakikatnya beliau terselamat dan Ogos lalu mendapat perhatian di seluruh dunia selepas foto wajahnya yang cacat muncul pada muka depan majalah Time Ogos lalu dengan tajuk muka depan, ‘What Happens When We Leave Afghanistan' (Apa Yang Berlaku Apabila Kita Tinggalkan Afghanistan.)

Selepas ditawarkan perlindungan oleh badan kebajikan ‘Women For Afghanistan Women’, Aisha kini tinggal di Amerika sejak Ogos tahun lalu. Dipasang dengan hidung palsu dan memakai jeans biru lusuh serta jaket, wanita muda itu kini dapat menyesuaikan diri dengan suasana barunya, sebuah pangsapuri yang dikongsi di sini dan diberi penjagaan kerap oleh doktor dan ahli terapi.

Beliau ketika ini membuat barang perhiasan bermanik yang diharapkannya dapat dijual untuk meneruskan kehidupan.

Gadis itu, yang buta huruf ketika meninggalkan Afghanistan, kini belajar bahasa Inggeris sebagai persediaan mendapat pendidikan penuh dan melupakan masa lalunya.

Apabila Aisha berusia 12 tahun, bapanya berjanji untuk mengahwinkannya dengan seorang pejuang Taliban bagi membayar hutang. Dia diserahkan kepada keluarga suaminya yang mendera dan memaksanya tidur dalam kandang bersama haiwan.

Apabila dia cuba lari, dia ditahan dan sebagai hukuman, hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sementara bapa mentuanya mengacu sepucuk senapang di kepalanya.

“Apabila mereka memotong hidung dan telinga, saya pengsan. Pada tengah malam saya berasa ada air sejuk dalam hidung saya. Saya membuka mata dan malah saya tidak dapat melihat kerana dipenuhi darah,” katanya kepada wartawan Cable News Network (CNN), Atia Abawi.

Ditinggalkan di pergunungan, dia merangkak ke rumah datuknya dan bapanya membawanya ke sebuah kemudahan perubatan Amerika di mana anggota medik merawatnya selama 10 minggu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Malunya... Islam tapi ganas.. Potong2 pulak x ikut ckp kau
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 01:58 PM | Show all posts
cantik jadinya ko sudahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 02:36 PM | Show all posts
lelaki..no comment
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 02:44 PM | Show all posts
keji                              
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kesiannya. Kuatnya dia lalui seksaan semua tu. Ngeri bila bayangkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2019 04:46 PM | Show all posts
sungguh kejam ekk ......
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2019 05:33 PM | Show all posts
tak boleh bayang betapa sakitnye kena potong hidup2

kita terkena pisau sikit pon kekadang sampai demam
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Zalimnya perangai..
Mujur adik ni bangkit semula
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Zalimnya, kerana segelintir manusia kejam mcm mertua dan suami bibi aisha , dunia akan memandang islam ni buruk dan bersifat ganas dan kejam. Moga kebaikan islam lebih tersebar banyak dari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Malay man pun adr posesif mcm ni.
Kurung dlm rumah
Check hp
I know a person
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 18-6-2019 06:47 PM
Malay man pun adr posesif mcm ni.
Kurung dlm rumah
Check hp

Yup kaka pun kenal gak ada mangkuk mcm ni yg berketurunan melayu dan beragama Islam di IC
Lg memalukan dr golongan professional
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Stress baca cite mcm ni. Kemurungan seharian ooi.
Btw, laki2 yg buat pempuan mcm ni x pk ke dri pempuan gak la ko keluar. bodoh xle diajar
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 18-6-2019 01:40 PM
Malunya... Islam tapi ganas.. Potong2 pulak x ikut ckp kau

Sebab tu Islam n rasul semua drpd middle east. U will know why.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama Kan kisah ni..she must be in her late 30s now
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2019 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mudah2an kehidupan yer smakin baik skrg,
X perlu laa blk Afghanistan
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Golongan ekstrimis ugama suka menindas kaum
Wanita terutama bini dan ank pompuan dorang.
Tak heranlah bila anak pompuan ko dah dewasa dia membentak2 dan bersifat liberal.
Sbb dia terseksa drpd baby dipaksa kena gitu gini.
Takleh say no, kalau isteri tak dibenarkan merajuk dengan suami.

Iols ade kawan yg iols syak ex laki dia tu golongan alim lobai la memandangkan dia penah sebut masa kawen duk kat quaters dlm kawasan masjid di tgh bandar kl ni.
Dah bertahun2 dia bercerai tp ade ketika dia masih duk cerita pasal penceraian dia tp bukanlah merempan2 sbb dia org yg terpelajar,ala2 luahan hati tanpa sebut nama sesiapa tp kita taulah pasal apa.
Dia ade sebut tak dibenarkan merajuk, takleh bangkang itu ini.
Kalau ade rasa marah takleh tunjuk kena sentiasa senyum depan laki.
Dan juga dia dimadukan sebelum bercerai tu.Perkahwinan yg membuatkan dia jd trauma, sampai kemurungan bagai.
Nak kawen baru pun fobia tak abis2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 18-6-2019 06:47 PM
Malay man pun adr posesif mcm ni.
Kurung dlm rumah
Check hp

Pompuan pun sama...Posesif!!

Henpon selalu kena check....pantang spray perfume..kena tanya pegi mana.
Henpon pantang tak lock...sibuk nak tao apa kita buat..sib baik lock tumbprint.

Bila tak balik umah...bini bini sibuk cross check tido mana sesama sendiri. Takut melencong kerumah unknown bini kalao ada.

Tak baik tao...poligami tu sunnah...cukupkan kuota 4 tu untuk menjaga martabat kaum wanita juga.


Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 19-6-2019 09:06 AM
Pompuan pun sama...Posesif!!

Henpon selalu kena check....pantang spray perfume..kena tanya pegi ...

Baiklah. Sy consider la jd no.4.hahahaha. but m gonna be worst then 1,2& 3
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.064590 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list