CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12280|Reply: 113

Jalan Penarikan The forgotten trail.

[Copy link]
Post time 27-7-2019 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Berapa ramai antara kita yg tahu tentang jalan2 yg menghubung antara negeri2 tanah melayu zaman dahulu?

Apa alternative yg mereka Ada selain selat melaka & laut China selatan?

I have an opportunity to talk to peminat-peminat sejarah. N they excitedly talk about jalan Penarikan. Sebab sy malas menulis balik (Kang berleter la orang tua otto Nan poyo ittew) maka sy tulis balik secara verbatim ye artikel yg sy petik dr mana2. Or dlm bhs mudah sy copy n paste je.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2019 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dipetik dari blog jejalan2je.

"Kisah Jalan Penarikan.
Assalamualaikum sekalian,

Alhamdulillah dengan izin Nya sekali lagi aku berkesempatan untuk menaip entry dalam blog aku ini. Kali ini, aku nak kongsi pasal kisah sejarah yang mana ia merupakan sejarah negara kita Malaysia dan juga sejarah perkembangan dan kegemilangan era zaman Kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dulu.

Aku percaya korang semua yang baca blog ini mesti pernah belajar sejarah semasa di sekolah menengah dulu kan? Dalam buku teks sejarah, bila baca kisah zaman awal penubuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan zaman keemasan empayar tersebut mesti kita akan terbaca juga kisah Jalan Penarikan.

Apakah itu Jalan Penarikan?
Jalan Penarikan ialah merupakan satu laluan yang popular di kalangan para pedagang, pengembara, pengutus berita dan sesiapa sahaja yang mahu ke sebelah Pantai Timur Semenanjung dari Melaka dan / atau kawasan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu tanpa melalui kawasan Selat Tebrau dan Laut China Selatan serta gugusan kepulauan kecil di sepanjang kawasan Selatan Semenanjung Tanah Melayu. Ia popular berkurun lamanya. Tiada laporan sejarah terperinci yang menunjukkan sejak bila laluan ini mula menjadi terkenal namun menurut sejarah lama ia sudah digunakan sejak zaman Kerajaan Langkasuka (Kerajaan kuno Melayu yang beragama Hindu) kira kira dalam abad ke-2 Masihi lebih kurang 1900 tahun lampau (betulkan aku jika silap). Jadi ini bermakna Jalan Penarikan ini sebenarnya sudah digunakan hampir 2000 tahun lampau."



Samb/=
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Laluan ini dinamakan Jalan Penarikan kerana menurut cerita mulut ke mulut penduduk tempatan dan kemudian kajian sejarah juga mendapati ada satu kawasan di antara kawasan Sungai Jempol dan Sungai Serting yang dipisahkan oleh kawasan daratan sejauh lebih kurang hampir setengah batu atau ikut ukuran metrik sekarang ialah hampir 600 meter. Laluan ini lah dijadikan sebagai tempat untuk menarik pelbagai jenis sampan, bot, jong, perahu, kapal dagang layar yang ingin cepat sampai ke destinasi di sebelah Pantai Timur dari Pantai Barat Semenanjung tanpa melalui laluan laut yang penuh dengan pelbagai macam masalah khususnya cuaca dan masalah gangguan lanun yang banyak bertumpu di sebelah selatan Semenanjung. Menurut satu catatan seorang pengembara Portugis pada tahun 1613 yang menggunakan Jalan Penarikan tersebut. Ia mengambil masa selama lebih kurang 6 hari untuk sampai ke Sungai Pahang dari Sungai Muar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Di mana kah bermula laluan Jalan Penarikan ini?
Secara ringkas, dengan berpandukan peta Google Maps Jalan Penarikan di atas yang telah pun dilabelkan. Aku zoom in setiap laluan tersebut supaya korang semua faham dan dapat sesuaikan kawasan yang mana merupakan tempat yang korang pernah pergi atau mungkin juga kampung korang atau tempat korang bekerja tetapi korang tidak tahu bahawa itu lah pada zaman dulu kala ia merupakan tempat laluan paling sibuk di DUNIA. Bahkan terkenal ke peringkat antarabangsa pada kurun kurun tersebut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Another Google image of jalan Penarikan. Nk tengok byk lg image jln Penarikan, masuk la blog abe Ni ye

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Berikut fakta fakta menarik pasal Jalan Penarikan ini:-


Pada kurun ke-14 hingga 15 Masihi dikatakan bala tentera Siam menggunakan Jalan Penarikan ini sebagai pangkalan barisan hadapan dan juga laluan logistik mereka dalam operasi menggempur kedudukan tentera Melaka. Bahkan hingga kini terdapat satu kubur yang dikatakan merupakan kubur komander tentera Siam tersebut bertanda 1265 Masihi. Selain itu terdapat juga kesan kesan penggalian terusan di lokasi Jalan Penarikan. Dipercayai ia dibuat oleh tentera tentera Siam sebagai satu alternatif untuk membawa bekalan logistik tentera mereka terus dari Sungai Serting tanpa perlu menarik kapal kapal tersebut atau memunggah keperluan logistik dari pelabuhan Sungai Serting ke pelabuhan Sungai Jempol. Namun dipercayai gagal disiapkan. Kedalaman penggalian terusan dianggarkan sekitar 20-30 kaki dalam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-7-2019 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Percaya atau tidak, kesemua sungai sungai di Semenanjung Malaysia ini satu masa dahulu mempunyai kedalaman sekitar 30-40 kaki. Ini membolehkan kesemua jenis kapal dan perahu layar dapat belayar dan mudik hingga ke kawasan hulu. Sekarang semua itu sudah tiada lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketika aktiviti pengembangan dan penyebaran agama Islam giat dilakukan sekitar abad ke-14 dan 15, para pedagang dari Semenanjung Tanah Arab dan India seringkali cuba mengelakkan laluan berbahaya di sepanjang Selat Melaka khususnya apabila memasuki kawasan selatan Semenanjung Tanah Melayu kerana bimbang akan ancaman lanun yang hebat pada masa itu. Mereka mengadukan masalah ini kepada Kerajaan Islam Pasai yang berpusat di Sumatera. Atas nasihat orang Pasai, maka para pedagang dan pendakwah Arab dan India ini diperkenalkan dengan laluan ini. Ia juga merupakan salah satu sebab kenapa agama Islam begitu mudah dan cepat tersebar hingga ke hulu Semenanjung Tanah Melayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2019 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah Hang Tuah yang pergi berjumpa dengan Tun Teja dan membawa balik Tun Teja dari Pahang ke Melaka juga dikatakan menggunakan Jalan Penarikan ini.
Semasa Portugis menyerang dan menakluk Melaka pada Ogos 1511, dikatakan Jalan Penarikan ini telah digunakan oleh Sultan Mahmud dan orang orang beliau untuk melarikan diri ke Pahang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebangkitan Mat Kilau menentang penjajahan British di Pahang mendapat sokongan bukan sahaja orang Melayu dalam negeri Pahang bahkan dari Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Dikatakan Jalan Penarikan ini lah kerap digunakan oleh Mat Kilau untuk mendapatkan bantuan dan sokongan dari Negeri Sembilan. Selain itu pejuang pejuang Melayu juga turut menggunakan Jalan Penarikan ini ke Pahang untuk membantu perjuangan Mat Kilau dan Dato' Bahaman menentang British.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Selain menggunakan Jalan Penarikan ke Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga turut digunakan sebagai laluan air / sungai ke Perak melalui Sungai Pahang naik ke sebelah hulu iaitu di Kuala Lipis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada 1613 satu peta tentang Jalan Penarikan telah dibuat oleh seorang pengembara Portugis bernama Godinho de Eredia (walaupun ada mengatakan peta Jalan Penarikan ini dibuat pada tahun 1598). Dikatakan laluan ini mengambil masa selama 6 hari untuk sampai ke Pekan dari Muar melalui Sungai Muar - Sungai Jempol - Jalan Penarikan - Sungai Serting - Sungai Bera - Sungai Pahang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Jalan Penarikan pada zaman dulu boleh diibaratkan seperti KLIA pada masa kini.
Jalan Penarikan ini mendapat namanya kerana aktiviti penarikan kapal,sampan, perahu, jong dan pelbagai muatan. Aktiviti menarik ini dilakukan oleh orang Asli dan orang kampung berdekatan. Upahnya pula cukup ringkas dan sesuai pada zaman itu iaitu garam, gula, beras, tembakau dan pelbagai barang keperluan harian. Tiada duit digunakan pada masa itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Good job sis. Update lagi please, sangat menarik utk insomniac MCM I baca..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 02:05 AM | Show all posts
Ok. Terus terang aku tak baca, hanya tengok tengok je. Ngantuk teruk.
Nanti, ada mood aku baca. Atau pun kau ringkaskan sahaja untuk aku.

Terima kasih moderator noraidil_06.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 27-7-2019 02:04 AM
Good job sis. Update lagi please, sangat menarik utk insomniac MCM I baca..

Hello gang. Nanti iols sambung copy paste. Nk bercinta kt LE jap.heheehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2019 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Veneer replied at 27-7-2019 02:05 AM
Ok. Terus terang aku tak baca, hanya tengok tengok je. Ngantuk teruk.
Nanti, ada mood aku baca. Ata ...

Dasar bbnu, mls membaca
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice info. Thanks for sharing.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ditarik oleh gajah ke ? Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 26-7-2019 05:05 PM
Berikut fakta fakta menarik pasal Jalan Penarikan ini:-



Ooo. Lepas parameswara bunuh temagi di temasek dan lari ke melaka, siam cuba tuntut bela tapi dihayamwurukkan oleh tentera parameswara dekat melaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.097811 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list