View: 5343|Reply: 34
|
Kerajaan Melayu Lama: Tambralingga
[Copy link]
|
|
Saya kurang pasti Ade berapa banyak empayar kerajaan Melayu yg gah di zaman dahulu. Saya baru come across berkenaan kerajaan Melayu Lama yg bertapak di Segenting Kra seawal Abad ke-2.
Here secara verbatim, dipetik semula dari blog sejarahkelantan.wrodpress. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-7-2019 01:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by noraidil_06 at 31-7-2019 03:01 PM
Tambralingga adalah sebuah lagi kerajaan Melayu yang dipercayai muncul di Segenting Krasekitar abad ke-2 Masihi.
Pada awal Kewujudan ianya hanya tercatat dalam sebuah kitab tua Tamil iaitu Kitab Niddesa dengan menyebut sebagai Tambralinggam dalam bahasa Tamil yang bermaksud Lingga Tembaga.
Nama kerajaan ini tidak tercatat dalam mana-mana catatan China. Jika diamati dari masa kewujudannya pada abad ke-2 Masihi, kerajaan ini wujud sezaman denganKedah Tua dan Langkasuka, namun ia telah hilang dari sejarah selama lebih kurang 8 abad. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-7-2019 01:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by noraidil_06 at 31-7-2019 03:03 PM
Ia hanya muncul semula sekitar tahun 1030 Masihi apabila ia disebut dalam sebuah inskripsi di India Selatan iaitu Inskripsi Tanjore.
Walau bagaimanapun, H.G.Q. Wales berpendapat bahawa kerajaan itu terus wujud dan mengambil alih kerajaan Pan-Pan sekitar tahun 635 Masihi, iaitu setelah penghantaran utusan Pan-Pan yang terakhir ke China.
Dalam catatan Cina, negara ini dikenali sebagai Tan-ma-ling. Catatan terawal tentang negara ini diperoleh dalam Sung Shih (Sejarah Sung).
Sung Shih mencatatkan bahawa rakyat kerajaan ini tinggal dalam rumah yang diperbuat daripada kayu.
Mereka menggunakan emas dan perak sebagai bahan tukaran untuk perdagangan. Ibu kotanya tidak berbenteng dan rajanya apabila keluar akan menunggang gajah atau kuda.
Dikatakan juga negara ini menghasilkan cula badak,gading gajah, logam perunggu (gangsa) dan Kayu Brezile.
Ia juga menghasilkan beberapa jenis ubat-ubatan. Pada tahun 1001 Masih, pemerintahnya Tou Su Chi telah mengirimkan utusan ke China.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-7-2019 01:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by noraidil_06 at 31-7-2019 03:04 PM
Chu-fan-chi karangan Chau Ju-kua (1225 Masihi) mencatatkan bahawa Tan-ma-ling(Tambralingga) merupakan salah sebuah jajahan takluk San-fo-tsi (Suwarnabhumi) dan ia telah diperintah oleh seorang Temenggung dari kerajaan itu.
Di katakan juga pada tahun 1196 Masihi, ia pernah mengirim utusan ke China.
Perkara ini menjelaskan bahawa ia telah bebas daripada kekuasaan Suwarnabhumi masa itu kerana kerajaan China hanya menerima perwakilan daripada kerajaan-kerajaan yang merdeka.
Daripada Tao i chih lio yang ditulis pada 1349 Masihi, diketahui bahawa Tan-ma-ling mempunyai pemerintahnya sendiri.
Ia menghasilkan timah yang bermutu tinggi, mutiara, kapur barus, kulit penyu, sarang burung, kayu gaharu dan juga lilin lebah (lilin kuning).
Melalui San tsai t’u hui 1607 Masihi pula diketahui bahawa negara itu tidak mempunyai raja, hanya seorang ketua sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-7-2019 01:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by noraidil_06 at 31-7-2019 03:06 PM
Satu lagi sumber yang mencatatkan tentang kewujudan Tambralingga ialah sebuah inskripsi yang dikenali sebagai inskripsi Caiya (Grahi).
Caiya merupakan sebuah bandar kecil di pantai timur Segenting Kra. Ia didirikan di kawasan sebuah kota yang lebih tua dikenali sebagai Grahi atau Kia-lo-hi oleh orang Cina.
Inskripsi ini merupakan inskripsi tempatan. Ada kemungkinan Caiya (Grahi) adalah bekas ibu kota kerajaan Tambralingga.
Inskripsi 1230 Masihi ini juga mencatatkan dengan jelas yang Grahi sebagai wilayah Tambralingga.
Inskripsi Grahi juga mencatatkan tentang seorang raja pemerintahnya bernama Chandrabhanuyang bergelar Sri Dharmaraja, Yang Dipertuan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-7-2019 01:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by noraidil_06 at 31-7-2019 03:06 PM
Satu lagi sumber yang mencatatkan tentang kewujudan Tambralingga ialah sebuah inskripsi yang dikenali sebagai inskripsi Caiya (Grahi).
Caiya merupakan sebuah bandar kecil di pantai timur Segenting Kra. Ia didirikan di kawasan sebuah kota yang lebih tua dikenali sebagai Grahi atau Kia-lo-hi oleh orang Cina.
Inskripsi ini merupakan inskripsi tempatan. Ada kemungkinan Caiya (Grahi) adalah bekas ibu kota kerajaan Tambralingga.
Inskripsi 1230 Masihi ini juga mencatatkan dengan jelas yang Grahi sebagai wilayah Tambralingga.
Inskripsi Grahi juga mencatatkan tentang seorang raja pemerintahnya bernama Chandrabhanuyang bergelar Sri Dharmaraja, Yang Dipertuan Tambralingga |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-7-2019 02:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by noraidil_06 at 31-7-2019 03:08 PM
Namun, jika mengikut catatan Cina,Tao- i Chih-lioh yang ditulis sekitar tahun 1340an mengatakan Tan-ma-ling tidak mempunya raja, ia hanya diperintah oleh seorang ketua sahaja.
Merujuk kepada satu catatan Cina, Lai Wai tai ta Tambralingga terkenal sebagai sebuah negara yang menghasilkan minyak wangi yang terbaik dan tiada tandingannya.
Ia juga menghasilkan kayu gaharu yang paling wangi, lilin kuning dan getah kino.
Menurut Tao-i Chih-lioh yang ditulis sekitar 1340, Tambralingga terdiri daripada dataran yang luas dan menghasilkan lebihan bijirin.
Penduduknya, lelaki dan perempuan menyanggul rambut mereka dan memakai pakaian yang terdiri daripada sehelai baju putih dan kain sarung hitam yang diperbuat daripada kapas.
Mereka menggunakan satin, sulaman atau sejumlah timah sebagai mas kahwin. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-7-2019 02:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by noraidil_06 at 31-7-2019 03:09 PM
Orang disini memasak air laut untuk dijadikan garam dan menapai sekoi untuk dijadikan minunman keras.
Di samping itu, negara ini juga menghasilkan timah bermutu tinggi, mutiara, kapur barus, kulit penyu, burung enggang, kayu laka dana gaharu.
Sebenarnya tidak banyak maklumat tentang Tambralingga ini yang merujuk kepada aspek pemerintahan, namun dalam satu Inskripsi Kemboja ada mencatatkan bahawa ada seorang putera daripada kerajaan Tambralingga yang bernama Suryawarman telah diangkat menjadi pemerintah Angkor pada tahun 1010 Masihi setelah merampas kuasa daripada raja sebelumnyaUdayadityawarman I pada tahun 1002 Masihi. Beliau digelar sebagai Suryawarman 1 (1002 – 1050 Masihi).
Walaupun perwakilan pertama kerajaan Tambralingga ke China dikirimkan pada tahun 1196 Masihi, akan tetapi Tambralingga hanya jelas telah dapat memerdekakan diri daripadaSuwarnabhumi (San-fo-tsi) sekitar tahun 1230 Masihi.
Pemeberontakan Tambralingga kepada Suwarnabhumi ini telah dipimpin oleh Chandrabhanu. Inskripsi Caiya mencatatkan tentang usaha Chandrabhanu meluaskan tanah jajahannya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tambralingga ditakluk ole Kedah sailendra sejak kurun ke 7 dan merdeka hanya di pertengahan abad ke 13 |
|
|
|
|
|
|
|
china mnerima duta dari sebarang negara sama ada negara itu berdaulat atau di bawah naungan negara lain
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ibnu Batutta pernah melawat Tambralingga yang beliau gelar sebagai negara Raja Tawalisi(Tawal Singa).Tentera lautnya sentiasa mampu menyekat percubaan tentera laut mongol. Tentera daratnya pula di bawah pimpinan Puteri Arduja berjaya menundukkan tentera siam hingga Raja siam Ram Kamheng hilang kepalanya di tangan Adruja. Di zaman raja Chandrabanu pula raja Tambralinga ini telah diberi tugas oleh maharaja Empayar Zabag Kedah untuk mengepalai ekspedisi tentera Zabag menghukum sri lanka atas kedegilan rajanya membayar ufti. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tompang baca ye nak. baru nak merangkak balek dalam bod sejarah ni. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bila dah tua macam senang jek nak paham.sejarah. masa sekolah punya azab la belajar sejarah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-7-2019 04:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
fliphair8 replied at 28-7-2019 03:11 PM
Kenapa bila dah tua macam senang jek nak paham.sejarah. masa sekolah punya azab la belajar sejarah n ...
Sbb dh x jatuh wajib |
|
|
|
|
|
|
|
bila dah tua, kita bebas memileh sejarah apa yang kita nak ambik tahu. Manakala semasa belajar dolu dolu, kita dipaksa untuk meminati sejarah yang bukang pilehan kita, pendek kata, dah tau bangka ni tadak lagi dah perkataan "kena ikot silibus"
|
|
|
|
|
|
|
|
fliphair8 replied at 28-7-2019 03:11 PM
Kenapa bila dah tua macam senang jek nak paham.sejarah. masa sekolah punya azab la belajar sejarah n ...
Bukan setakat azab ja malahan siap terlena lagi pastu kena siku dengan kawan sebelah |
|
|
|
|
|
|
|
mungkinkah sebab sejarah kt sekola byk yg ditokok-tambah oleh penjajah sehingga kite rase bangsa kite lemah sejak azali?
kalau sejarah yg betul2 kene dengan cerita sebenar pasti kita bole rasa aura dan semangatnye...so xdela org ckp yg buku sejarah tu adalah pil tidor yg paling mujarob..ekekeke
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama mereka pelik, kalau kena jawab soalan pilihan abc pun belum tentu akak boleh ingat
Kalau betul kita telah ditipu oleh penjajah, tak boleh ke sejarah tersebut ditulis semula? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-7-2019 09:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
orgsepang replied at 28-7-2019 09:00 PM
Nama mereka pelik, kalau kena jawab soalan pilihan abc pun belum tentu akak boleh ingat
Kalau be ...
Boleh je rewrite tp org nk ke percaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|