Post time 2-9-2019 04:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Santesh untuk minggu depan dan seterusnya, jangan nak over sangat menyampah haku
Yang lain pun kemain lagi siap bagi ceklat la apa la
Santesh samgat overrated walaupun dia antara yang bagus dari peserta lain tapi tak semestinya dia betul2 bagus
Nasib je tu sebab peserta lain mcm teik so nampak la dia menyerlah
Choiii i rasa nak daftarkan diri kelab haters cadah dan santesh bigstage
akak first time tgk BS ni...sbb kecoh2 tarik dirii.. apooooo
pertamanya rengsa sekali ngan mak iti
sudahla mak iti..komen tak bernas, markah semua tinggi2... tersemak pulak kepala akak ngan mak iti ni... ko masuk je la jd peserta AJL lagi afdol. ko jadi juri pon haussss
cakra akak malas nak komen pasai dia penyanyi peberet akak seantora dunia buat masa kini. kihkihkih. komen bagus. marking bodo gk esp part dinda tu.
ajai elok jd juri tetap. komen bernas. pemarkahan pon bagus.
akak tak paham whats so hype about dinda. a big fail lah. lupa lirik tu boleh tahan lagi. yg nanges tengah nyanyi ko dah kenapa? ni bukan konsert kau tau. ni competition. sore biasa2 je pon. suka neeta tu lagi.
Post time 2-9-2019 04:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols ingin mencadangkan kepada peserta2 lain terutama chaaledot gilbert, kalau uols rasa tak mampu nak dapat markah tinggi
Berhenti nyanyi dan mulakan dengan tangisan sendu kompem2 markah uols akan dapat tinggi
Itu pun kalau juri tetap bias kat uols, buat video ke bagi ceklat ke untuk bodek
Yang lain pun tak payah hafal skrip la bawak je kertas lirik lagu nyanyi kat atas pentas nu lepas tu menangis la
Han-Byul - I'll Never Love Again 82.67%
"Lagu ini tidak mudah untuk dibawakan tetapi awak sangat pandai. Awak tahu apa kekuatan diri awak. Saya suka cara nyanyian awak. Ada beberapa kesalahan tetapi tidak ketara sangat," - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Neeta Manisha - Ku Bersuara 81.00%
"Saya sangat sukakan suara awak. Namun, tidak sebagus seperti minggu pertama tetapi masih boleh perbaiki. Saya yakin awak boleh lakukan lebih baik untuk minggu seterusnya," - Cakra Khan
Santesh - Di Matamu 79.00%
"Awak jadi diri awak itu yang penting. Orang bukan melayu tetapi berjaya nyanyikan lagu melayu dengan baik walaupun 'pitching' pada awalnya tersasar. Paling penting, keyakinan yang ada dalam diri awak," - Ajai
Adzrin - Cinta Luar Biasa 78.00%
"Saya suka nada awak kerana nampak 'natural'. Sekarang dah boleh nampak perjalanan muzik awak," - Ajai
Fieya Julia - Pudar 69.00%
"Saya dengar dari awal sampai akhir, semuanya bagus. Cuma ketika nada tinggi jangan biarkan suara awak tenggelam," - Cakra Kha
Kucaimars - Kemarin 67.67%
"Saya datang ke sini bukan untuk mengkritik tetapi untuk kongsi pengetahuan. Pilihan lagu ini tepat dengan nada awak. Saya suka," - Ajai
Syada Amzah - Pulang 65.83%
"Saya suka dengan persembahan awak. Kadang-kadang yang ringkas, lagi senang untuk dibawakan dengan cara baik," - Cakra Khan
Irfan Haris - Dia 63.67%
"Bila menyanyi bersama pemain piano, dengar suara awak sangat jelas. Bila muzik tidak terlalu banyak 'instrument', memang ada banyak kelebihan namun kekurangannya senang mencari kesalahan. Alhamdulillah semua hampir sempurna, penghayatan bagus," - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Chaleeda Gilbert - Buat Selamanya 62.67%
"Awak sudah buat yang terbaik malam ini. Saya suka apabila awak ada peningkatan kerana lagu ini sesuai untuk awak. Saya harap untuk persembahan akan datang akan lebih bagus," - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Dinda Permata - Terlalu Memuja 62.00%
"Kita bukan robot, saya sendiri pernah terlupa lirik. Itu adalah cabaran awak. Oleh sebab itu, sokongan peminat amat penting. Kuatkan hati, nyanyian awak tadi betul-betul kena dengan emosi. Cuma kesilapan kecil sahaja berlaku," -Datuk Seri Siti Nurhaliza
Aziz Harun - Beautiful 56.00%
"Masa awak berada di atas pentas, muka awak nampak banyak perkara berlegar dalam fikiran. Sepatutnya ia tidak boleh terjadi," - Ajai
Penyanyi dari Indonesia yang juga peserta Big Stage 2019, Dinda Permata menegaskan kesilapan yang dilakukan di atas pentas bukanlah penyebab dia menangis semasa melakukan persembahan.
Jelas Dinda, dia gagal mengawal emosi kerana lagu Terlalu Memuja mengingatkannya kepada ibu dan adik beradiknya yang berada di Indonesia.
"Sebenarnya, semasa sesi latihan saya sudah menangis dan memberitahu kepada guru teknikal vokal, Cikgu Syafi yang saya khuatir tidak mampu untuk mengawal emosi.
"Lagu Terlalu Memuja bukan dipilih oleh saya tetapi pihak produksi. Saya memberikan sepenuh kepercayaan kerana tahu mereka lebih arif untuk memilih lagu yang digemari oleh masyarakat Malaysia.
"Kejadian menangis di atas pentas bukan disebabkan saya sudah melakukan kesilapan. Kali pertama saya mendengar lagu itu sudah membuatkan air mata saya menitis.
"Setiap kali menyanyikan lagu tersebut saya terfikir ibu dan adik-adik saya. Saya tidak tahu sama ada sudah memberikan yang terbaik untuk mereka atau tidak.
"Saya anggap ini adalah cabaran kepada saya untuk membawa lagu yang beremosi. Ternyata pada malam ini saya gagal mengawal emosi semasa menyampaikan lagu itu," katanya sambil menitiskan air mata.
Dinda ditemu bual selepas tamatnya konsert ketiga Big Stage 2 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.
Dalam pada itu, Dinda mengucapkan terima kasih kepada penyanyi Aziz Harun kerana menjadi penyelamat kepadanya daripada tersingkir.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aziz kerana telah memberi peluang untuk saya menebus kembali kesilapan yang telah dilakukan.
"Saya juga berasa terharu apabila segelintir penonton yang bukan dari kalangan peminat saya menjerit tidak membenarkan saya tersingkir," katanya kepada Gempak.
Pada awalnya, Dinda telah diumumkan sebagai peserta kedua tersingkir pada minggu ketiga Big Stage 2019.
Walaubagaimanapun, Aziz mengambil keputusan untuk menarik diri secara rela hati kerana ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, justeru Dinda terselamat pada minggu ini.
10 peserta melangkah ke minggu keempat dan bakal mempersembahkan lagu mengikut tema Duominasi.
Komposer Ajai diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.
Penyanyi Aman RA telah membuka pentas Big Stage minggu ketiga dengan lagu tema filem Sangkar, 'Fighter'.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.