View: 23373|Reply: 19
|
[Dunia]
Tiada minuman keras, arak pada Piala Dunia 2034 di Arab Saudi - Duta Arab Saudi ke United Kingdom (UK)
[Copy link]
|
|
LONDON: Minuman keras tidak akan dibenarkan pada Piala Dunia 2034 di Arab Saudi, kata duta Arab Saudi ke United Kingdom (UK), semalam.
Acara terbesar bola sepak dunia itu akan menjadi acara pertama yang tidak membenarkan sebarang penjualan minuman keras - termasuklah di kawasan hotel mahupun kawasan penyokong.
Hanya minuman ringan dibenarkan di stadium dan mereka yang didapati menyeludup minuman keras akan dirotan di khalayak ramai.
Putera Khalid bin Bandar Al Saud mengesahkan negara itu sama sekali tidak akan melonggarkan undang-undang Islamnya.
"Banyak perkara menghiburkan yang masih boleh dilakukan tanpa alkohol.
"Ia tidaklah 100 peratus diperlukan dan anda boleh meminumnya selepas meninggalkan Arab Saudi, tetapi buat masa ini, kami tidak membenarkannya (alkohol)."
Pada edisi 2022 di Qatar, penyokong dibenarkan untuk meminum alkohol di hotel yang mendapat lesen bagi penjualan minuman keras.
Namun Prince Khalid memberitahu radio LBC 'tidak akan ada sebarang alkohol, kami adalah negara yang kering.
"Semua orang ada budaya masing-masing. Kami gembira untuk memudahkan semua orang mengatasi sempadan budaya kami tetapi kami tidak mahu mengubah budaya untuk seseorang.
"Ini bukan acara Arab Saudi, ini adalah acara dunia jadi kami mengalu-alukan semua untuk datang."
Penyokong, Tim Bailey jelas tidak berpuas hati di laman X apaila berkata 'negara mereka, undang-undang mereka. Tetapi kenapa ada orang mahu ke sana juga?'
Seorang lagi penyokong berkata 'pelik..mereka sentiasa mahukan orang lain mengubah budaya untuk mereka." -AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baguslah.. tak mati pun kalau dioang ni tak mabuk sebulan, bila mabuk nanti mulalah nak langgar mati org nanti  |
|
|
|
|
|
|
|
Masa dapat hak penganjuran ada perkara ni dibangkitkan atau tidak? FIFA mesti sedia maklum sikap Saudi terhadap alkohol tapi masih bagi jadi host means they agree atau expect macam Qatar?
|
|
|
|
|
|
|
|
sober je lah spnjg event
kot blh quit terus
kan lg bagus
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi ada panggil singer nyanyi pakai baju 3/4 bogel tak? |
|
|
|
|
|
|
|
In order to quit if you must be an alcoholics first. Generally yang minum setin dua sambil tengok bola ni bukan untuk mabuk apa lagi ketagihan. Bukan semua orang suka minum air manis coca cola tu.
Larangan ini ialah kerana alkohol itu haram for muslim, not sure how this rule is received by football fans the world over. We'll see.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan semua peminat bola against this rule pun...ramai yg okay je sebab boleh minum dan continue celebrate di hotel
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Saudi, make sure orang luar hormat agama dan budaya masyarakat Islam, kalau x reti nak hormat please get lost.... |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 16-2-2025 06:50 PM
In order to quit if you must be an alcoholics first. Generally yang minum setin dua sambil tengok ...
Iols refer to non Muslim
Yg Muslim tu sndri mau igt lah
|
|
|
|
|
|
|
|
salah satu tarikan piala dunia ni ialah aktiviti minum minuman keras inilah. sebelum ini ada selalu nampak port penonton ni semua minum... ini untuk mereka yang boleh minumlah... kita tengok nanti adakah ini akan mengurangkan jumlah penonton |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 16-2-2025 08:06 PM
Bukan semua peminat bola against this rule pun...ramai yg okay je sebab boleh minum dan continue cel ...
"Ia tidaklah 100 peratus diperlukan dan anda boleh meminumnya selepas meninggalkan Arab Saudi, tetapi buat masa ini, kami tidak membenarkannya (alkohol)."
You were probably talking about Qatar.
|
|
|
|
|
|
|
|
scorpene replied at 16-2-2025 08:20 PM
Bagus Saudi, make sure orang luar hormat agama dan budaya masyarakat Islam, kalau x reti nak hormat ...
Dunia luar memang tau hormat muslim tak minum alkohol cuma mereka akan ada sedikit masalah memahami kenapa mereka juga tidak dibenarkan.
The Saudis may have a tough time explaining this. Tunggu ja lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalu ada sebilangan peminat yang boikot atau kuciwa dengan tindakan Saudi ni pun, acara tetap berjalan macam biasa.
Yang kuciwa dan takmo datang, sila langgan siaran berbayar dan tonton dari rumah sambil togok arak semahunya. Teda sapa larang.
Yang tak terkesan pasal arak, aman² jer naik flight diam kat Saudi Arabia sambil tonton perlawanan kat stadium. |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 16-2-2025 09:42 PM
Iols refer to non Muslim
Yg Muslim tu sndri mau igt lah
So did I. But from your prev post it sounded like semua yang consume alcohol Itu alcoholic. They're not.
|
|
|
|
|
|
|
|
Qatar dah buat pun world cup tanpa alcohol...mmg ada yg menyalak tapi macam anjing menyalak bukit la |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti saudi allow alcohol under kingdom vision 2030 development plan... Seperti UAE... Untuk boost trourism with restrictions... |
|
|
|
|
|
|
|
Kan.. Banyak lagi minuman halal yang boleh layan, tidak kisah la minuman bergas la, minuman tenaga la, minuman isotonik la, janji halal..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak layan arak, tiada masalah
|
|
|
|
|
|
|
|
'In Qatar, regular fans won't have access to alcohol at matches. Only spectators in the stadiums' high-end luxury suites will have easy access to booze. Outside of the stadiums, fans can still drink at special World Cup gathering spaces, or at specially licensed restaurants, bars, and hotels around the country.'
apart from the stadium luxury suites, lebih kurang macam Malaysia ja.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|