CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4028|Reply: 26

KERAJAAN SARAWAK KEMBALIKAN SEMULA ZAMAN KEGEMILANGAN MUZIUM-MUZIUM DI SARAWAK

[Copy link]
Post time 5-11-2019 03:22 PM | Show all posts |Read mode
SEBAGAI satu lamanbuku yang memartabatkan sejarah, tradisi, warisan dan adat-istiadat Borneo amnya dan Sarawak khususnya, kami menyambut baik akan usaha Kerajaan Sarawak yang tampak gayanya amat bersungguh-sungguh untuk mengembalikan zaman kegemilangan muzium-muzium di Sarawak. Kami mendapat perkhabaran bahawa untuk Belanjawan 2020 Sarawak yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari ada menyelitkan satu berita yang amat menggembirakan bagi pencinta-pencinta sejarah di Sarawak yakni sebanyak RM134.1 juta jumlah peruntukan yang dikhususkan untuk menaiktaraf dan membina muzium-muzium yang ada di Sarawak.

Muzium yang terlibat adalah seperti berikut:

1.Sarawak Museum Campus and Heritage di Kuching
2.Tapak Arkeologi Santubong dan Wallace Centre di Santubong, Kuching
3.Muzium Petroleum di Miri
4.Muzium Maritim Brooke Dockyard di Kuching

Sesungguhnya bagai terpukau dengan langkah yang diambil oleh Kerajaan Sarawak sekarang kerana kita mengetahui bahawa sebelum ini agak lesu muzium-muzium kita biarpun hakikatnya taraf muzium-muzium di Sarawak agak tinggi dimata dunia. Ini kerana artifak-artifak yang dihimpunkan terlalu bernilai yang jarang benar ada di tempat lain sehingga gah namanya seantero dunia sehingga membenarkan pencinta-pencinta sejarah bertandang ke Sarawak sejak dari dahulu lagi.

Pembinaan Sarawak Museum Campus dan Heritage misalnya yang diwar-warkan kedua terbesar di Asia Tenggara sudah tentu boleh memangkin industri pelancongan serta menjadi “one stop centre” untuk mengetahui sejarah rakyat dan warisannya. Telahan lagi kami turut dikhabarkan bahawa rayuan untuk membawa pulang Dakan Melanau yang pernah dimuatnaik di laman Borneo Oracle bagi menyokong usaha membawanya pulang ke Sarawak yang sekarang berada di tangan pencinta artifak purba di Perancis turut mendapat perhatian Kerajaan Sarawak.

Selain itu tatkala pulai menoa tempohari turut berkesempatan melihat usaha kerja-kerja tanah yang sedang berlangsung dengan rancaknya bagi memartabatkan Tapak Arkeologi Santubong dan pembinaan Wallace Centre di Santubong, Kuching. Kita mengetahui bahawa Tapak Arkeologi Santubong adalah lokasi purba yang pernah berdirinya satu kerajaan kuno yang dinamakan Kerajaan Negeri Santubong iaitu antara ketamadunan kuno yang bersangkut paut dengan banyak sejarah-sejarah kaum di Sarawak. Disini juga pernah menjadi bandar pelabuhan yang disebut-sebut di dalam manuskrip kuno di luar negara.

Wallace Centre yang dibina di lokasi Banglo Brooke di Santubong pula sudah tentu merupakan satu pusat ilmu bagi pencinta-pencinta sejarah seluruh dunia. Bayangkan apabila siapnya kelak berapa banyak hasil penyelidikan seorang pengkaji yang terkenal seantero dunia itu diletakkan di ruang pameran pusat tersebut yang kebanyakannya sekarang nun berada di Kota London. Dan amatlah diharapkan agar di Wallace Centre ini juga nanti akan ada ruang untuk menghimpunkan hasil penyelidikan pembantunya iaitu Ali Amit atau dikenali sebagai Buang Wallace, seorang anak Sarawak yang bersama-sama dengan Wallace menjalankan penyelidikan bersama. Sekurang-kurangnya boleh mengangkat nama seorang anak jati Sarawak yang satu-satunya berjaya membuktikan bahawa rakyat Sarawak bukanlah seorang yang gasar dan tidak berpengetahuan.

Apakah lagi yang mampu diperkatakan apabila ada kepercayaan untuk Kerajaan Sarawak menaiktaraf Muzium Petroleum di Miri kerana sejarah Sarawak berkisar akan petroleum dan gas itu sememangnya sudah ada sejak dari zaman sebelum kedatangan Brooke lagi. Masyarakat tempatan Miri seperti jatti-miriek adalah antara pelopor dunia penggalian minyak di Miri walaupun ianya berkisar secara tradisional sahaja yakni minyak hitam itu dijadikan kruing untuk menampal lobang-lobang pada perahu mereka yang rata-ratanya mencari rezeki sebagai nelayan.

Selain itu di muzium itu juga ada sejarah-sejarah penggalian berdasarkan cara moden yang dibawa oleh Brooke sehinggalah sekarang lebih terkini dan segalanya. Menaiktaraf muzium itu perlu agar ianya lebih menarik dari segi pamerannya.

Apalah lagi yang kita pencinta sejarah mahu tatkala Kerajaan Sarawak memberikan nafas baru untuk membina satu muzium yang kita nanti-nantikan iaitu Muzium Maritim Brooke Dockyard. Ini kerana itulah satu-satunya muzium yang akan menampilkan koleksi-koleksi pameran dari genre maritim untuk kita di Sarawak. Dunia pembuatan kapal misalnya samada perahu tradisional atau yang lebih moden era Brooke pernah diusahakan disitu malah rakyat Sarawak yang bekerja di Brooke Dockyard sebagai juruteknik penyelenggaraan dari zaman Brooke sehingga ianya ditutup sudah tentu mempunyai signifikasi sejarahnya tersendiri.

Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak dengan memperuntukan belanjawan yang besar itu wajar dipuji. Disinilah nanti kita mengharapkan agar menjadi satu masyarakat Sarawak yang berilmu dan celik sejarah sendiri. Selain itu mampu menjana hasil dari segi kedatangan pelancongan dan meletakkan nama Sarawak di mata dunia kembali melalui sejarah-sejarahnya yang unik.

Semoga dipermudahkan segala urusan di dalam membentuk pembangunan Sarawak berdasarkan acuan Sarawak sendiri. Terima kasih Kerajaan Sarawak kerana memahami kehendak dan minat di kalangan manusia “bosan” pencinta-pencinta sejarah seperti Borneo Oracle. (y) (y)

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak kata.

-HB-

#KamekSayangSarawakBah!

Kredit gambar: Brooke Dockyard & H.V Maimunah oleh Sarawakdotcomblogspot





Borneo Oracle


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2019 03:24 PM | Show all posts
Muzium baru Sarawak.























Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cantiknya warna dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
@cmf_shalom...arini selasa 5/11/2019.wa tuntut janji bro...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2019 03:38 PM | Show all posts
Skuau replied at 5-11-2019 03:36 PM
@cmf_shalom...arini selasa 5/11/2019.wa tuntut janji bro...

Sabar tunggu DUN abix bersidang...abg joe pun dah bagi jaminan..ada benda menarik pasal cukai 5% dengan petronas...semua mata rakyat sarawak termasuk boya sedang tertumpu kt abg joe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2019 03:40 PM | Show all posts

belum ada kesempatan balik kch tgk muzium baru ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2019 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak tuntut janji juga la.. Aku nak dokumen tentang  kekesalan british sbb benarkan sekolah venakular
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2019 03:54 PM | Show all posts
sarah82 replied at 5-11-2019 03:53 PM
Aku nak tuntut janji juga la.. Aku nak dokumen tentang  kekesalan british sbb benarkan sekolah venak ...

Tunggu ak balik Kch...

ada tpacak didokumen tu kt perpustakaan Sarawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2019 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 5-11-2019 03:54 PM
Tunggu ak balik Kch...

ada tpacak didokumen tu kt perpustakaan Sarawak

Hahaha.. Baik shalom.. Aku tgg penuh sabar.. Balik x'mas?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2019 04:09 PM | Show all posts
sarah82 replied at 5-11-2019 03:56 PM
Hahaha.. Baik shalom.. Aku tgg penuh sabar.. Balik x'mas?

balik hikkkk..dah beli tiket belon hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 5-11-2019 04:09 PM
balik hikkkk..dah beli tiket belon hahaha

Waaaaaa.. Best laa.. Boleh naik belon.. X lama lagi dah.. Mesti ang dok kira hari nak xmas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2019 05:21 PM | Show all posts
sarah82 replied at 5-11-2019 04:38 PM
Waaaaaa.. Best laa.. Boleh naik belon.. X lama lagi dah.. Mesti ang dok kira hari nak xmas

serius...naik belon ujung tahun...bukan suatu yg menyeronokkan..elakkan naik belon waktu petang...


ni pun rasa tingtong lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 5-11-2019 05:21 PM
serius...naik belon ujung tahun...bukan suatu yg menyeronokkan..elakkan naik belon waktu petang... ...

Dah kat Sarawak ka? Wokies.. Aku ingat tips ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2019 05:28 PM | Show all posts
sarah82 replied at 5-11-2019 05:26 PM
Dah kat Sarawak ka? Wokies.. Aku ingat tips ni

belum...bukan di sarawak..tp ditempat lain heheh
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 5-11-2019 05:28 PM
belum...bukan di sarawak..tp ditempat lain heheh

Hahaha.. Baik laaa.. Selamat bercuti..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow harap dapat turun Kuching..grad unimas 2005 sik sampei lg pas ya. Tempat jatuh lagikan dikenang. Dengar cerita Everrise supermarket makei daun pisang balut sayur hihi.. environmental friendly

Produk kamek baru ja sampai Samarahan, Kuching, Sibu, Miri. Pas tok kamek sain agreement dengan kilang Sarikei, hq kamek di Sibu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 5-11-2019 03:36 PM
@cmf_shalom...arini selasa 5/11/2019.wa tuntut janji bro...

Yess... Srwk akan proceed nga.n mahkamah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2019 06:58 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 5-11-2019 07:00 PM
KIM.K replied at 5-11-2019 05:54 PM
Wow harap dapat turun Kuching..grad unimas 2005 sik sampei lg pas ya. Tempat jatuh lagikan dikenang. ...

kamek pun lama dh x turun kch...kg kamek bukan area sia....

mun dpt pegi muzium tuk pon best..next year

sigik gik tempat kamek wajib pergi..state library...banyak dokumen pembentukan malaysia...mun di kch..muka kamek la selalu di lib sia..buhsan lepak gi wf sia..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 5-11-2019 06:58 PM
kamek pun lama dh x turun kch...kg kamek bukan area sia....

mun dpt pegi muzium tuk pon best..n ...

Kamek jua kaki museum dan library. I grew up in Shah Alam, my father took me to both lib & museum (side by side). Close to my heart

Insta AirAsia padah nek tuk BIG AIR ASIA SALES, KLIA-KCH MYR72
Might try my luck
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 10:01 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 5-11-2019 03:40 PM
belum ada kesempatan balik kch tgk muzium baru ni...

balik nanti ambik la gambar ruang dalam muzium tu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.372378 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list