View: 13105|Reply: 73
|
Ust Ebit Lew : Rezeki mencurah-curah
[Copy link]
|
|
Edited by safriehalim at 28-4-2020 08:14 AM
Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.
Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.
Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia.
Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat.
Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang.
Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rugila bila mindset harta benda tu rezeki dan bahagian kemuliaan.. Sbb tu orang pandang sepi bila hidup tanpa harta benda dan kisah kain guni |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..semoga dipermudahkan segala urusan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm.... bercampur baur hatiku membacanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lailerthee replied at 28-4-2020 08:51 AM
Rumah dia wow besar nya
Tu rmh jenis apa..banglo ke
|
|
|
|
|
|
|
|
sikap rajin dan suka membantu uel...murah rezeki dia.
Cuma nasib manusia ni tak semua sama. Definisi kaya ni subjektif. Dlm islam, kaya tak semestinya dilihat berharta dan rumah besar. Ada yg berharta memilih hidup low key, zuhud dan tidak dikenali. Ada yg tak kaya tp allah limpahkan org tu dgn kesihatan panjang dan anak2 yg ramai dan berjaya.
Ai kenal seorg kawan. Adik beradik 11org. Ayah prof di utm. Isteri surirumah. 11 adik beradik ni alhamd..soleh solehah, berjaya dlm hidup. Belajar local dan oversea, kerja doktor, bisnes, engineer, dr phd...
Walhal rumah teres biasa, hidup sederhana. Tp prof ni alim orgnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki yang murah sesetengah orang tak diberi dalam bentuk kekayaan.
ada orang terdekat yg i kenal..adik beradik cukup hebat kerjaya dan akhlaknya..tapi datang dari keluarga yg miskin.
so, i berpendapat..murah rezeki mak ayahnya dapat anak2 sebegitu.
adakah bila org tu tak berharta disebabkan dia tidak bersedekah..mmm..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana rumah ust ni. Besar gedabak. Mesti harga cecah 10juta..
Tapi jauh disudut hati aku uel ni sekarang tengah diuji.. diuji dengan kekayaan, kemasyhuran & kepercayaan org sekeliling padanya.
Harap2 uel tak buat perkara yg salah ( tak ambil kesempatan diatas semua ni ) |
|
|
|
|
|
|
|
Byk bisnes,royalti buku2,income drpd socmed lagi..so tak heran laa kalau dia boleh sedekah berjuta2..cuma kurangkn drama nangis sekadar di pinggiran tu je..y lain bagus daa ustaz |
|
|
|
|
|
|
|
Anak murid arwah prof hanim rupanya.. Suka prpf soft spoken.. Anak dia pun cm ayahnya alim soft spoken ckp benda2 penting je xsuka membawang benda bukan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Wow cantik sgt rumah heols. Untung wife heols. I suka jah ustaz2 ni kaya. Sbb org kapir suka pandang rendah golongan warak ni mcm pengotor, miskin etc. I cuma harap, dgn sharing UEL yg ni, terbukak la hati org2 yg nk masuk islam, walaupon islam, ko keje dgn jujur, boleh je kaya. X ada rasuah etc. Kapir kan suka ingat xkn kaya kalau masuk islam, arak xboleh jual, hiburan xboleh jual.
Cuma, nak capai tahap arwah TGNA dulu, x semua org mampu. Kdg2 i fikir, kenapa la i sibuk nak kejar dunia, i nak sgt2 kaya boleh stay rumah banglo etc2, sedangkan hidup dkt akhirat yg kekal. Tp sbg manusia biasa mmg xdpt elak nak merasa harta dunia sbb tu i mmg respek sgt2 TGNA, mampu hidup sederhana sgt2! Yg tu mmg zuhud betul lah. |
|
|
|
|
|
|
|
barfi replied at 28-4-2020 12:58 PM
Kat mana rumah ust ni. Besar gedabak. Mesti harga cecah 10juta..
Tapi jauh disudut hati aku uel n ...
I pon rasa yg sama. Allah syg dia sbb tu diuji. Patut dia syukur, sbb Allah nk dia ingt. I risau bila dia start share2 harta ni. (I harap u phm what i mean) |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 28-4-2020 01:43 PM
I pon rasa yg sama. Allah syg dia sbb tu diuji. Patut dia syukur, sbb Allah nk dia ingt. I risau b ...
Ya betul. I rasa dia tak patut umumkan kekayaan dia takut jatuh riak. Tapi entah la. I ni sapa je kan. Kalau i komen macam ni kat fb 7 keturunan kena maki dengan netizen huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
iols plak rase dia more kepada kene clarify harta2 dia bersumber dari mana.
sebab sekarang orang dah start persoalkan betul ke dia gunakan duit yg org amanah tu ke jalan yang betul.
dalam islam pn ade ckp kan, pendakwah ni seeloknya kaya sebab dia akan menbantu orang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
i pun baca mixed feelings juga rasa mcm tak perlu try hard sgt nk justify kekayaan dia...tolong je org diam2,takut bercampur bisnes dan kebajikan |
|
|
|
|
|
|
|
Besar tu satu hal, tu siap ada infinity pool lagi tu....mmg dahsyat
|
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 28-4-2020 04:14 PM
Besar tu satu hal, tu siap ada infinity pool lagi tu....mmg dahsyat
Infinity pool yg mana chuol? Sorry la xtao rumah org kaya2 ni hahaha. Yg ad petak kaca tu ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|