View: 17632|Reply: 9
|
[Tempatan]
Jalan pantai ditutup, laluan arah Batu Rakit ke Mengabang Telipot runtuh
[Copy link]
|
|
Oleh Zaid Salim
Januari 12, 2025
[email protected]
KUALA NERUS: Jalan Pantai Kampung Tanjong, Batu Rakit, di sini, ditutup apabila laluan dari Batu Rakit menghala ke Mengabang Telipot runtuh akibat dibadai ombak jam 9 malam tadi.
Tinjauan NSTP di kawasan berkenaan jam 1 pagi tadi mendapati beberapa pekerja syarikat penyelenggaraan jalan sedang memasang tali dan batu penghadang serta papan tanda jalan ditutup di kedua-dua arah.
Laluan sepanjang kira-kira 50 meter itu dikatakan runtuh selepas dibadai ombak besar setinggi 2.4 meter serta angin kencang bermula jam 6 petang dan berlarutan ke awal pagi ini.
Hakisan dijangka menjadi lebih teruk apabila ombak dikatakan mencecah sehingga 2.9 meter dengan kelajuan angin sekitar 40 kilometer sejam bermula jam 8 malam ini.
Penduduk, Khairul Anuar Shamshudin, 43, berkata, hakisan yang semakin mengganas turut memusnahkan bangsal serta jeti nelayan kampung berkenaan yang kini tinggal kenangan apabila semuanya sudah dibawa arus ke laut malam tadi.
"Hakisan berlaku terlalu cepat. Ahad lalu hanya sebahagian kecil jalan yang runtuh. Dalam masa enam hari, sudah separuh bahagian jalan 'hilang' dibadai ombak.
"Yang terbaharu ini (jalan runtuh) jam 9 malam tadi. Malam esok (malam ini) ombak dikatakan lebih tinggi iaitu 2.9 meter dengan kelajuan angin kira-kira 40 kilometer sejam dan ia akan meruntuhkan lebih banyak lagi bahagian jalan ini," katanya ketika ditemui bersama beberapa penduduk sedang meninjau keadaan hakisan di lokasi berkenaan, awal pagi tadi.
Katanya, jalan berkenaan akan putus jika tidak ada tindakan segera diambil bagi mengelak hakisan terus berlaku di kawasan berkenaan sepanjang musim Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir Mac ini.
"Saya difahamkan kerja-kerja membina penghadang ombak di kawasan pantai ini terutama di bahagian jalan ini akan bermula Mac nanti.
"Monsun Timur Laut (MTL) dijangka berakhir Mac nanti. Saya percaya untuk sampai ke bulan Mac, jalan ini akan runtuh sepenuhnya dan berkemungkinan besar akan memusnahkan beberapa rumah penduduk yang tinggal berhampiran jalan," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-1-2025 12:25 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Ada eh Pantai Batu Rakit?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 12-1-2025 04:00 PM
Ada eh Pantai Batu Rakit?
takde pantai batu rakit...jalan pantai ke batu rakit ada la sbb nak ke sana ada jalan pantai dan jalan biasa (tatau la nama sebenar) |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la aku heran. Video atas tu tulis Pantai Batu Rakit kot aku yang tak pernah tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 12-1-2025 04:07 PM
takde pantai batu rakit...jalan pantai ke batu rakit ada la sbb nak ke sana ada jalan pantai dan j ...
Ni jalan yang menghala ke airport kt tu ke? Mmg dah lama menghakis kan? Lama tak lalu kot situ |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk windly warna merah angin kuat bawah vetnam menuju Malaysia, memangla ombak kuat, |
|
|
|
|
|
|
|
eclipse25 replied at 12-1-2025 05:24 PM
Ni jalan yang menghala ke airport kt tu ke? Mmg dah lama menghakis kan? Lama tak lalu kot situ
iyerr...mmg sikit2 menghakis. aritu blk kg mak iols ckp depan poknong tu habis dah terhakis mujur la poknong tu seberang jalan sini tp tatau apa jadi kat kedai ict betul2 depan pantai view cun tu.
situ mmg dasat ombaknya ke tanahnya yg problem tatau la. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnalillahirojiun
Harap dipermudahkan urusan masing2 nnt |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 12-1-2025 05:58 PM
iyerr...mmg sikit2 menghakis. aritu blk kg mak iols ckp depan poknong tu habis dah terhakis mujur ...
I tengok video lalu kat tiktok. Besar nya ombak menghala ke jambatan angkat tu. Hempas kereta myvi |
|
|
|
|
|
|
| |
|