Edited by eddlisa_uyuk at 30-6-2020 08:04 AM
7 Hari Mencintaiku 2 merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Siti Saleha dan Shukri Yahaya. Diadaptasi daripada novel 2018 bertajuk sama karya Siti Rosmizah dan juga merupakan kesinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku (2016), siri ini akan memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 pada 2020 menggantikan Nasi Kerabu Untuk Che Abe.
(Sinopsis ini dipetik daripada novel asal disebabkan tiada sinopsis rasmi untuk drama setakat ini) Mia Adriana (Siti Saleha) dan Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. “Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.”Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) tak kurang hebatnya.
“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!”
Hilang hormatnya pada Pak Samad (Kazar Saisi). Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana.
“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!”
Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Zaidi (Bil Azali). Helmi (Syazwan Zulkifly) bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.
“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.”Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.
“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!”
Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.
“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.”
Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.
Pelakon utama- Siti Saleha sebagai Mia Adriana
- Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Pelakon pembantu- Faye Kusairi sebagai Syakila
- Liza Abdullah sebagai Mak Leha
- Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
- Wan Sharmila sebagai Sofi
- Jaja Iliyes sebagai Nadia (Nad)
- Bil Azali sebagai Zaidi
- Kazar Saisi sebagai Pak Samad
- Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
- Sean Lee sebagai Adam
Pelakon sampingan- Jasmin Hamid sebagai Puan Hayati
- Shaharuddin Thamby sebagai Dato' Johari
- Idris Md Diah sebagai Pak Andak
- Anne Abdullah sebagai Mak Andak
- Syaffiq Sahli sebagai Jali
- Razzuan Rosli sebagai Fariz
Pelakon kanak-kanak- Dhia Irdina sebagai Alisa Ariana
- Puteri Rafasya sebagai Harlina (Kenit)
|