CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 952|Reply: 0

Kongsi Artikel lalu

[Copy link]
Post time 23-7-2020 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Covid-19: Boleh contohi China
Nushirwan berkata, meskipun China kini sudah memberi kelonggaran pergerakan terhadap rakyatnya selepas pandemik Covid-19 di negara itu mula menurun, namun ia bukanlah kebebasan mutlak.
“Memang betul, ada kelonggaran pergerakan di Wuhan, wilayah Hubei. Tapi ia bukanlah kebebasan mutlak. Sebab masih terdapat langkah keselamatan. Contohnya, masih terdapat pengawalan pergerakan dengan tempat umum tidak dibenarkan terlalu ramai orang dan pihak berkuasa masih memantau keadaan di Wuhan.
“Bagi kerajaan China, walaupun jumlah kes sudah menurun, tetapi mereka tetap bimbang mengenai kes yang diimport dan kes yang mereka (individu) ada virus itu tetapi tidak menunjukkan gejala. Walaupun sudah berjaya mengekang penularan wabak, tapi kita masih perlu berhati-hati,” katanya.
Nushirwan berkata, rakyat Malaysia boleh mencontohi budaya media sosial rakyat China yang lebih terkawal.
“Tolonglah jangan dengar khabar angin. Rakyat Malaysia kena mengamalkan tapisan kendiri untuk tidak menularkan berita tidak benar dan jangan mendengar serta percaya khabar angin.
“Saya sendiri hanya mengikuti sendiri Facebook dan pengumuman dari Dr Noor Hisham (Ketua Pengarah Kesihatan) sebab dialah yang pakar di negara kita,” katanya.
Nushirwan berkata, Malaysia juga boleh melihat bagaimana cara China meningkatkan kembali ekonomi mereka selepas kes Covid-19 mula menurun.
“Kita kena lihat keadaan ini (situasi Covid-19) sebagai cara untuk kita meningkatkan ekonomi dengan lebih kompetitif lagi. Contohnya perkhidmatan dalam talian (di China) lebih maju daripada sebelum Covid-19. Saya rasa di Malaysia boleh buat benda (perkara) yang sama.
“Kita kena fikir cara lebih fleksibel bagaimana untuk kita berniaga. Banyak benda yang boleh kita belajar dari China dan sebenarnya banyak juga pengalaman kita yang mereka boleh belajar. Ini proses saling belajar (dan) mempelajari,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.225762 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list