CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2046|Reply: 3

Polis cari pemandu Vios lalu lorong motorsikal

[Copy link]
Post time 22-8-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Polis sedang mengesan sebuah kereta yang dipandu secara melawan arus di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal kemalangan.

POLIS memburu pemilik kereta Toyota Vios yang dipandu lawan arus di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal terbabit kemalangan, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku 4 petang apabila pekerja bank berusia 29 tahun menunggang motosikal dari arah Petaling Jaya menghala ke Putrajaya terlanggar tembok kiri di bahu jalan akibat mengelak daripada melanggar kereta yang melawan arus itu.

Menurutnya, video dirakam mangsa sebelum kejadian jelas menunjukkan pemandu kereta melawan arus di laluan motosikal secara tiba-tiba keluar dari terowong dan seterusnya menyebabkan penunggang terbabit hilang kawalan lalu terlanggar tembok sementara pemandu kereta meneruskan perjalanan.

"Usaha untuk mengesan pemilik kereta QMN 5338 sedang dibuat kerana didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Sarawak.

"Mohon pemandu atau pemilik datang menyerah diri ke balai polis Trafik JSPT Kuala Lumpur atau sesiapa mempunyai maklumat boleh hubungi Sarjan Shamsul Kamal atau Asisten Superintendan Khairul Naim di talian 03-20719999," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akibat kejadian itu juga, mangsa cedera di lutut kiri dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/612807/amp

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Skg ni toyota pun dah jd bebal...bukan perokdua ja
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2020 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya driver.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 22-8-2020 04:00 PM
Skg ni toyota pun dah jd bebal...bukan perokdua ja

Myvi dah malu......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.069913 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list