Masa awai2 PKP awai2 dulu masa bulan Mac, aku layan drama yang agak menarik di Netflix iaitu Unorthodox.
Unorthodox ni berdasarkan buku autobiografi Deborah Feldman's - Unorthodox: The Scandalous Rejection of My Hasidic Roots (2002) mengisahkan seorang wanita muda yang melarikan diri daripada komuniti Yahudi Hasidic (ultra orthodox) di Brooklyn, New York ke Berlin, Jerman.
Siri ini pada dasarnya mengisahkan perjuangan seorang wanita muda yang berasa terkongkong dan didiskriminasi oleh tradisi komuniti yahudi hasidic di mana beliau dibatasi oleh pelbagai peraturan lebih2 lagi sebagai seorang wanita.
Drama ni mengggunakan 70% bahasa Yiddish (bahasa yahudi eropah) daripada dialog keseluruhan selain bahasa Inggeris dan Jerman dan berlatarbelakangkan komuniti Yahudi Hasidic di Brooklyn, New York yang mungkin ramai tidak mengetahui budaya dan amalan2 mereka kerana terasing dari dunia luar.
Yang aku kenal Matisyahu, tapi sekarang dia dah tak berimej ortodoks, awai2 kemunculan dia dulu sekitar pertengahan tahun 2000 mmg ortodoks habis. tapi lagu dia best2..ni antara yg bestt
Episode 1
Episod pengenalan drama ini menceritakan mengenai Esty, wanita muda berusia 19 tahun yang melarikan diri daripada komuniti Yahudi Hasidic di Williamsburg, Brooklyn, New York selepas berkahwin dengan seorang lelaki bernama Yanky yang diaturkan oleh keluarga mereka. Esty melarikan diri hasil bantuan guru pianonya.
Selepas menyedari kehilangannya, Rabbi keluarganya mengarahkan suaminya, Yanky yang dibantu sepupunya Moishe untuk menjejaki dan membawa Esty pulang.
Setibanya di Berlin, Jerman, Etsy yang meminati muzik dan berbakat dalam bermain piano berkawan dengan sekumpulan pemuzik lain yang datang dari negara2 bergolak yang mengambil kelas muzik di sana.
Episode 2
Episod 2 siri ini mengimbau kembali saat Esty sebelum melarikan diri ke Jerman iaitu semasa persiapan untuk berkahwin dengan Yanky, dan menjalani ritual-ritual Yahudi Ortodoks sebelum upacara perkahwinan seperti membotakkan kepala.
Sementara itu, selepas diberi restu oleh Rabbi mereka, Yanky dan sepupunya Moishe berlepas ke Jerman untuk misi mencari dan membawa pulang Esty. Moishe merupakan watak antagonis dan mempunyai agendanya sendiri.
Episode 3
Dalam episod ini mengimbau bibit2 keretakan hubungan Esty dan Yanky apabila mereka gagal melakukan hubungan seks. Esty dipersalahkan, sementara Yanky memberitahu ibunya masalah yang dihadapi dalam bilik tidur membuatkan Esty berang.
Di Jerman, Yankee dan sepupunya Moishe terus menjejaki Esty dan mendapat petunjuk setelah menemui ibu kandung Esty, Leah yang berada di Jerman.
Leah dianggap goyim kerana meninggalkan komuniti hasidic dan berkahwin dengan lelaki bukan yahudi semasa Esty masih kecil.
Episode 4
Episode terakhir untuk musim pertama siri ini bermula dengan imbauan kembali kisah Esty dan Yanky sebelum Esty melarikan diri ke Jerman.
Kerana takut dianggap gagal menghamilkan Esty, Yanky menyatakan hasrat untuk menceraikan Esty sebelum sempat mengetahui yang Esty telah mengandung.
Di Jerman, Esty bersedia untuk menghadiri audition bagi mendapatkan biasiswa sekolah muzik.
Moishe berjaya menjejaki Esty dan menyuruhnya pulang dan memberinya pistol. Pada sesi audition Esty yang sebelum itu berkata dia meminati piano tidak bermain piano sebaliknya menyanyi.
Beliau menyanyi lagu dalam bahasa Jerman bertajuk An Die Musik dan lagu dalam bahasa Yiddish. Persembahan nyanyian dalam bahasa Yiddish mempesonakan juri dan rakan2nya.
Suaminya, Yankee juga berada di pentas audition dan menonton persembahan Esty. Selepas itu mereka bertemu, Yanky mengajak Esty pulang ke New York, Esty enggan. Yanky kemudian berkata dia juga boleh berubah dan memotong side lock-nya. Siri diakhiri dengan Esty meninggalkan suaminya di hotel, dan duduk di sebuah cafe dan didatangi oleh rakan2nya.
Yahudi ni ada ada aliran ortodoks, moden ortodoks, sekular etc. kat Hollyoood tu banyak yang keturunan yahudi. tapi sekadar keturunan laa, bukan ikut dari segi agama, cara hidup, budaya dsbnya.
kat Israel pon sama, group ortodoks ni minoriti saja kat sana. majority sekular, modern orthodoxy sekadar (follow hari kebesaran). kalau hat ortodoks betui tu hari2 kerja depa baca Torah saja, kerja takmau.
Post time 29-8-2020 10:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 29-8-2020 10:07 PM
sound interesting
Hahaa.. Betul.. Mul2 aku blur juga tentang 81 ular2 yg melindungi si gadis.. Lepas aku fikir balik.. Yeza.. Tu la buddha sebenar.. Sbb ular adalah haiwan yg lindungi buddha dari hujan masa buddha bertapa. Plot twist la..
Author|Post time 30-8-2020 12:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah82 replied at 29-8-2020 10:38 PM
Citer korea tu lain dari yg tipikal femes ka.. Ingatkan hantu.. Rupanya tak..
Foreign tv series (lain dari US) ni selalunya menarik tak perlu plot hebat2 merapu pon kadang2 tema dan plot yang biasa2 je pon, pasai kehidupan seharian, etc.
interesting sebab depa tunjuk culture hasidic jews yang hidup dalam dunia depa sendiri dan tak bercampor dengan orang luar. season 2 ntah bila akan kuar, harap ada laa season 2... last episode season 1 ni plot tergantung, lepas Yankee jumpa Esty kat Jerman..
- best sebab berdasarkan kisah Deborah Feldman yang lari dari komuniti ultra ortodokds yahudi di NY sebab rasa ditindas
- tak selalu boleh tengok siri dalam bahasa Yiddish. Kalau dalam Hebrew banyak, siri tv dari Israel banyak bahasa Hebrew
- tak banyak siri yang papar mengenai komuniti Hasidic yang cara hidup depa memang sangat dirahsiakan dari dunia luar https://en.wikipedia.org/wiki/Deborah_Feldman