CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2194|Reply: 8

Psoriasis, Dermatitis & Masaalah Kulit (Cara Natural)

[Copy link]
Post time 21-9-2020 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 23-9-2020 10:35 AM

Sister i ols ada masaalah psorisis ni. Lama jugak bertahun dah ingatkan sebab kulit dia putih atau sensitive. Naik merah2 bile keluar kena panas..ingatkan allergic rupa2nye..Sejak dia ikut Dr Berg ni 3 bln dh, merah2 kat pipi/leher tu hilang chuols. Sini I ols nak share ler sket kot2 dpt membantu.

Dah merata pergi specialist 2-3 tempat x hilang2 habis dah beribu. RM300 consultation shj pakar katanyerr x hilang pon asyik kasi krim sapu dan antihistamine. Ni harap2 dpt menolong yg ingin berubat dr berhabis duit tapi x hilang.

1)L-glutamine (makan) perut kosong 2 sudu teh.
2)Minyak daun Tamanu (sapu)
3)Dead sea salt (garam utk mandi)- 2 sudu makan.
4)Vitamin D & K (makan)
5)Jaga diet.


insya Allah.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2020 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks TT, my sis pun psoriasis jugak. Sekarang memang dia follow up kat pakar kulit
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 03:42 PM | Show all posts
Sini I ols nak share le sket kot2 org yg mengalami masaalah kulit dpt jln alternatif

Petua abang...lengkuas campur minyak tanah...jgn taruh mancis lak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2020 03:46 PM | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 21-9-2020 03:47 PM
Mina2215 replied at 21-9-2020 03:40 PM
Thanks TT, my sis pun psoriasis jugak. Sekarang memang dia follow up kat pakar kulit

private ke ..gome? kalau gomen okay..kalau private mmg mencekik la..boleh kasi link Dr Berg tu.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 03:48 PM | Show all posts
Google...jumpa ni....


PANAU

Panau merupakan sejenis penyakit kulit yang sering dihadapi oleh sesorang yang tidak menjaga atau mementingkan penjagaan dan penampilan diri. Panau merupakan sejenis penyakit  jangkitan kulat terhadap kulit manusia. Ia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk ada yang kecil dan besar dan akan tumbuh serata di permukaan kawasan kulit sekiranya tidak dirawati dengan segara. Selalunya kelihatan tompokan putih pada kulit.

Amat membimbangkan jika panau tumbuh dan merebak di  bahagian muka dan ianya berlaku pada lelaki atau pun wanita. Di sini saya ingin kongsikan beberapa petua orang - orang lama yang berkesan untuk mengurangkan panau di badan anda.



1.DAUN PINANG

Daun pinang dikatakan amat berkesan terhadap panau akan tetapi sukar untuk didapati di kawasan bandar besar. Ianya boleh didapati secara percuma sekiranya anda berada di kawasan kampung. Boleh minta dekat jiran-jiran yang ada pokok pinang dan beritahu nak buat ubat panau. Insya Allah jiran akan bagi free je. Jangan lupa kalo ambik tu ambil la banyak sikit nanti tiap2 hari nak berulang-alik ke rumah dia saja. Ambil stok untuk seminggu siap-siap !!!

Lepas tu ambil daun pinang 3 helai, tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat. Sapukan pada panau - panau yang ada pada permukaan kulit anda 2 hari sekali pada waktu pagi dan malam. Amalkan setiap hari selama seminggu, Insya Allah akan nampak perubahannya.



2. BUAH PINANG

Selain boleh dimakan dengan sireh untuk awet muda, perahan air buah pinang jugak dikatakan berkesan untuk merawat panau. Ambil beberapa biji buah pinang potong kecil-kecil campur air secukupnya dan boleh ditumbuk atau diblender. Sapukan 2 kali sehari selama 1 minggu. Buah pinang boleh didapati di pasar-pasar tani atau pasar pagi di kawasan bandar kalau dekat kampung boleh minta dekat jiran anda.





4. DAUN KESUM & MINYAK TANAH

Daun kesum @ daun cenehom (orang Kedah panggil) selalu digunakan untuk buat kuah laksa dan asam pedas. Ia juga mujarab untuk mengubati panau. Mudah di dapati di pasar - pasar pagi. Beli 1 ikat daun kesum (RM1-2), leraikan daun dengan rantingnya, campur dengan 1-2 sudu minyak tanah,gosokkan pada bahagian badan yang ada panau. Jauhkan daripada api sekiranya tidak mahu terbakar. Amalkan 2 kali sehari.





4.DAUN GELENGGANG

Tumbuk beberapa helai daun gelunggang sehingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.








5. DAUN BELIMBING BULUH

Tumbuk beberapa helai daun belimbing buluh sehingga lumat. Campurkan sedkit dengan air asam jawa dan beras. Bukan nak buat pekasam ya. Nak buat ubat panau !!! Amalkan setiap hari.





6. HALIA

Potong halia sebesar ibu jari tumbuk sehingga lumat sekali dengan kulitnya. Halia mudah didapati di mana-mana kedai atau pasar. Tepekkan halia yang telah di tumbuk itu pada bahagian berpanau selama 15-20 minit. Bilas dengan air bersih. Sisa halia tu perlu dibuang jangan guna semula untuk masak sup ayam ya. Amalkan selalu sehingga panau berkurang. Kalo buat sekali je pastu nk panau hilang memang tak la.





7. PUCUK LADA

Ambil beberapa pucuk lada dan tenyehkan pada panau-panau pada badan. Kulit akan rasa sedikit pedih. Amalkan selalu !!!



8. BAWANG PUTIH

Tumbuk 2 ulas bawang putih menggunakan lesung batu. Sapukan pada bahagian kulit berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan selalu dan tengok hasilnya selepas 1 minggu.





9. LENGKUAS

Ambil 2 ketul lengkuas dan campurkan dengan sedikit air dan tumbuk hingga lumat. Ambil air tumbukan lengkuas tadi dan sapukan pada panau. Insya Allah amalkan 2 hari sekali selama 1 minggu.





10. DAUN LENGKUAS

Akhir sekali, boleh cuba dan amalkan daun lengkuas. Ambil beberapa helai daun lengkuas tumbuk sehingga lumat. Sapukan daun pada bahagian yang berpanau. Daun lengkuas agak susah didapati selain anda tanam di rumah !!! Sementara itu, elakkan makan makanan yang mempunyai lengkuas untuk mengurangkan panau di badan.



Insya Allah semoga tip-tip ini membantu bagi sesiapa yang mempunyai masalah panau yang berlarutan sekian lama. Selain daripada mengamalkan herba-herba ini, nasihat daripada doktor juga diperlukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2020 03:51 PM | Show all posts

Thanks..boleh la ikut siapa yg masaalah method aryuveda.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2020 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pesakit psoriasis. Memula terkawal dfn apply aqueous cream tu. Tapi makin lama mcm da imun. Naik tebal2 terutama kat kulit kepala. Pastu ada masanya tapak kaki sakit tak de sebab. Emosi unstable.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2020 08:39 PM | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 22-9-2020 11:43 AM
budgetMommy replied at 21-9-2020 07:39 PM
Saya pesakit psoriasis. Memula terkawal dfn apply aqueous cream tu. Tapi makin lama mcm da imun. Nai ...

Kulit tu dah immune yes. Selalunya masaalah berkaitan autoimmune sistem my sis yg discover...bermula dalam usus (usus ada bocor senang benda lain masuk) tpi doktor/pakar selalu cakap keterunan/genetic...lepas tu kasi krim dan pil shj.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2020 12:31 PM | Show all posts
Hentikan..

1)Minyak masak (guna real fat....butter, minyak kelapa, margerine)
2)Susu/dairy (lactose..protein)
3)Gula
4)Gluten (roti, pasta, cereal) 5)All grains..
6)Sayur.. tomato, ubi kentang, peppers, terung..






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.199524 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list