View: 59513|Reply: 221
|
[DRAMA MELAYU]
AKASIA : CINTA SEKALI LAGI [SAHARUL RIDZWAN,NELYDIA SENROSE,HANNAH DELISHA]
[Copy link]
|
|
Nantikan drama bersiri 'Cinta Sekali Lagi' bakal mengisi slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha. Drama terbitan Suhan Movies & Trading, arahan Pali Yahya. Akan ditayangkan pada bulan September 2020.
JUDUL : CINTA SEKALI LAGI
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Luqman Hafidz, Ezzaty Abdullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Iman Zulkarnain, Isaac Iman, Tengku Zara, Zara Shelby, Alessandra Alyssa
WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Fahad
Nelydia Senrose sebagai Amanda
Hannah Delisha sebagai Amani
Raja Afiq sebagai Mukhlis
Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
Iman Zulkarnain sebagai Muiz
Zara Shelby sebagai Danisha
Alessandra Alyssa sebagai Daniya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sinopsis CINTA SEKALI LAGI
Mengupas kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.
Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.
Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.
Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.
Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.
Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.
Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?
sumber : wikipedia (meols tlg copy paste) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dh tgk ep 2 semlm.. so far oklah.. sbb kebykan blh berlakon..
ada scene kayu kayan sikit2 still blh accept janji bkn hero/heroin yg kayu
cumanya watak Mukhlis tu mcm so-so je lakonannya .
lgpun br 2 ep kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Farhana tu ada iras bini fizz peruz |
|
|
|
|
|
|
|
Laku sungguh anak2 pompuan rosmizai ni kan...sorang kt astro, 2 org kat tv3, bersilih ganti kat tv... |
|
|
|
|
|
|
|
Best plak si Amani ni kene tibai ngan si Hana. Padu.
Makeup tebal si Amani ni sangat memainkan peranan watak jahat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
geram & sakit hati je kalau ada adik macam amani |
|
|
|
|
|
|
|
baca sinopsis tu ..akhir tu mcm geram plak..dh byg kan sahrul ridzwan ni pun mcm slow bertindak.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni drama nak cantas laki orang lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
DRAMA dengki adik bradik ni
|
|
|
|
|
|
|
|
hmm bakalan drama yg hati disakiti jugak la ni sbb kakak over sgt baik..mcm leh agak je wats next..kemahen mendiva amani acah2 jd menantu ongkaya ..hahahahaaa..
tp ai suke cite ni sbb watak hero x perfect,selekeh,peluh2,jwtn tggi tp xde la level ceo..confess pon malu2 xyah nak ayat jiwang2..gudjob mcm tersuke lak ngan saharul |
|
|
|
|
|
|
|
Terlayan trus dari ep1 dah. Best plak. Suka psl semua cam leh blakon dan jalan citer so far tak lah slow.
Chemistry Nely dan SA pun not bad. Takde la overdramatik nak kene peluk2 cium2 nak tunjuk loving2.
Dan watak Amani ni outstanding weh. Good job Hannah. Lain sungguh dari watak comel time MMP dia dedulu. Scene sepak menyepak ngan Mukhlis sangat padu.
Lagi satu watak best si Farhana. Rasa cam dia je yg brani melawan dan fight for herself. |
|
|
|
|
|
|
|
deebiz14 replied at 13-11-2020 12:17 PM
Terlayan trus dari ep1 dah. Best plak. Suka psl semua cam leh blakon dan jalan citer so far tak lah ...
Kan..tak perlu nk berdukung, lambung2nk tunjuk romantik...scene nelly dgn sr still.nmpk ada chemistry..
Tp kan nelly ni mcm gitu je lakonan dia..mcm dlm lelakimu yg dulu je style.. |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 12-11-2020 10:36 AM
ni drama nak cantas laki orang lagi ke?
Cantas laki kakak sendiri....atas sbb kakak penyebab parut kekal kt tangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
percaya sgt kat amani tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Jahat giler si Hanna delisha tu... |
|
|
|
|
|
|
|
qqmikael replied at 16-11-2020 07:29 PM
Jahat giler si Hanna delisha tu...
Menjadi betul watak dia kan...tp spoil la bulu mata palsu tu...dgn mekap tebal...agak2 la bila nk mekap n pakai bulu mata tu... |
|
|
|
|
|
|
|
farhana time jd student nmpk btol2 mcm student..dh keje nmpk mcm matang skit tp masih awet mude wlupon dh ade anak..memek muke pon jatuh kesian sbb mcm die sejenis kurg kasih syg dh asik diperslhkan..amani bagus la..sejenis comel tp hati jahat..menjd sgt..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|