CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24144|Reply: 221

Muzakarah bersama Ah_Kwan seputar Dalil-Dalil berkaitan siapa yang layak berdakw

[Copy link]
Post time 19-11-2020 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mnm77 at 13-12-2020 03:59 PM


Muzakarah ini lanjutan dari perbincangan dari bebenang lain yang inti patinya berkisar isu Dakwah.


Supaya lebih fokus kepada tajuk perbincagan, saya jemput forumer @Ah_Kwan untuk sama-sama bermuzakarah membincangan isi-isi berkaitan tajuk ini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2020 11:23 AM | Show all posts

keh keh keh

alahai...ikut suka lu lah labu....
dah risau la tu...
dah macam kswp dah...
macam macam syarat pula keluar...
nak debat ka tamau ni?
tamau..gi main jauh jauh la..
belajar tauhid balik...

kalau benar nak start...
sila mulakan dengan kupas apa itu 'siddiq',
dan apa itu 'amanah'...
kenapa siddiq pertama..amanah kedua....

keh keh keh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2020 11:29 AM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 19-11-2020 11:23 AM
keh keh keh

alahai...ikut suka lu lah labu....



Ok, kita fokus ikut tajuk. Kamu ada menjelaskan, bahawa untuk layak berdakwah kena dapat amanah dulu. Betul kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2020 11:54 AM | Show all posts
mnm77 replied at 19-11-2020 11:29 AM
Ok, kita fokus ikut tajuk. Kamu ada menjelaskan, bahawa untuk layak berdakwah kena dapat amana ...

keh keh keh

salah tu..
asas kepada perkara itu adalah 4 sifat Muhammad s.a.w
pertamanya..adakah lu bersetuju tiada turutan lain dari ini:
siddiq, amanah, tabligh, fatanah..

jika tiada turutan lain dari ini, maka nyata dalil satu perkara..
ianya bertururan dan tidak sama iring...
kerana tiada boleh memulakan sifat itu dengan tabligh dulu...
pertama kena mulakan dengan siddiq..amanah...tabligh dan fatanah..

jika lu tak bersetuju, apakah dalil lu?

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2020 03:56 PM | Show all posts
nasihati - semua pun layak

berfatwa - ulamak.


menyampaikan... - semua pun boleh.


dakwah duduk dlm kategori mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2020 04:18 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 19-11-2020 04:28 PM

Kat mana yang salah? Nak saya tunjukkan posting kamu yang sebelum ini?

asas kepada perkara itu adalah 4 sifat Muhammad s.a.w
pertamanya..adakah lu bersetuju tiada turutan lain dari ini:
siddiq, amanah, tabligh, fatanah..

jika tiada turutan lain dari ini, maka nyata dalil satu perkara..
ianya bertururan dan tidak sama iring...
kerana tiada boleh memulakan sifat itu dengan tabligh dulu...
pertama kena mulakan dengan siddiq..amanah...tabligh dan fatanah..

jika lu tak bersetuju, apakah dalil lu?

Kamu masih nak desak topik lain, kan saya dah ulang banyak kali boleh buka bebenang baru, supaya tidak bercampur-aduk.

Oleh kerana kamu masih mendesak, silakan kamu berikan dalil turutan itu, dari mana asalnya? Kemudian kita boleh sambung dalam bebenang yang sesuai.

Fokus pada tajuk dan topik perbincangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2020 04:48 PM | Show all posts
mnm77 replied at 19-11-2020 04:18 PM
Kat mana yang salah? Nak saya tunjukkan posting kamu yang sebelum ini?

keh keh keh

muzakarah kunon..
awal awal lagi dah  nak menang...

wa kata salah sebab lu tumpukan pada sifat amanah dan tabligh
sedang wa kata dari awal..kena ada siddiq ..lepas siddiq baru diberi amanah...

bukan sifat Muhammad s.a.w ke yang wa dok cerita berulang ulang pada lu ni?
lu tak setuju je tentang turutan tu?
adakah turutan lain selain dari turutan tu yang diceritakan oleh ulama ulama terdahulu?
siap mintak dalil turutan pula..
bukan itu ke yang diajar oleh ulama ulama terdahulu?
ke lu belaja lain?
kalau lu belaja lain, sila buktikan kelainan itu...

soalan wa pada lu..pertama..mudah je soalannya..
adakah turutan lain selain dari turutan yang disebutkan oleh wa diatas?

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2020 04:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2020 11:16 PM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 19-11-2020 04:48 PM
keh keh keh

muzakarah kunon..



Cepat sangat ni...saya tanya kat mana salahnya? Untuk dapatkan penjelasan dalam muzakarah.

awal awal lagi dah  nak menang...


Baru mula muzakarah ni...saya tak kata pun kamu betul atau salah. Kita nak kupas isu topik, tapi kamu ajak mula topik kamu, maka saya layan juga lah kerana kamu desak juga nak mulakan dengan topik kamu...

Bila kamu kata salah, saya tanya di mana salahnya untuk dapat penjelasan, ini lah muzakarah.

wa kata salah sebab lu tumpukan pada sifat amanah dan tabligh
sedang wa kata dari awal..kena ada siddiq ..lepas siddiq baru diberi amanah...


Baik, masih sama juga, cumanya ikut apa yang kamu kata, kena sebut siddiq dulu....

Jadi, ikut kaedah kamu, selepas dapat siddiq, kena dapat amanah dulu baru layak berdakwah? Kan?

bukan sifat Muhammad s.a.w ke yang wa dok cerita berulang ulang pada lu ni?
lu tak setuju je tentang turutan tu?
adakah turutan lain selain dari turutan tu yang diceritakan oleh ulama ulama terdahulu?
siap mintak dalil turutan pula..
bukan itu ke yang diajar oleh ulama ulama terdahulu?
ke lu belaja lain?
kalau lu belaja lain, sila buktikan kelainan itu...


Saya tak kata pun tak setuju.... ini kan muzakarah... bila kamu sampaikan ilmu kamu untuk kongsi beri pencerahan, saya cuba ikut topik perbicangan supaya lebih jelas pencerahan itu.

soalan wa pada lu..pertama..mudah je soalannya..
adakah turutan lain selain dari turutan yang disebutkan oleh wa diatas?


Sememangnya ada dalil tentang 4 sifat tersebut. Walaupun dari segi turutan itu merupakan kesimpulan dari Ulama, juga tiada masalah kerana asasnya tentulah orang yang benar (siddiq), dan amanah untuk menyampaikan (tabligh).

Kalimah Laa ilaha illa Allah, merupakan kalimah Tayyibah, juga Kalimah Tauhid. Kalimah ini juga kalimah yang Haq (benar).

Menyampaikan Kalimah Haq, adalah perbuatan yang jujur, benar dan amanah. Jika tak setuju, boleh nyatakan dalil-dalil tak setuju.

Persoalan saya, dari mana datangnya kepastian untuk menyatakan si fulan atau si fulan itu layak atau tidak layak mendakwahkan Kalimah Tauhid?


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2020 11:34 PM | Show all posts
mnm77 replied at 19-11-2020 11:16 PM
Cepat sangat ni...saya tanya kat mana salahnya? Untuk dapatkan penjelasan dalam muzakarah.

...

keh keh keh

baca ke tidak link yang wa bagi tu..
dah jelas kat situ pun sebenarnya...
wa pun baru je terjumpa link link tu sebab diminta dalil oleh lu...

Menyampaikan Kalimah Haq, adalah perbuatan yang jujur, benar dan amanah. Jika tak setuju, boleh nyatakan dalil-dalil tak setuju.
setuju...
cuma terbalik cerita lu....
siddiq itu sifat...
bukan tabligh dulu baru dikata siddiq...
orang yang mempunya sifat duduk dalam kebenaran...akan sampai masa mendapat amanah...dan dengan amanah yang sampai padanya itu akan disampaikan dengan bijaksana kepada mereka yang perlu disampaikan...

lu cerita terbalik...tak ikut turutan yang diajar sekian lama oleh ulama terdahulu...
walau yang disampaikan itu kalimah haq, tapi jika orang yang menyampaikan itu tiada sifat siddiq...maka dia tiada akan dapat amanah..
dan sia sia lah apa yang disampaikan olehnya...

Analoginya mudah...

Abu adalah seorang pelajar kelas 2 Merak...
Ali adalah seorang pelajar kelas 2 Merak juga..
Abu dikenali sebagai seorang yang sangat jujur dalam kelasnya..
Ali pula dikenali sebagai seorang yang tidak berapa jujur....
Satu hari, rahimah, seorang pelajar lain dalam kelas itu tidak hadir ke sekolah...
Cikgu kelas memanggil Abu, kerana sifat jujurnya..memberikan Abu laporan peperiksaan Rahimah..
pesan cikgu...sila singgah rumah Rahimah dan berikan laporan itu padanya...
maka Abu telah mendapat amanah dari cikgunya..kerana kejujurannya...
dan Ali di sebelah Abu, mencuri curi lihat laporan itu sewaktu Abu ke tandas...
dan nampak laporan Rahimah itu agak teruk..

balik sekolah, dengan tertib, Abu ke rumah Rahimah..dan berjumpa Rahimah....
tetapi melihat keadaan Rahimah yang tidak sihat.. Abu membatalkan niat untuk memberikan laporan itu pada petang itu..
kerana sampai kebijaksaan itu pada Abu, tak sampai hati melihat sahabat yang sakit melihat laporan yang agak teruk..
Abu pun balik ..tetapi kemudian datang pula Ali ke rumah Rahimah...
walau Rahimah sakit..Ali tetap 'menceritakan' pada Rahimah tentang laporan teruk itu..
dan semakin sakitlah Rahimah...
eosknya, Abu datang lagi, dan Rahimah sudah hampir pulih...
dan Abu pun 'menyampaikan' laporan itu kepada Rahimah sepertimana yang telah diamanahkan padanya...
dan Rahimah yang risau akhirnya tersenyum..kerana rupa-rupanya hanya aliran Sejarah yang teruk...
yang lain dia cemerlang....
maka semakin pulihlah Rahimah kerana Abu dengan sifat 'benarnya' telah menyampaikan amanahnya dengan bijakasana...
tidak seperti Ali, yang rasa dia perlu menyampaikan barang bukan amanahnya yang tidak tentu betulnya..

sekian analogi untuk lu...

keh keh keh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2020 11:49 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 25-11-2020 11:33 PM
Ah_Kwan replied at 19-11-2020 11:34 PM
keh keh keh

baca ke tidak link yang wa bagi tu..

Baca.

dah jelas kat situ pun sebenarnya...
wa pun baru je terjumpa link link tu sebab diminta dalil oleh lu...

Bagus lah tu. Ada permulaan muzakarah yang baik.

setuju...
cuma terbalik cerita lu....
siddiq itu sifat...
bukan tabligh dulu baru dikata siddiq...
orang yang mempunya sifat duduk dalam kebenaran...akan sampai masa mendapat amanah...dan dengan amanah yang sampai padanya itu akan disampaikan dengan bijaksana kepada mereka yang perlu disampaikan...

Sebenarnya tak terbalik pun, apabila saya memberi contoh:

Menyampaikan Kalimah Haq, adalah perbuatan yang jujur, benar dan amanah.

Kenapa tidak terbalik? Kerana orang yang menyakini Kalimah Haq, ada keyakinan akan KeEsaan Allah. Ini salah satu dari siddiq.

Nabi ada berpesan, yang maksudnya: sampaikanlah dariku walau satu ayat. Maka sampaikan kalimah ini juga perbuatan yang amanah.

Persoalan saya, dari mana datangnya kepastian untuk menyatakan si fulan atau si fulan itu layak atau tidak layak mendakwahkan Kalimah Tauhid?


lu cerita terbalik...tak ikut turutan yang diajar sekian lama oleh ulama terdahulu...
walau yang disampaikan itu kalimah haq, tapi jika orang yang menyampaikan itu tiada sifat siddiq...maka dia tiada akan dapat amanah..
dan sia sia lah apa yang disampaikan olehnya...

Saya tidak menafikan turutan itu, bahkan sifat-sifat itu saling melengkapi.

Kamu pernah bagi contoh Ramli Sarip dapat amanah. Dari mana kamu dapat KEPASTIAN sifat siddiq dan sifat amanah yang ada padanya?


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2020 11:57 PM | Show all posts

keh keh  keh

Kepada tidak terbalik? Kerana orang yang menyakini Kalimah Haq, ada keyakinan akan KeEsaan Allah. Ini salah satu dari siddiq.
betul tu...yang lu kata tadi menyampaikan....yang dah yakin baru masuk ke dalam sifat siddiq...
percaya sahaja belum cukup...perlu sampai yakin..
tapi bagaimana kah yang dikatakan yakin itu?
apa beza percaya dengan yakin?

wa jawab jer la..malas pula nak panjangkan..
percaya..duduk di akal....
masih belum menyaksikan Allah dan Muhammad dengan hati...
yakin ..dah duduk di hati ..
kerana dah menyaksikan Allah dan Muhammad dnegan hati..
sebagaimana Abu Bakar..menyaksikan dengan hati peristiwa Muhammad s.a.w naik ke Siratul Muntaha...
kerana itu menjadi orang pertama yang dapat gelaran as-siddiq..
jangan gopoh nak cerita sifat amanah..jika sifat siddiq belum tuntas pemahaman...

jadi..tilik diri kita dahulu..dimana kita...duduk dalam golongan percaya atau yakin?

keh keh keh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2020 12:09 AM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 19-11-2020 11:57 PM
keh keh  keh

betul tu...yang lu kata tadi menyampaikan....yang dah yakin baru masuk ke dalam sifat siddiq...
percaya sahaja belum cukup...perlu sampai yakin..
tapi bagaimana kah yang dikatakan yakin itu?
apa beza percaya dengan yakin?

wa jawab jer la..malas pula nak panjangkan..
percaya..duduk di akal....
masih belum menyaksikan Allah dan Muhammad dengan hati...
yakin ..dah duduk di hati ..

Alhamdulillah. Setakat yang ini kita boleh sama-sama setuju.

jangan gopoh nak cerita sifat amanah..jika sifat siddiq belum tuntas pemahaman...

Kan kamu sendiri yang nak mula muzakarah siddiq, amanah, dulu... ? Saya tak kata kamu betul atau salah, muzakarah ini saya anggap perkongsian ilmiah dari dua belah pihak.

Kalau ada pihak tetapkan pemahaman dia saja betul, itu tandanya nak menang, bukan nak muzakarah.

jadi..tilik diri kita dahulu..dimana kita...duduk dalam golongan percaya atau yakin?

Itu lah sebabnya juga saya tanya untuk dapat jawapan dari kamu atas dakwaan kamu boleh tahu siapa yang layak berdakwah atau tak layak...

Bagaimana kamu boleh menilai yakin seseorang itu atau segolongan kumpulan itu... untuk menilai mereka layak atau tak layak berdakwah...

Kamu pernah bagi contoh Ramli Sarip dapat amanah. Dari mana kamu dapat KEPASTIAN sifat siddiq dan sifat amanah yang ada padanya?




Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 12:22 AM | Show all posts
mnm77 replied at 20-11-2020 12:09 AM
Alhamdulillah. Setakat yang ini kita boleh sama-sama setuju.

keh keh keh

dah faham siddiq itu apa?
dah ok dah tu...baru masuk sifat kedua pula..amanah..
bila lu dah saksi akan Allah dan Muhammad 24 jam..maka lu akan duduk dalam sifat kebenaran itu..
bila orang tanya pada lu pun, lu akan jawab dengan yakin..ya Allah itu adalah tuhan seru sekalian alam..
Muhammad lah yang layak menyampaikan pada kita....
baru nak duduk dengan Muhammad..kekasih Allah...
baru lah Muhammad akan bagi amanah...kerana lu menyaksikan Muhammad 24 jam dalam sedar dan tidur..

atau dengan kata lainnya..baru lu mula masuk menjadi orang orang Allah..
macam wa cerita analogi tadi...bila Abu hanya perlu 'sampaikan' pada Rahimah..
dia tak sebok nak pergi sampaikan pada Sakinah pula...
kerana dia sendiri tahu dan saksi, cikgu suruh sampaikan pada Rahimah..
barang itu untuk Rahimah...Sakinah tiada kena mengena...

sama lah juga bila seoarang makhluk Allah yang dah menyaksikan Allah dan Muhammad mendapat amanah..
dia tiada plan pun..dia cuma nak sampaikan amanah....
barang dari hati....bukan di akal...
akal cuma proses, macam mana mau jalan nak pegi rumah Rahimah dan apa mau cakap pada Rahimah..
itu lah bezanya siapa yang dapat amanah dengan siapa yang tiada dapat amanah....
tiada di akalnya...dia nak menyampaikan..itu semua di hatinya...bukan diakalnya...
bila akal terlibat dalam keputusan menyampaikan itu...maka itu bukan amanah..itu nafsu serakah...
bagaimana kita nak pasti tahu pula...senang sahaja...
bila yang disampaikan itu...lansung tiada bergegar di hati ...maka palsulah ia...
kerana orang mukmin ni, transfer signal dari hati ke hati..bukan akal ke akal...
bila hati tiada lansung gegaran, malah menjadi mudarat kepada yang disampaikan..itu signal Allah nak bagitahu..bukan kelayakan lu..

Ramli Sarip..
wa suggest, nak tidur ni, lu bukak lagu2 dia..dan pejamkan mata..
hayati bait bait senikatanya...
baru faham apa wa cakap..kot...

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 08:37 AM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 20-11-2020 12:22 AM
keh keh keh

dah faham siddiq itu apa?

Kamu ni setiap kali berhujah mula dengan ketawa.  Jangan perlekehkan orang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2020 08:54 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 20-11-2020 08:58 AM
Ah_Kwan replied at 20-11-2020 12:22 AM
keh keh keh

dah faham siddiq itu apa?

Sesi ini sesi muzakarah. Kalau kamu menilai kefahaman saya dengan soalan-soalan kamu, dan kamu rasa tak sama dengan kefahaman kamu, itu bukan muzakarah. Itu nak menangkan kefahaman sendiri. Yang lebih utama dalam muzakarah, apakah dalil-dalil kamu dalam menentukan siapa yang layak berdakwah (ikut topik perbincangan).

dah ok dah tu...baru masuk sifat kedua pula..amanah..
bila lu dah saksi akan Allah dan Muhammad 24 jam..maka lu akan duduk dalam sifat kebenaran itu..
bila orang tanya pada lu pun, lu akan jawab dengan yakin..ya Allah itu adalah tuhan seru sekalian alam..
Muhammad lah yang layak menyampaikan pada kita....
baru nak duduk dengan Muhammad..kekasih Allah...
baru lah Muhammad akan bagi amanah...kerana lu menyaksikan Muhammad 24 jam dalam sedar dan tidur..

Kalau kamu mahu promosikan kefahaman ikut cara kamu, boleh buka bebenang baru dan promosilah sepuas-puasnya, atau kamu boleh buka blog...
Soalan saya tentang dakwaan kamu, masih lagi kamu tak berikan dalil atau penjelasan dalam muzakarah ini.

Kamu pernah bagi contoh Ramli Sarip dapat amanah. Dari mana kamu dapat KEPASTIAN sifat siddiq dan sifat amanah yang ada padanya?

Ramli Sarip..
wa suggest, nak tidur ni, lu bukak lagu2 dia..dan pejamkan mata..
hayati bait bait senikatanya...
baru faham apa wa cakap..kot...


Adakah ini kaedah kamu dengan hayati bait bait lagu lalu kamu dapat KEPASTIAN siapa yang layak berdakwah?

Caranya dengan hayati lagu dan bait-bait senikata lagu Ramli Sarip dah memadai untuk dapat KEPASTIAN?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2020 09:45 AM | Show all posts
mnm77 replied at 20-11-2020 08:54 AM
Sesi ini sesi muzakarah. Kalau kamu menilai kefahaman saya dengan soalan-soalan kamu, dan kamu ras ...

keh keh keh

wa dah kata dari awal....
lu bukan mau muzakarah...yang lu mau debat membuktikan...
wa dah siap terangkan macam mana erti kata muzakarah..
lu cuma nak membuktikan, yang lu layak berdakwah..tu jer di sini...
jika benar cerita muzakarah, tengok link ke tiga yang wa bagi tu lu dah terima dah...

sebab kelayakan untuk tabligh tu, siddiq dan amanah....
wa terangkan dah apa itu siddiq..apa itu amanah..
supaya lebih jelas.....
dalam lonk ketiga siap cerita segala kitab segala ulama yang sembang bab sifat Muhammad s.a.w ni...
still mintak dalil....sebab masih nak rasa layak...

kalau nak rasa layak senang jer..
tak payah peduli pun apa wa tulis...pergi jer terkinja kinja..
kan mudah...wa bukan duduk sebelah rumah lu pun nak judge lu.

tapi ...sebab dalam akal lu dah mula ada kerisauan kah sekarang?
lepas baca apa yang wa tulis kan?
tu yang bersungguh sungguh ajak debat tu...
nak menenangkan akal sendiri...

wa dah cakap....siddiq dan amanah..semua barang hati...
sampai menyaksi di hati, amanah juga akan campak di hati....
tak perlu nak check orang lain ramli sarip bagai..
check pada diri sendiri dulu.....
dah masuk golongan siddiq belum?
kalau belum, confirm belum dapat amanah
so, nak sampaikan apa?

mari kita masuk ke sifat ketiga...tabligh
yang lu orang sembang kehulu ke hilir selama ni....
makssudnya menyampaikan...
kalau Abu sampaikan laporan Rahimah...maknanya Abu memang ada laorang rahimah padanya..
kalau Ali pula? dia takde laporan Rahimah..jadi apa dia buat sebenarnya?
dia 'menceritakan' sahaja..sembang
sebab dia takde laporan Rahimah...bagaimana dia boleh sampaikan laporan Rahimah...
Ali sembang sahaja lah sebenarnya..dia takde...tapi dia terkinja kinja nak cerita pada Rahimah...


nak menyampaikan, kena ada barang pada orang yang nak menyampaikan itu...
jika takde barang...itu namanya sembang....
bila penyanyi nak menyampaikan lagu...dia ada itu lagi dalam dirinya...
dan lagu itu dia dapat dari pencipta lagu itu..dia cuma menyampaikan sahaja..

itu lah maksud tabligh..menyampaikan...
kalau lu baca link ke tiga yang wa bagi tu..dia ada cakap...
Muhammad menyampaikan apa yang 'sampai' pada nya...
jadi,kalau tiada barang sampai pada lu...lu belum masuk sifat tabligh...
lu baru duduk sifat menceritakan....
tapi bila ke hulu ke hilir cerita pasal dakwah..tu kena cerca tu..
kalau sedar diri, tak mengaku yang kita ni pergi berdakwah...
sebab baru masuk level sembang ....

ada faham?

keh keh keh














Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 09:48 AM | Show all posts
ibnur replied at 20-11-2020 08:37 AM
Kamu ni setiap kali berhujah mula dengan ketawa.  Jangan perlekehkan orang.

keh keh keh

lu terasa diperlekeh kan kah?
mudah je ini barang....siapa makan cili..dialah rasa pedasnya..
so kalau dah rasa pedas, lain kali janganlah makan cili ya..


keh keh keh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2020 03:57 PM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 20-11-2020 09:45 AM
keh keh keh

wa dah kata dari awal....

Itu lah, mungkin kamu yang masih sangat nak menang berdebat. Saya ajak muzakarah ikut topik.

lu bukan mau muzakarah...yang lu mau debat membuktikan...
wa dah siap terangkan macam mana erti kata muzakarah..

Itu persangkaan kamu. Kalau saya mahu debat untuk menang dari awal, saya hentam kaw-kaw setiap posting kamu yang saya rasa tak betul. Tapi saya bagi ruang yang cukup luas untuk kamu menjelaskan ikut topik muzakarah...

Kata dah setuju muzakarah, tapi masih tak buang ilmu persangkaan tu...

Apa makna dan syarat muzakarah yang kamu nak tambah? Sekarang kamu sendiri yang tak dapat ikut syarat yang kamu letak.

lu cuma nak membuktikan, yang lu layak berdakwah..tu jer di sini...

Setiap tuduhan perlu ada bukti. Ini sesi muzakarah, kalau kamu buat tuduhan, maka kamu yang nak berakhir muzakarah ini dan tukar jadi sesi tuduhan TANPA BUKTI (seperti debat nak menang).

Oleh kerana kita sedang muzakarah, dan saya belum sebut pun siapa yang layak, atau siapa yang tak layak, adalah tidak adil kamu buat kesimpulan tanpa bukti dari muzakarah ini.

Dan saya sedang tanya kamu:

Adakah kamu menggunakan kaedah hayati bait bait lagu lalu kamu dapat KEPASTIAN siapa yang layak berdakwah?

Berdasarkan SARANAN kamu sendiri untuk buat macam tu.


sebab kelayakan untuk tabligh tu, siddiq dan amanah....
wa terangkan dah apa itu siddiq..apa itu amanah..
supaya lebih jelas.....
dalam lonk ketiga siap cerita segala kitab segala ulama yang sembang bab sifat Muhammad s.a.w ni...
still mintak dalil....sebab masih nak rasa layak...

Nampaknya mungkin kamu salah faham pertanyaan saya. Saya tak pertikai dalil tu pun (4 sifat tersebut). Kan saya dah sebut sebelum ni.

Yang saya tanya:

Adakah kamu menggunakan kaedah hayati bait bait lagu lalu kamu dapat KEPASTIAN siapa yang layak berdakwah?

Berdasarkan SARANAN kamu sendiri untuk buat macam tu.


Sekali lagi, saya tak pertikai dalil 4 sifat tu, saya tanya dalil kaedah yang kamu GUNA untuk dapat KEPASTIAN siapa yang layak berdakwah.

kalau nak rasa layak senang jer..
tak payah peduli pun apa wa tulis...pergi jer terkinja kinja..
kan mudah...wa bukan duduk sebelah rumah lu pun nak judge lu.

Cara kamu tulis ni menunjukkan kamu masih berprasangka dan kamu yang tak dapat ikut topik untuk muzakarah

Saya belum tulis apa-apa pun pasal siapa layak berdakwah setakat ini, selain dari menjawab permintaan kamu mula dengan topik kamu.

Sedangkan kamu yang buat tuduhan terkinja-kinja (macam zikir harian kamu, pula dari bebenang satu lagi tu sampai masuk bebenang ni juga).

Kenapa masih mengelak untuk muzakarah ikut topik?

tapi ...sebab dalam akal lu dah mula ada kerisauan kah sekarang?
lepas baca apa yang wa tulis kan?
tu yang bersungguh sungguh ajak debat tu...
nak menenangkan akal sendiri...

Siapa yang risau ni? Saya layan kamu walaupun tak ikut topik muzakarah. Bila ikut topik saya kamu yang nak mengelak... dah mula tabiat tuduh tanpa bukti tu.

Boleh berbalik kepada topik?

kalau tiada barang sampai pada lu...lu belum masuk sifat tabligh...
lu baru duduk sifat menceritakan....
tapi bila ke hulu ke hilir cerita pasal dakwah..tu kena cerca tu..
kalau sedar diri, tak mengaku yang kita ni pergi berdakwah...
sebab baru masuk level sembang ....

ada faham?

Kita dalam sesi muzakarah, yang kamu dah setuju. Sekarang kamu nak konar pulak, sesi sembang kosong buat tuduhan tanpa bukti, atau nak sambung muzakarah ikut topik?

Kalau nak sambung, boleh jelaskan:

Adakah kamu menggunakan kaedah hayati bait bait lagu lalu kamu dapat KEPASTIAN siapa yang layak berdakwah?

Atau kamu ada kaedah lain?




Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 04:33 PM | Show all posts
mnm77 replied at 20-11-2020 03:57 PM
Itu lah, mungkin kamu yang masih sangat nak menang berdebat. Saya ajak muzakarah ikut topik.

keh keh keh


lol....
bebelit ....
kesnya apa ini? kesnya siapa yang layak berdakwah, yang dikata dapat amanah untuk bedakwah...
tiba tiba ..ambil dari thread lepas..pasal Ramli Sarip..

siapa yang layak bedakwah? mereka yang siddiq..dan dah diberi amanah...
siapa yang dapat amanah? mereka yang da siddiq?
apa itu siddiq..dah dijelaskan
apa itu amanah..pun dah dijelaskan...
tabligh pun dah dijelaskan...

jadi...apa lagi yang lu nak muzakarahkan?
macam mana wa tau?  
wa dah cakap..penting ke macam mana wa tau..
yang pentingnya apa?
yang pentingnya...adakah kita dah duduk dalam golongan yang siddiq...
tu yang penting...bukan macam mana orang lain tau orang tu siddiq ke tidak...
fokus pada yang penting sekarang..
4 sifat Muhammad..mengikut turutan...
bukan sebok fokus pada orang...fokus pada tajuk ya...
dah masuk dalam golongan siddiq kah belum?
itu fokusnya...tepuk dada tanya diri sendiri dulu...

keh keh keh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.139419 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list